EPILOG

506 45 8
                                    

"ERM..." Ali yang masih bayi menggaru pipinya. Lenanya masih disambung. Mungkin anak kecil itu terasa gatal.

   Aliya fokus di atas mejanya ketika anaknya yang masih bayi terlena di atas katil bayi yang disediakan di bilik tekno itu. Sengaja dia bawa Ali ke M.A.T.A semasa Ghazali berkerja.

   Hendak suruh aunty Fay jagakan. Rasa macam menyusahkan pula. Lagipun risau juga  kalau aunty Fay sakit jantung sebab Ali duduk atas sofa rumah dia.

   Aliya telah menambahkan satu program baru dalam IRIS. Iaitu apabila Ali berada di dalam bahaya, datanya akan diguna semula untuk melindungi Ali dari sebarang bahaya. Ibu mana hendak lihat anaknya cedera?

   "Kenapa kamu nak cip mesin masa ini, Aliya?" soal ejen Dayang. Tangannya memberikan cip mesin masa juga fius yang berisi azuarium ke arah Aliya.

   "Hehehe. Rahsia!" Aliya tersengih seraya tangannya memasukkan dua benda penting itu ke dalam poketnya.

   Ejen Dayang menjongketkan keningnya lalu memggeleng, perlahan. "Macam-macamlah kamu ini, Aliya. Tetapi apa pun, saya percayakan kamu."

   Aliya meletakkan IRISnya ke dalam tengah-tengah satu besi bulat yang leper. Dalam besi bulat itu, ada cip mesin masa yang disambungkan dengan tenaga azuarium.

   Aliya memegang alatan seperti alatan virtual realiti juga disambungkan dengan besi bulat itu. Terdapat beberapa pelekat ada di anggota penting Aliya seperti pada kaki, lengan, betis, lutut dan dahi.

   "Baiklah, semua dah siap." Aliya sempat mengalihkan pandangannya ke arah Ali yang masih tidur di atas katil itu.

   Alatan seperti virtual realiti itu dipakainya. "Bismillah, mari mulakan!"

   Paparan biru berada di hadapan matanya. Kini dia berada di dalam dimensi IRIS. Aliya menoleh ke arah sekeliling, seperti mencari seseorang. Riak wajahnya ceria melihat Ali bersut ejen tercengang jauh di matanya.

   Aliya memanggil lembut anaknya. "Ali..."

   Ali berpaling perlahan ke belakang. Matanya bergenang dengan air mata apabila terlihat Aliya di hadapan matanya. Tangannya menggeletar sebak tidak usahlah dikata.

   Aliya tersenyum sambil tangannya mendepakan tangan, seolah-olah ingin memeluk Ali.

   "Mama?" Ali tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Ali tidak melepaskan peluang, dia terus berlari menuju ke arah ibunya.

   "Mama!"












.
.
.
.

AliYa
-----------
"Satu I.R.I.S, dua pengguna"
________________________
————Tamat————
  
  

AliYa (EA) Where stories live. Discover now