BAB 21

345 43 81
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

GIGI diketap kuat Reziana. Dia mengeluarkan sebiji batu seremban lalu menukarkan kepada pedang. "Kau... bila kau nak mati, ha!"

   Reziana meluru ke arah Aliya dengan pedangnya yang dihayun. Namun, tidak sempat dia melibas Aliya, kakinya telah ditarik oleh tali yang hampir menjatuhkan dia.

   Reziana memusingkan tubuh badannya dan berundur beberapa langkah ke tepi. Wajah yang cuba merebahkannya tadi dipandang sinis. "Heh, anak dengan mak... sama sahaja."

   Profesor Acta yang keluar dari helikopter sebentar tadi segera masuk kembali ke dalam helikopter. Lantaklah kakak dia itu. Saat ditoleh ke belakang, Dato' Othman sudah menghilang!

   Ah, sudah. Tidak mungkin Dato' Othman melompat seperti pocong untuk melarikan diri. Masakan tidak, kaki dan tangan lelaki tua itu telah diikat.

   Profesor Acta berdesis, perlahan. "Mana pula dia lari... eh?" Pandangannya terarah ke luar tingkap helikopter.

   Dapat dia lihat Bakar menggendong Dato' Othman dari belakang. Siap tunjuk simbol 'peace' lagi. Fikir ini acara merentas desakah?

   Profesor Acta menggenggam penumbuknya. "Ejen gemuk itu lagi!" Mesin masa berada di belakangnya dihidupkan. Nampaknya, ada 'mangsa masa' baru lagaknya.

   Reziana menepis balingan gasing itu dengan pedang miliknya. Dia mengetap bibirnya. Tidak patut dia pandang rendah dengan duo 'Ali' dan Aliya' ini. Memang kuat dan tidak boleh disangkal!

   Aliya mengeluarkan tali berserta dengan gasingnya. Ali pula sudah bersiap sedia dengan gasing dengan tangannya. Kiranya ini team beyblade burstlah.

   Reziana tiada pilihan lain. Melainkan memanggil semua pasukannya datang ke sini. Dia menekan satu butang khas pada sisi topengnya.

   Ejen-ejen yang dirasuk Reziana berhenti menyerang ejen Tekno. Ada yang siap mengira perlawanan gusti juga turut berhenti mengira.

   Semuanya kembali ke arah Reziana. Bukan pergi dekat Reziana, pergi dekat Reziana buat apa. Tidak dapat duit pun. Namun, membuat serangan terhadap Ali dan Aliya.

   "Alamak!" Ali terbeliak mata melihat semua ejen  kini menyerang mereka berdua. Kurang ajar punya Reziana. Panggil geng pula dia!

   Aliya menarik Ali dekat dengannya lalu memasang pelidung. Sebuah glob pelindung mengelilingi Ali dan Aliya. Ejen-ejen lain seperti menjadi zombie dengan memukul dan menyerang glob pelindung Aliya.

   "Takkan kena kawal sampai macam ini?" Ali memandang sekeliling dengan pandangan tidak percaya.

   Kalau kena kawal otak sekalipun, muka tolonglah elok sedikit. Ini muka macam bangun tidur selama sepuluh jam sahaja.

   Aliya mengesan melalui IRISnya. "Ah, rasanya ianya datang dari topeng itu. Topeng itu pun macam disambung dengan sesuatu."

   Ali berpaling ke arah Aliya. "Sesuatu?"

   Aliya mengangguk. "Ya, sesuatu macam..." Aliya terus mengimbas dari mana punca segala pengawal. "Dari dalam poket seluar Ana."

   "Ha? Poket seluar?" Ali turut memandang ke arah sama dengan pandangan Aliya. Mesti Reziana pelik... apa fasal dia orang pandang seluar dia? Zip terbuka ke?

   Tetapi kalau zip seluar dia terbuka pun, tidak inginlah aku nak pandang. Lembu tengok pun tutup mata guna ekor.

   Ali mengeluarkan talinya. "Jadi, apa tunggu lagi? Kita kena ambillah barang daripada Reziana tu sebelum banyak lagi dia akan rasuk!"

AliYa (EA) Where stories live. Discover now