BAB 25

352 38 66
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

KELOPAK mata Profesor Acta bergerak-gerak. Permandangan jelas kelihatan setelah dicelik mata buat beberapa kali. Dia memandang bingung keadaan sekeliling. Kelihatan seorang lelaki berbual dengan... apa itu? Power Rangers warna putihkah?

   "Oh, general bila sampai?"

   "Baru sahaja. Lagipun..."

   Seorang wanita bersut robot mendekatinya. Mata Profesor Acta terbuntang melihat gari yang dipegang oleh wanita itu. Secara automatik dia berubah posisi dari terbaring ke berdiri.

   "Uh?" Ali dan general Rama berpaling ke arah Profesor Acta yang sudah tersedar dari lenanya.

   Profesor Acta secara drastik mengangkat mesin masa yang kebetulan ada di hadapan mata. Dia menghalakan ke arah Ali tanpa teragak-agak.

   Teguk air liur jugalah rasanya. Masakan tidak, ada beberapa robot di belakang Ali dan general Rama. Silap langkah, dia juga diheret ke penjara.

   General Rama mendekati Profesor Acta. "Oh, nampaknya kamu sudah bangun."

   Profesor Acta segera mencelah. "Jangan dekat! Kalau tak, aku hantar kau ke masa lalu!" Tangannya terketar-ketar memegang mesin masanya. "Lepaskan aku! Dan, mana Reziana?"

   "Sia-sia sahajalah. Kita orang dah hantar dia ke penjara MATA dah pun." Penjelasan dari Niki itu membuatkan Profesor Acta mengetap gigi, bengang.

   "Kalau macam itu, aku tak ada pilihan lain!" Profesor Acta menarik picu. Tembakan dilepaskan ke arah general Rama.

   Ali berteriak, memberi amaran."Eh, jaga-jaga!" General Rama serta Ali dapat mengelak. Mujurlah... nanti terhantar ke zaman Hilter, gali kubur sendirilah jawabnya.

   "Kamu takkan langsung tak ingat saya?" soal general Rama. Nada suaranya juga tenang, tidak kedengaran tegang ataupun ada makna mengajak berlawan.

   Pegangan Profesor Acta menjadi longgar. Dahinya berkerut, cuba memahami bait pertanyaan general Rama. "Apa... apa maksud kau?"

   "Masa anak kau hampir lemas, aku ada datang nak selamatkan anak kau. Tapi tak sempat." General Rama menerangkan, sekaligus mengingatkan kembali Profesor Acta kepada peristiwa lalu.

   "Kau..." Profesor Acta mula memarahi dalam kesedihan. "Kenapa kau lambat sangat? Hidup aku hancur. Semuanya kerana Dato' Othman! Tak selamatkan anak aku! Ha, mana Dato' Othman?"

   Ali cuba memujuk penjenayah itu. "Profesor kena terima kenyataan yang..." Ali tidak semena-mena teringatkan Aliya. "... yang anak Profesor dah tak ada di dunia ini lagi."

   "Ah, kau orang semua tak faham perasaan aku." Profesor Acta mencengkam dadanya sambil sebelah tangannya masih mengangkat mesin masanya. "Rasa kehilangan! Jadi, biar aku buatkan semua yang berada di sini berasa sa..."

   "Kalau anak Profesor hidup lagi, dia akan gembira ke lihat ayah dia jadi macam ini?"

   Profesor Acta terkedu. "Ha?"

AliYa (EA) Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα