BAB 26

384 38 43
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"MAMA, keluarlah. Ali dah sampai ini!" beritahu Ali di sebalik talian.

   "Ya, ya. Mama tengah bersiaplah ini." Aliya menguntum senyuman mendengar suara anaknya. Tangannya sibuk mengemas barang  ke dalam beg yang dihadiahkan ejen Dayang.

   "Okeylah! Ali tunggu, tau! Bye, mama!" Setelah itu, talian diputuskan.

   Riak wajah Aliya menjadi sayu saat tangannya mencapai pencetak biru SATRIA. Serta-merta mindanya teringat akan Ali. Sungguh... dia tidak sanggup mahu berpisah dengan anaknya walaupun sekarang dia tengah mengandungkannya.

    Labu yang melihat Aliya seperti bermuram durja lantas naik ke atas meja. Wajah comelnya ditayangkan. "Meow?"

   Aliya tergelak kecil dengan muka polos milik Labu. Dia mengusap kepala Labu sebelum memasukkan pencetak biru IRIS ke dalam begnya. Sengaja dia tinggalkan pencetak biru SATRIA di sini.

   "Inilah masanya..." Aliya bertutur, perlahan sambil mencengkam permukaan begnya. Dia menoleh ke arah Labu dengan satu senyuman. "Labu, doakan aku tak nangis, ya? Aku tak naklah Ali sedih sebab aku menangis."

   "Meow!" Labu menyahut, seakan memahami.

   Aliya kemudian menggalas begnya. Perutnya diusap, lembut. "Kita jumpa Ali dekat masa depan sekejap, ya?"

   Pintu gelonsor dibuka. Lampu ditutup lalu Aliya dan Labu meninggalkan bilik itu. Bilik yang terakhir Aliya melawat pada tahun itu. Pasti rasa perit kerana tapak kaki Aliya tak akan berbunyi lagi di bilik itu selepas ini.

   Aliya mengetap bibir. Walaupun dia tidak mahu meninggalkan zaman ini, dia tetap kena buat juga. Masuk sahaja ke dalam lorong koridor itu, lampu terus terpadam. Eh, abang mana pula main suis JNB ini?

   Lampu kemudian berkelip-kelip seperti keadaan di kelab di disco.

   "Hoi, janganlah main lampu! Tutup sahajalah sekali!"

   "Oh, sorry..."

   Aliya mengerutkan dahinya. Suara dua budak lelaki? Yalah kalau sudah garau macam itu tidak mungkin suara Mas Idayu.

   Selang beberapa saat, cahaya lilin menyala di ruang utama M.A.T.A. Serentak dengan itu, suara nyanyian ala-ala opera tak jadi mula kedengaran. "Selamat hari jadi... selamat hari jadi. Selamat hari jadi ejen Aliya."

   Lampu dibuka. Terpapar beberapa orang ejen juga ejen Dayang yang berkerusi roda. Ada juga Niki dalam baju banduannya berdiri di sebelah ejen Geetha.

   Mata Aliya terarah ke arah Ali yang sedang memegang keknya dengan mata berkaca. Hari ini... hari jadi diakah?

  "Selamat hari jadi!" Nyanyian itu berakhir dengan tepukan daripada semua orang.

   Aliya membaca setiap bait kata pada bentangan kain yang digantung itu. "Selamat hari jadi... Aliya." Satu senyuman dilahirkan.

   "Siapa buat semua ini?" Aliya bertanya dalam nada terharu. Yalah, kalau sambut hari jadi... siapa tidak suka, bukan? Monyet di hutan pun suka. Itu pun kalau dia orang ingat hari jadi dia orang.

   Bakar menunduk agar ketinggian separas Ali. "Siapa lagi kalau bukan budak Ali ini, ha!" Bakar merangkul leher Ali yang tersengih.

   "Mama, tiuplah kek ini!" Ali menayangkan kek satu tingkat berkrim vanilla dan coklat di atas pinggan yang dipegangnya.

AliYa (EA) Where stories live. Discover now