BAB 12

363 46 22
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

EJEN Dayang, ejen Ganz dan general Rama sibuk berborak sambil mengorak langkah ke meja mesyuarat. Sebelum serius menghadap Dato' Othman yang sarkistik itu, baik berbual-bual dahulu.

   "Ktup!"

   Bunyi pintu gelongsor terbuka. Masing-masing terperanjat melihat hologram Dato' Othman berkerusi roda di atas meja panel. Sejak bila Dato' Othman datang awal pada mesyuarat ini?

   Ejen Dayang terlebih dahulu bersuara. "Eh? Dato'? Awal Dat..."

   Dato' Othman segera memintas. "Sudah! Lama saya tunggu kau orang! Dekat sepuluh minit! Begini ke jadi ejen yang berjaya?"

   Mereka bertiga mengelilingi meja bulatan itu. Sempat lagi General Rama membetulkan kesalahan Dato' Othman. "Tapi... kita janji mesyuarat pukul 11:00 pagi, kan?"

   Riak muka Dato' Othman berubah serba-salah, namun terus dipamerkan wajah biasa. "Mulai sekarang, mesyuarat bermula pukul 10:50 minit pagi. Baiklah, apa progress kamu semua?"

   Hek ek leh, sudah datang awal, beralah sahajalah. Tidak perlu menegakkan benang yang basah. Mesti balik nanti Dato' Othman balut muka dia dengan lebihan kain kapan.. eh, kain pembalut untuk lindungi malunya.

   "Erm... sebenarnya." Ejen Ganz teragak-agak untuk memberitahu. "Kami belum tahu lagi Profesor itu  di mana ataupun sedang lakukan apa. Si penjahat itu nampaknya bijak menyembunyikan diri."

   "Itu sebab kamu tak buat kerja dengan betul!" Dato' Othman tetap menyalahkan ejen-ejennya. "Kamu ada banyak ciptaan yang canggih, takkan tak boleh detect jejak penjenayah walaupun sedikit?"

   "Ya, saya tahu. Tetapi disebabkan dia menggunakan mesin masa, amat susah kita untuk jejak lokasi penjahat itu. Dia boleh pergi mana-mana sahaja menggunakan mesin masa itu." General Rama menjelaskan satu persatu.

   Yalah, mana tahu Dato' Othman ini korek telinga yang terakhir pada tahun lepas. Kenalah terang satu demi satu.

   Ejen Ganz menambah. "Tapi, kami mengesyaki kecurian Azuarium itu, ada kaitan dengan mesin masanya. Hendak hidupkan mesin masa itu, perlukan banyak tenaga."

   "Maklumat macam ini... boleh pula terima. Jejak dia tidak boleh pula jejaki." Dato' Othman masih belum berpuas hati dengan maklumat yang diterimanya.

   Ejen Ganz menumbuk diri dari belakang, cuba menahan amarah. Ini hologram, jadi tidak syoklah kalau tumbuk hologram sahaja. Lagipun, mana boleh tumbuk pemimpin negara.

  "Dato'..." Bicara General Rama terhenti apabila terlihat isyarat tangan ejen Dayang.

   Ejen Dayang mengujarkan kata setelah tiada sebarang suara kedengaran. "Kami dapati, Profesor Acta merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik. Mempunyai seorang isteri yang sudah meninggal kerana sakit jiwa, dan seorang anak yang mati lemas."

   Iris mata Dato' Othman bergetar mendengar perkataan 'lemas' itu. Macam... pernah dengar. Dato' Othman menyoal. "Kenapa kamu cerita semua ini?"

    "Kami bukan ingin menuduh Dato' tetapi..." Ejen Dayang sengaja memberhentikan ayatnya. Dapat dilihat riak wajah Dato' Othman yang berubah pucat.

   "Dato' ada buat apa-apa ke pada Profesor Acta? Sebab dia mempunyai rekod yang baik, malah rekod sekolahnya, hanya ada sedikit kesalahan. Mungkin... Profesor Acta ada dendam dengan Dato'."

AliYa (EA) Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum