BAB 7

611 62 27
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"ERGH..." Profesor Acta mengetuk tangki kecil azurium di bawah alat mesin masanya. Nampaknya dia tinggal tiga batang azurium sahaja. Satu lagi azurium sudah kehabisan kuasa kerana terbuka portal untuk Ali.

   "Kalau mereka tak kacau aku, mesti aku dah hapuskan Dato' Othman." Profesor Acta menggumam sendirian sambil mengelap mesin masanya.

   Profesor Acta mengelap peluh yang menitik. Bingkai gambar anaknya direnung. Tangannya perlahan-lahan mencapai bingkai gambar itu. Tiba-tiba, lehernya dipaut dari belakang.

  "Ergh. Lepaskan! Le... paskan... " Profesor Acta menepuk-nepuk lengan yang menahan lehernya. Rasa sesak nafas dia rasa.

   Suara garau berbisik ke di sebelah telinganya. "Dapat pun kau."

   Pandangan mata kian kabur. Tangannya yang laju memukul lengan itu menjadi perlahan pergerakannya. Selang beberapa saat, pandangan mata menjadi gelap.

   "Huh!" Sedar-sedar sahaja, Profesor Acta sudah terikat di kerusi kayu. Dia rasakan sangat pening. Dia bergerak ke kiri dan kanan, berusaha untuk melepaskan diri, namun sia-sia sahaja. Dia diikat ketat sekali!

   Profesor Acta mengangkat wajahnya. Dia tergamam melihat seseorang bertopeng hitam sedang minum air Milo ikat tepi dan anjingnya sibuk meminum air dari mangkuknya.

   "Sedar pun kau. Penat aku tunggu." Garau nadanya. Profesor Acta dapat mengagak jantinanya ialah lelaki.

   Lelaki Bertopeng hitam itu menyangkut bungkusan air Milonya di penyangkut kunci. "Kau jangan risau, kau masih dalam rumah kau lagi. Aku datang sini... untuk minta bantuan kau."

   Profesor Acta kelihatan keliru. "Bantuan? Bantuan apa?"

   "Buat-buat tanya pula. Kau yang cipta mesin masa itu?" Lelaki Bertopeng Hitam itu menuding pisau tepat di hadapan mata Profesor Acta.

   Bergetar Profesor Acta melihat pisau di hadapan matanya. Terketar nada suaranya cuba membela diri. "Apa kau merepek ini? Aku tak buat cipta mesin masa itu. Kau salah orang."

   Lelaki Bertopeng itu membuka mulut Profesor Acta secara paksa dan menyumbat pisau ke dalam mulutnya. "Aku tak suka orang menipu."

  Profesor Acta cuba melarikan kepalanya ke belakang tetapi ditarik kembali kepalanya ke hadapan. Perit bahagian pipinya terkena pisau yang tajam itu.

  Lelaki Bertopeng Hitam itu menarik pisau itu keluar dari mulut Profesor Acta lalu dicampakkan pisau itu ke tepi. Dia berpeluk tubuh memandang Profesor Acta. "Baik kau beritahu betul-betul. Kau kan... cipta mesin masa itu."

   "Phuih!" Profesor Acta meludah darahnya ke tepi. "Kalau aku beritahu, apa aku dapat?"

   Lelaki Bertopeng Hitam itu mengeluarkan seremban yang entah dari mana dia dapat. Batu seremban itu dibaling ke atas. "Senang."

   Tiga batu seremban itu jatuh ke bawah, mengeluarkan hamparan hologram di hadapan Profesor Acta. Keluar beberapa orang model.

   "Aku nak kau... cipta sebuah mesin yang boleh meniru fungsi gajet yang lain. Macam... fotokopi." Seorang model kelihatan menyerap fungsi dari gajet-gajet model lain. "Fasal barang, jangan risau. Aku boleh sediakan."

   "Kenapa aku?" soal Profesor Acta dengan nada bengang.

   Lelaki Bertopeng Hitam itu langsung  mempedulikan Profesor Acta. "Kalau kau buat, aku akan tolong kau selamatkan anak kau. Dan... benda ini akan jadi milik kau.

AliYa (EA) Where stories live. Discover now