BAB 13

352 43 15
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"DUM!" Bunyi tirai besi diturunkan ke bawah bergema di sekitar kedai itu. Reziana menyapu-nyapu debu di tangannya. Senanglah dia mahu buat kerja, tertutup sedikit!

   Reziana membetulkan topengnya yang senget sedikit. Kalau terbuka, tidurlah menonggenglah bersama yang lain. Haih, memalukan betul!

   Reziana memasuki ke dalam tempat penjaga kaunter. Kalau tidak silap, alat Geetha ada di sini. Tanpa alat itu, dia tidak boleh menyamar dan memasuki ke dalam M.A.T.A.

   "Kalau tak silap, Geetha sorok di sini." Reziana menggumam sendirian. Dia membongkokkan badannya sambil mengusap-usap lantai menggunakan tangannya.

   Usapan Reziana terhenti apabila dia tersentuh bongkah simen yang berlubang sedikit. Dia mengangkat bongkah itu menggunakan tiga jari.

  "Akhirnya." Reziana mengeluarkan alat penembak penambah tenaga milik Geetha. Alat berupa sarung lengan besi itu disarungkan pada bawah pergelangan tangannya.

   "Tak sangka Geetha masih sorokkan di situ walaupun aku dah keluar dari M.A.T.A. Memang dasar anak dara tua yang bodoh." Reziana sempat mengutuk Geetha. Dia keluar daripada kaunter tersebut.

   Satu suara keluar daripada sisi audio topeng ya. "Woi akak, kau dah dapat ke barang apa... apa nama perempuan itu? Gitar?"

    "G. E. E. T. H. A. Dah, aku dah jumpa. Cuma kena cari mana pintu masuk ke akademi M.A.T.A" Reziana merespon kembali dengan suara garaunya. Hal ini disebabkan, dia selalu memakai alat penukar suara dan topeng bersama.

   "Oh, okey. Cepatlah sedikit. Akak suruh buat kerja cepat tapi akak juga yang lambat. Hari tu..." Cepat-cepat Reziana memutuskan panggilan pada sisi topengnya. Mesti Profesor Acta tengah memaki hamun Reziana sekarang.

   "Sekarang... pintu masuk." Reziana meregangkan otot tangannya ke hadapan, bersedia untuk mencari jalan pintas ke akademi.

   Reziana mula mencari di sekitar kedai itu. Sekejap pergi ke tempat majalah. Sesekali dia menolak rak makanan, manalah tahu ada laluan pintas ke bawah.

   Kesian dengan para pelanggan juga ejen Geetha. Dilangkah tubuh mereka begitu sahaja. Kalau mereka tahu jasad mereka dilangkah sesuka hati oleh Reziana, memang dikejar Reziana sampai ke Kutub Selatan.

   Reziana memasuki ke tempat terakhir yang belum dimasukinya, iaitu bilik stor. Ditarik beberapa buku, mencari buku akses ke akademi. Namun, tiada satu pun berguna.

   "Ah!" Reziana menghampiri ke arah Geetha yang pengsan dengan keadaan marah. "Mana kau sorok buku itu? Geram aku!"

   Kalau orang dekat luar, mesti terlompat kerana terperanjat mendengar suara garau bak Tarzan berteriak dari dalam kedai. Kedai sudahlah 'tutup', tiba-tiba terdengar suara orang menjerit pula.

   "Ah, sia-sia sahajalah aku datang ke kedai ini!" Reziana menumbuk dinding di sebelahnya dengan penuh rasa bengang. Dia tidak jumpa barang, dinding pula jadi mangsa.

   "Tak!" Bunyi sesuatu terbuka dari atas. Reziana mengangkat wajahnya ke atas. Dapat dia lihat retakan halus pada dinding, berkedudukan lebih atas.

   Reziana mengeluarkan salah satu batu seremban berwarna biru, lalu memicit batu seremban sehingga rasa benda keras seperti cangkul kecil.

   Cangkuk kecil dalam bungkusan batu seremban itu ditarik keluar, lantas keluar cangkuk diikat bersama tali sebesar guli darinya. Cangkuk itu dibaling tepat mengenai lubang retakan itu.

AliYa (EA) Where stories live. Discover now