BAB 18

324 47 38
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

SARUNG tangan disarungkan pada tangan kiri dan kanan Reziana sendiri. Kesian... bujang, tiada suami mahu sarungkan untuk dia. Belum sempat Reziana ingin menaikkan hoodienya, hoodienya terturun kerana angin hasil pergerakan sesuatu.

   Reziana menoleh ke kirinya. Dia memandang kosong gasing yang masih berpusing sebelum memaling ke arah kanannya. "Aku dah agak."

   "Huh... huh..." Aliya merenung tajam Reziana sambil memegang talinya, bersiap-sedia untuk melawan bekas ejen M.A.T.A itu.

   "Meow!" Eh, di sebelah Aliya juga ada Labu! Labu menayang muka garangnya serta kuku tajamnya semua dilakukan.

   Mereka bertiga dalam posisi bersedia sehinggalah Aliya bersuara terlebih dahulu. "Mana? Mana I.R.I.S aku?"

   "Heh..." Reziana memakai topeng dan alat penukar suaranya. Suara dua alam mula dikeluarkan. "Aku tahu kau akan datang dengan bantuan."

   "Kalau kau nak ini." Reziana mengeluarkan  I.R.I.S di poketnya. "Marilah ambil!"

   "Ergh!" Aliya menghentakkan dua gasingnya. Dua gasing itu memantulkan diri dari dinding rumah dan pokok-pokok, menuju ke arah satu gasing di belakang Reziana yang masih berpusing.

   Saat tiga gasing itu hampir bertembung, Reziana segera mengeluarkan batu seremban berwarna biru dan memicitnya. Keluar pedang besar dari kain batu seremban itu.

   Dengan mudah, Reziana melibas ketiga gasing itu. Mata Aliya terbuntang melihat ketiga-tiga gasingnya terbelah dua.

   "Takkan kau tak kenal bekas ejen M.A.T.A macam aku ini?" Reziana memegang erat pedangnya. "Setakat ejen picisan macam kau, senang sahaja untuk aku tewaskan!

   "Huh, jangan banyak cakaplah!" Aliya mengeluarkan lagi satu gasing.

    Dalam hati, wanita itu berdecit kuat. Sudahlah dia tidak boleh terlalu lasak sangat. Gasingnya juga hanya tinggal empat sahaja lagi.

   Reziana menekankan hujung kakinya. "Baiklah kalau macam itu, aku akan buat kau kehilangan nyawa di sini." Reziana berlari dengan laju ke arah Aliya dengan niat ingin melibas Aliya.

   Skrin beralih ke arah Acta yang terundur ke belakang. Pasti kerana dirempuh oleh Bakar. Acta cuba menstabilkan nafasnya buat seketika sebelum mara ke hadapan untuk menumbuk Bakar.

   Tumbukan bertalu-talu dihadiahkan buat Bakar. Mungkin itu hadiah hari lahir. Bakar menahan tumbukan itu dengan perisai di lengannya sehingga terundur beberapa langkah ke belakang.

   Walaupun badan Acta kurus kering, jangan ingat dia langsung tidak sekuat Badang. Bukan Badang warna hijau yang rugikan pawagam itu.

   Melihat Acta yang lelah menumbuk, Bakar pantas menumbuk Acta namun tidak berjaya apabila Acta berjaya menunduk. Acta bangun kembali dan cuba menendang dada Bakar.

   Tetapi, itu merupakan perbuatan yang sia-sia, bro. Bakar sempat memegang kaki Acta dan menterbalikkan lelaki itu ke belakang. Dapatlah jadi burung puyuh walaupun sesaat.

   Wajah Acta tersembam ke tanah. Pasti bengkak teruk ini.

   Situasi Acta sama macam Reziana. Reziana cuba melepaskan diri dari tarikan graviti yang memerangkap diri. Pedangnya juga sudah tercampak jauh dari kedudukannya.

   Aliya menghampiri Reziana seraya bertutur, perlahan. "Hentikan perbuatan kau, Ana. Semua ini sia-sia sahaja."

   Labu menghidu-hidu di sekeliling Reziana, mencari IRIS yang disorokkan Reziana. Harap-harap tidak pengsanlah lepas bau wanita itu. Memang pergh... bau dia!

AliYa (EA) Where stories live. Discover now