BAB 17

333 45 49
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"CIP! Cip!" Burung berbulu biru memijak tepi sarangnya. Cacing yang menggeliat meminta melepaskan diri disuapkan ke dalam paruh anaknya yang bising berkicauan.

   "LABU! Tunggulah!"

   Teriakan kuat itu mengejutkan si anak burung yang sedang menelan kuat. Termuntah kembali cacing ke atas sarang. Cacing itu punyalah seronok dapat lepaskan diri tetapi kena makan balik juga akhirnya.

   "Huh... huh... Labu nak suruh aku bersenam ke ajak aku lari sampai dekat perlabuhan ini?" Bakar bermonolog sendiri.

   Namun, tidaklah bercakap sendirian terlalu lama. Labu lagi penting! Melihat Labu membelok ke kawasan perumahan lama, segera dia turutkan langkah kucing itu.

  "Labu, kita nak pergi mana ini?" Bakar setia mengekori Labu. Matanya terhias dengan pemandangan rumah-rumah lama. "Ini... bukan ke taman perumahan lama, yang akan dirobohkan tahun depan?"

   "Meow!" Labu memusing arah ke sebelah kiri, masuk ke dalam lorong perumahan lama yang paling hujung. Berhadapan dengan tasik.

   Nasib tidak ada ikan lumba-lumba melompat dalam tasik itu, kalau tidak bukan setakat Labu dengan Bakar terkejut, Profesor Acta duduk depan rumah pun terkejut.

   "Kenapa kau bawa aku pergi sini?" Bakar menyoal kucing itu yang lincah berlari. Ini kalau tidak turun berat satu kilogram, tidak tahu mahu kata apa.

  "Meow." Labu menunjukkan rantai kunci yang digigitnya kepada Bakar.

  "Oh... kau nak bagi aku rumah baru ke? Tetapi ini rumah lama..." Labu menarik muka menyampah. Bengap punya adik tuan.

   "Hey, Labu. Tunggu!" Bakar mengejar Labu yang sudah masuk ke dalam halaman salah satu rumah.

   Lagi membuatkan Bakar merasa aneh, kelihatan sebuah helikopter besar diletakkan di sebelah halaman rumah. "Ini... helikopter yang dicuri tu."

   "Meow." Labu memanggil Bakar yang masih berdiri kaku. Lambat betul abang ini.

   "Kau... kau nak cari Aliya, kan?" Bakar akhirnya dapat meneka punca dia berjoging sampai ke sini.

   "Meow!" Labu mengiau tanda betul. "Meow." Labu terus menghidu permukaan tanah, menghidu bau-bau Reziana yang sudah tidak mandi sehari.

   Labu berlari perlahan sambil menghidu. Dengan hidung tajam Labu, mereka dibawa ke rumah kecil di belakang halaman rumah itu. Atau dalam bahasa kampungnya, bilik stor.

   Bakar memerhati sekitar bilik stor itu melalui celah-celah tingkap berjeriji yang terbuka. Matanya terbeliak luas melihat Aliya digari dan dibaringkan di atas katil.

   "Kakak..."

   Aliya menggerakkan kepalanya ke bahu. Sakit tengkuk cuba menoleh. Sudahlah digari atas katil, dipanggil nama tidak menyahut. Inilah terjadi bila para penjahat tidak mengorek telinga selama sebulan.

   "Eh, Bakar. Selamatkan akak!" Aliya gembira melihat adiknya di hadapan mata. "Tapi... IRIS itu ada dengan Reziana."

   Bakar mengerutkan dahi. "Reziana, siapa itu?"

   "Tak ada masa. Cepat, kita kena halang mereka dari serang Dato' Othman." Aliya mengarah Bakar dengan panik.

   "Oh, baiklah." Bakar memulas tombol pintu. Alamak, terkunci pula. Terpaksa kuasa rempuhan no jina jutsu digunakan.

AliYa (EA) Where stories live. Discover now