BAB 3

800 75 54
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"MACAM mana boleh terlepas?" Hologram general Rama menjerit marah. Kalau di hadapan ini, mesti ditarik telinga si Ali. "Cip itu sangat berbahaya! Kucar - kacir dunia dibuatnya kalau terlepas pada tangan yang salah."

   Ali hanya menunduk, tidak berani membela diri. Kalau membela diri, sama sahaja. Kena marah juga sebab menjawab.

   Bakar mencelah, bertanyakan soalan. "Masa beri misi itu, general tak bagitahu pun cip itu berbahaya tahap mana."

   General Rama menjeling Bakar yang memintas percakapannya. Serta - merta Bakar turut memandang tanah, sama seperti Ali. Nampak cantik pula jalan tar ini.

   General Rama menghela nafas, berat. "Cip itu dicipta oleh seorang Profesor. Nama Profesor itu ialah Profesor Acta." Muncul gambar Profesor Acta terpapar di sebelah Rama. Orangnya berkening tebal, matanya sepet dan mempunyai hidung mancung.

   "Profesor Acta telah menciptakan satu cip. Cip ini hanya boleh dihidupkan dengan tenaga azurium. Bermakna, cip ini memerlukan tenaga yang banyak untuk dihidupkan." General Rama menurunkan gambar Profesor Acta.

   Gambar hologram cip dinaikkan general Rama. "Cip yang dicipta sebesar gigi geraham budak dua tahun. Namun, ianya dihentikan kerana melanggar undang - undang keselamatan. Jawatannya juga ditarik balik. Walaupun kedengaran tidak logik, cip ini mampu menghidupkan mesin masa."

   Ali tergamam. "Mesin masa?"

   "Ya, cip itu sepatutnya diberhentikan. Esok, dia akan dihantar ke menara beta untuk dihapuskan. Tetapi, ada pula orang mahu cur..." Bicara general Rama terhenti apabila ada satu panggilan masuk pada alat komunikasinya.

   "Kenapa dengan general?" Pertanyaan Ali mendapat siku daripada Alicia.

   Ali mengaduh perlahan lalu merenung tajam ke arah Alicia yang menayangkan wajah tidak bersalah. Orang tanya sahaja.

   Selesai general Rama bercakap melalui alat berkomunikasi yang dipasang di telinganya, general Rama berpaling laju ke arah mereka. "Kita ada berita buruk."

   "Ada orang serang Dato' Othman."

...

   "Tch." Dato' Othman berdecit kuat. Benci betullah jadi orang kurang upaya ini! Kakinya digerakkan ke arah ruang tamu, seiring dengan tongkat di sisi ketiaknya.

   Mendekati sofa, Dato' Othman melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk. Dia mengambil secawan kopi yang sudah terletak di atas meja.

   "BAM!" Bunyi seperti benda pecah dan terjatuh memeranjatkan hati Dato' Othman. Sehingga jatuh kopi dibuatnya. Dato' Othman menayangkan mimik wajah kesakitan apabila sedikit air kopi memercik ke arah tangannya.

   Melihat karpetnya yang dibasahi air kopi, Dato' Othman menguatkan suara, memanggil bibiknya. "Bibik! Sini sekejap!"

   Tergopoh - gapah si pembantu rumah mendekati majikannya. "Ada apa, Dato'?"

   Dato' Othman memarahi tidak tentu fasal. "Ada apa? Nampak tak air kopi yang tumpah dekat saya ini? Ambillah kain dan lapkan. Tak mungkin itu pun saya hendak beritahu!"

   "Maaf, Dato'." Wanita tua itu membongkok, memohon maaf. "Saya pergi ambil kain dekat dapur, sekarang juga."

   Tidak sampai satu langkah pembantu rumah itu berjalan, dinding di sebelah Dato' Othman pecah kerana dirempuh oleh sesuatu yang kuat. Hampir jatuh Dato' Othman melihat robot penjaganya yang merempuh dinding itu.

AliYa (EA) Where stories live. Discover now