BAB 20

362 45 88
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

ALICIA segera mengelak dari tembakan itu. Satu keluhan terpacul dari bibirnya. Nyaris-nyaris dia hampir ditembak oleh Profesor Acta tadi.

   "Bang!"

   Reziana berdecit kesakitan sambil memegang bahunya. Anak Pak Leman mana yang menembak bahunya sesuka hati? Menyesal tidak membawa 'orang' yang dikawalnya tadi.

  "Tch... tidak kenalah pula." Roza mengisi peluru lain. Dia sebenarnya sasarkan tulang bahu Reziana, kerana tulang itu, tulang paling mudah patah bagi manusia.

   "Jangan bagi Alicia serang seorang diri sahaja! Kita kena lawan juga!" Bersemangat Mika mengarahkan. Dia turun sekali, menyertai Alicia bertarung.

   Semua ejen turun ke bawah, melawan Reziana dan Profesor Acta yang terperangkap di dalam lubang. Hanya General Rama dan beberapa ejen tidak berlawan ke bawah.

   Reziana panik mengeluarkan batu serembannya. Sayangnya, batu seremban itu ditepis dengan selendang Iman. Reziana berdecit kuat melihat ramai ejen mula menjadi semangat bertarung.

   Melihat ada seseorang ejen Kombat ingin menyerang, Profesor Acta segera mengambil batu seremban yang jatuh ke bawah.

   Batu seremban itu dipicit lalu keluar pelindung hemisfera yang melindung mereka dari serangan atas ejen-ejen M.A.T.A. Kenapa hemisfera? Yalah, kalau segi tiga jadi piramid Mesir Purba pula.

   "Ergh..." Reziana merasa resah melihat serangan bertubi-tubi daripada mereka semua. Malah, ada retakan juga pada pelindungnya.

   Reziana berpaling ke arah Profesor Acta. "Kau... bila 'benda itu nak sampai?"

   Profesor Acta yang masih menyeluk poketnya, membalas. "Sabarlah. Biar dia orang serang sepuas hati mereka dahulu."

   "Tch..." Alicia berundur ke belakang, menjauhi pelindung yang melindungi dua penjenayah itu. "Tak ada hasil. Sia-sia sahaja."

   Mika yang penat menumbuk pelindung itu mendekati Alicia. Benar kata Alicia. Memang sia-sia sahaja. "Hairan... kenapa dia orang tak takut langsung masa kita serang dia habis-habisan?"

   "Entohnyo. Se'enlah gini (Entahnya. Susahlah begini.)" Chris sudah mengeluh. Beberapa ejen lain juga kelihatan berhenti menyerang kerana terlalu penat.

   Pelindung itu guna batu-bata ke? Susah sangat mahu dihancurkan. Atau pelidung itu ada adik beradik dengan The Great Wall China.

  "Pasti ada sesuatu tak kena..." Alicia mengecilkan matanya, cuba menfokuskan ke arah Reziana dan Profesor Acta di sebalik aksi tumbuk-menumbuk pelindung itu.

   "Erm... ah!" Alicia tersentak melihat senyuman sinis dihadiahkan daripada mereka berdua. Rambutnya juga berterbangan. Dari mana datang angin.

   "Gapo dio tu! (Apa benda tu!)" Pertanyaan Chris mendapat perhatian semua orang.

   Semua berpaling ke arah langit. Jangan seorang itu nampak ayah Pin, sudahlah...

  "Itu... helikopter!" General Rama sudah mengeluarkan senjatanya iaitu payung. Patutlah dia rasa pelik dengan kelakukan dua beradik itu. Rupanya ada udang di sebalik batu!

   Ejen Karya membetulkan cermin matanya hitamnya. "Nampaknya... ada dua orang robot seorang lelaki di dalam helikopter tu. Tapi... macam mana nak hampiri mereka?"

AliYa (EA) Where stories live. Discover now