BAB 4

890 77 13
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

ALIYA melangkah masuk ke Menara Akademi dengan penuh rasa teruja. Bukan sahaja Aliya teruja, dengan Ali sekali turut merasa tidak sabar menunjukkan ibunya segalanya.

   Aliya tidak diberitahu status Ali sebagai anaknya kerana ditegah Bakar. Dia cuma diberitahu yang inilah masa depan.

   "Tempat ini telah banyak berubah di masa depan," gumam Aliya sendirian. Dia kini tiba  di hadapan pintu akademi M.A.T.A. Pintu itu diusap. "Pertahannya juga semakin kuat."

   Keluar sebuah robot drone yang boleh terbang dari semak di tepi pintu akademi M.A.T.A. Robot drone itu mengimbas satu - satu setiap ejen di hadapannya.

   "Ejen Bakar. Kombat." Robot drone itu beralih pandangan ke arah Alicia. "Ejen Alicia. Neuro Ejen Ali, tekno."

   Robot drone itu memandang Aliya pula. "Ejen Aliy... bzzz... bzzz... ejen Aliya." Robot drone itu seakan mengalami litar rosak, terus bergetar macam terkena sawan sebelum jatuh ke bawah.

   Aliya merenung pelik robot itu. Kenapa robot itu rosak ketika mengimbas dirinya? Robot itu segera diangkat. "Peliknya. Kenapa robot ini tiba - tiba rosak."

   "Habis bateri kot, mam... ejen Aliya." Robot di tangan Aliya dicampak Ali ke sebelah. Habis berkecai robot itu menghempas rumput. Arwah dulu... baik robotnya.

   Aliya cuba menyedapkan hatinya walaupun dia tahu ada sesuatu tidak kena. "Yalah, mungkin..."

   Bakar menekap tangannya ke arah skrin monitor yang muncul di sebelah pintu. Pintu akademi M.A.T.A terbuka akhirnya. Terhidang di hadapan mereka, beberapa ejen muda yang sedang bersenang - lenang di hadapan mereka.

   Moon bersuara terlebih dahulu. "Ali? Kau dah tangkap orang jahat itu ke? Eh..." Moon mendekati Aliya. "Siapa ini?"

   "Err... ini ejen baru tekno. Ejen Aliya." Penjelasan Ali membuatkan Aliya semakin keliru.

   Ejen baru? Bukankah dia sudah lama berada di sini? Kenapa mereka semua langsung tidak mengenalinya. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Aliya meneka sendiri di dalam hati.

  "Ejen Bakar. Rasanya ejen Aliya akan tahu ke yang dia sudah... meninggal dunia?" Alicia berbisik perlahan ke arah Bakar dari mengelakkan Aliya mengesyaki sesuatu.

   Ejen Bakar sekadar menjungkit bahu. "Entahlah. Tetapi saya rasa mesti Aliya akan tahu sekejap sahaja lagi."

   "Comelnya..." Iman menunduk lalu mengusap Labu di sebelah Aliya.

   Labu pada mulanya agak ketakutan apabila Iman cuba menyentuhnya namun kucing itu tetap beranikan diri. Matanya terpejam - pejam apabila Iman mengusapnya.

   "Comel, kan?" tanya Aliya sambil merendahkan ketinggiannya separas dengan ketinggian mereka.

   Khai menerpa ke arah Ali. "Eh, ejen Tekno yang baru ke? Tapi kan, muka  perempuan tu iras muka kaulah, Ali! Seiras gila!"

   "Err... yalah kot." Ali menggaru lehernya yang tidak terasa gatal. Dia menjadi semakin cemas melihat ejen Leon dan ejen Geetha menuju ke sini. Aduh, habislah dia!

   "Kamu sudah berjaya menangkap penja..." Ejen Geetha tergamam melihat apa di hadapan matanya. Begitu juga Ejen Leon. "Oh, tidak. Aliya..."

   "Ali?" Ejen Leon memandang tajam Ali. "Apa kamu sudah lakukan."

AliYa (EA) Where stories live. Discover now