BAB 8

565 53 31
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"KAU percaya atau tidak semalam? Aliya datang!" Riuh suara seorang pak cik duduk berhampiran meja di luar perkarangan rumah itu. Siap tepuk-tepuk meja lagi. Pak cik, ingat ini meja sidang parlimen ke?

   Seorang lagi pak cik menggaru kepalanya yang sedia botak. "Aliya? Aliya mana pula ini. Bini baru ke?"

   Mendengar seloroh kawannya, mak cik itu mengetuk meja dengan sekuat hati. "Woi, kan adik ipar aku dengar. Memang mati budak ini."

   "Relakslah kak Radya. Mana ada aku buat pun. Kan, Zak?" Lelaki itu cuba mendapat pembelaan dari kawannya yang botak, Zak.

   Zak tidak membela kawannya sebaliknya menyindirnya lagi. "Memanglah tak buat. Tapi teringin." Zak terus ketawa selepas berkata. Patutlah bujang.

   Radya kembali ke topik asal. "Dah, dah. Kau kata kau nampak Aliya, Rahman? Aliya mana?"

   "Ala... Aliya Binti Baharom. Yang bangunkan sedikit kawasan kita masa aku universiti dahulu," beritahu Rahman.

   "Sekejap, sekejap..." Zak memetik jari beberapa kali. "Bukan Aliya sudah meninggal ke? Macam mana kau boleh nampak dia?"

   "Kau minum benda memabukkan ke? Aku tak ajar kau benda macam ini. Kau buat, aku tak mengaku adik." Radya masih tidak mempercayai kata-kata Rahman.

   Rahman cuba menyakini mereka berdua. "Betul. Percayalah. Aku nampak dia masuk kawasan dengan Ali."

   "Aku juga dengar, Ali anak Dato' Ghazali. Dato' Ghazali pula pernah berkahwin dengan seorang perempuan... Aliya juga." Zak memberi fakta tambahan.

   "Tapi kan... aku rasa Aliya bela sakalah. Yalah, mana ada orang meninggal boleh hidup balik." Rahman mula menabur syak wasangka.

   "Saka? Aku tak rasalah Aliya macam itu. Kau jangan main tuduh-tuduh." Radya menidakkan. Pelik-pelik adiknya ini. Agak-agak betullah Rahman pernah minum benda memabukkan.

   "Betul! Aku pun nampak Aliya petang tadi!" sampuk seorang perempuan yang muncul entah dari mana.

   "Kau pun, Ira?" Zak memandang Ira yang tidak segan melabuhkan punggungnya di sebelah Radya.

   "Aku nampak Aliya pergi rumah Mak Yah tadi masa aku tengah sidai baju. Aku ingat aku salah nampak. Maklumlah mata makin rabun. Tetapi memang aku nampak." Bersungguh-sungguh Ira menceritakan.

   Ira mengusap dagunya seolah memikirkan sesuatu. "Kan ada juga segelintir orang bela sesuatu secara keturunan. Aku rasa Aliya memang..."

   "Mak!"

   "Eh? Zatul?" Ira terkedu melihat anaknya menghampirinya bersama Mak Yah. Itulah, syok mengumpat lagi.

   "Eh, Mak Yah?" Mereka bertiga terus duduk sopan. Zak siap bersila lagi atas kerusi. Yalah, ketua kampung kot!

   "Syoknya kamu berborak. Ini, Zatul cari kamu sampai ke pangkin Mak Yah. Nak keluar pun, ingatlah anak sedikit." Mak Yah memesan lembut.

   "Lapar." Zatul mengadu sambil memeluk Ira.

   "Err, okey. Jom balik, sayang." Ira mengajak anaknya pulang ke rumah. Kekok sebenarnya. Sudahlah bukan beria dia menyertai kumpulan bergosip tadi.

   Melihat Mak Yah kekal di situ, Rahman ragu-ragu untuk teruskan perbualan. "Err, saya pun nak balik rumahlah. Mesti bini saya rindu saya."

AliYa (EA) Where stories live. Discover now