BAB 11

444 47 24
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"ADUH!" Khai mengaduh kesakitan apabila buku lalinya dilanggar seseorang. Kelihatan robot R.O di tepi kakinya mengundurkan diri dan memandang Khai.

   "Eh. Hahaha, macam manalah kau boleh langgar aku?" Khai mengalihkan robot R.O ke hadapan. Ianya untuk memudahkan robotnya berjalan dengan senang.

   Jangan kau pergi langgar dinding sudahlah. Tidak fasal-fasal Khai kena tambah perisian cermin mata untuk robot R.O.

  "Haa..." Moon meregangkan otot-ototnya sambil mengeluh, keras. "Peliknya hari ini. Sepatutnya tengah hari macam ni, ada kelas... tapi Ejen Leon batalkan pula."

  "Eleh, padahal... kau suka, kan?" Khai mengusik dengan kening yang dinaikkan.

   Kenal sangat Moon ini. Tengok sahaja macam murung kelas dibatalkan... tetapi dalam hati, sudah melonjak-lonjak keriangan!

   "Hehehe... gembira dengan sedih dalam masa yang sama." Moon menaikkan jari telunjuk dan jari tengahnnya. Eleh, padahal gembira paling utama.

   Iman tertawa kecil melihat teletah Moon. "Tapi, tak hairanlah. Kan kes Profesor Acta masih hangat sekarang."

   Khai menambah. "Yalah. Lagi susah sebab M.A.T.A tak dapat satu pun maklumat fasal Profesor tu. Memang pening ketua-ketua teras jawabnya."

  Moon mengusap dagunya, cuba berlagak seperti seorang detektif profesional. "Hrm... susah juga itu. Eh, cakap fasal Profesor Acta... mana Ali, ya? Selalu sangat tak datang misi sejak..."

  "Kan ejen Aliya ada datang. Lagipun ejen Aliya... arwah mak dia. Mesti Ali luangkan masa lebih banyak dengan mak dia," jelas Khai. Dalam hati, dia turut simpan rasa simpati pada Ali. Sudahlah kehilangan ibu pada waktu kecil lagi.

   "Sekejap..." Iman mencuit bahu Moon, memberi isyarat pada bangku bulatan, di hadapan pintu masuk Akademi M.A.T.A. "Itu bukan Ali, ke?"

   "Eh?" Khai menoleh ke kanannya. "Oh, memang Alilah. Ejen Aliya pun ada sekali."

   "Ali! Ejen Aliya!" Moon sudah berlari ke arah mereka berdua tanpa dipinta.

   "Hey, Moon! Tunggulah!" Melihat Moon terlebih dahulu pergi ke arah dua beranak itu, Khai terpaksa ikut sekali.

   "Eh?" Iman terpinga-pinga apabila dia ditinggalkan seorang diri di koridor itu. Mahu tidak mahu, dia melangkah mengejar mereka ke tempat Aliya.

   "Erm..." Ali menggumam keriangan. Sedap sangat roti canai pesanan dari Mamak Maju ini! Disebabkan Aliya (atau Ali di dalam rahim ibunya) mengidam roti canai, dia pun sertai sekaki.

   "Ali!"

   "Uhuk! Uhuk!"

   Tersedak Ali dibuatnya! Yalah, orang baru hendak telan makanan, disergah sebegitu rupa. Cepat-cepat Khai menepuk belakang Ali dengan separa kuat.

   Setelah berjaya menelan makanan itu di laluan trakea yang betul, Ali menjeling ke arah Moon. "Kau ini, Moon. Bagilah salam dulu."

AliYa (EA) Where stories live. Discover now