• COMPLETE • Nur Hawa Maisarah gadis muda yang cekal dan kuat dalam menempuh segala dugaannya seorang diri. Hawa seorang gadis yang baik dan pemaaf. Dia tidak pernah merasa apa erti kebahagian dan semua orang membencinya. Pada suatu hari Hawa dihalau keluar dari rumahnya selepas difitnah oleh orang yang dengki dengannya. Sedang dia berlegar-legar mencari tempat untuk berteduh Hawa terserempak dengan seorang lelaki yang telah memarahi kerana hampir mahu melanggarnya namun disebaliknya lelaki itu membantunya juga. PONNN...PONNN..PONNN.. "Fuh, Aku fikir aku nak mati tadi!" -Hawa "Hoi! kau nak mati ke diri dekat tengah jalan ni!?"- Danial "Sorry.. saya tak sengaja.. saya cuma nak selamatkan kucing ni je tadi.."- Hawa "Nyawa sapa lagi penting ni? Kucing ni ke kau? kalau dah ajal kucing ni mati dekat tengah jalan ni biar jelah! yang kau pergi ambik dia apahal!? tak sayang nyawa ke!?" -Danial "Hey! mulut tu jaga sikit eh.. dia mahluk tuhan.. manusia yang ada belas kasihan je yang nak selamatkan dia.. awak memang manusia kejam tau! Sedangkan orang yang bawak kereta laju nampak dia dekat tengah jalan pun akan berhenti lah! Manusia jenis apa awak ni!? Kenapa tak langgar je saya tadi hah!?"-Hawa "Eyy kau ni perempuan! tak bersyukur aku berhenti!!"- Danial Adam Danial Francisco ketua mafia dan seorang lelaki berketurunan dalam keluarga mafia yang terkenal di France dan seorang yang tidak berminat dengan wanita serta tidak mengambil tahu tentang hal sekeliling. Sehingga berjumpa dengan seorang gadis muda dan juga telah membantunya ketika dia hampir dijadikan pelacur. Mula dari pertemuan itu ada sesuatu yang menarik Danial untuk mengenali gadis itu lebih dalam sehingga dia telah jatuh cinta dengan Hawa. Pelbagai liku dan cabaran yang mereka lalui untuk mendapat kepercayaan masing-masing dalam menyemai kasih dalam kehidupan mereka berdua. Hawa pula tabah dengan kehidupan barunya demi sentiasa dengan Danial.