BAB 1

975 92 11
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"FIUNG!" Bunyi lastik dilepaskan kedengaran di medan latihan akademi itu. Ali mengelak ke tepi dan mengurut dada sekilas apabila bola bom milik Alicia tidak mengenai miliknya.

   Melihatkan Ali yang sedang leka, Rudy mengambil kesempatan mengeluarkan gelang teleknisnya. Gelang itu bergerak laju ke arah Ali namun Ali cepat - cepat menaiki dinding magnet.

   "Woah!" Ali cuba menstabilkan dirinya untuk berdiri di atas dinding magnet. Dia tidak boleh termenung terlalu lama. Baru sahaja hendak tenang, Alicia turut menaiki dinding magnet dari belakang.

   Alicia melepaskan banyak peluru bola ke arahnya. Haih, tenang sekejap, boleh atau tidak? Sudahlah Rudy sibuk ingin mendekatkan tangannya dengan gelang entah apa - apa dia itu. Alicia pula sibuk tembak dia dengan lastik. Ingat dia monyet atau apa?

   Ali berpaling menghadap Alicia lalu mengeluarkan beberapa gasing daripada sisinya. Dia melepaskan kesemua gasing itu. Gasing - gasing itu berpusing pantas, menghentam dinding dan berpantul kembali, sekaligus mengalihkan perhatian Alicia dan Rudy kepadanya.

   "Ergh..." Alicia menembak gasing yang meluru ke arahnya. Akibat tembakan itu, gasing - gasing itu terpantul kembali menghentam dinding malah semakin pantas pula!

   Ali menyeringai melihat salah satu gasingnya menghampiri Rudy. Dia mengaktifkan gasing itu menyebabkan Rudy tertarik ke pusat graviti. Rudy bukanlah seseorang yang mudah dikalahkan... gelang teleknisnya sempat mencengkam kaki Ali.

   Rudy mengawal kaki Ali sambil melawan arus magnet graviti itu kemudian melemparkan Ali ke salah satu dinding. Memang penyeklah pipi Ali dibuatnya. Haih, jatuh maruah betullah!

   "Heh, tak adalah susah mana." Alicia melangkah ke arah Ali untuk mengambil intel di sisi Ali. Dia bergerak dengan berjaga - jaga dengan dua gasing Ali yang masih bergerak memantulkan diri.

   Baru sahaja dia ingin mengambil intel di sisi Ali. Ada satu gasing menghampirinya lalu dia membalasnya dengan satu tembakan. Alicia menyambung kegiatannya, namun Alicia tidak perasan ada satu lagi gasing meluru ke arahnya.

   Pipi Alicia menjadi mangsa hentaman gasing itu. Terus lebam pipi dan jatuh Alicia dibuatnya. Memang dahsyat betul gasing ciptaan Aliya ini!

   "Ergh..." Ali mengawal senyap - senyap gasing itu melalui tangannya. Dia mengawal dua gasing untuk memutuskan gelang kakinya sebelum menarik Alicia ke pusat graviti.

   "Yay, menang!" Ali bersorak gembira. Tiba - tiba pipinya terkena balingan gasing yang sangat kuat. Sebentar tadi kita melihat Ali menjulang kemenangan, kini Ali sudah rebah dengan pipinya yang bengkak.

    "Heh." Rudy terasa bangga sekejap dengan balingan padunya tadi. Boleh masuk acara lontar peluru ini!

    Memandang Ali yang ingin bangun, Rudy cepat - cepat mengeluarkan gelang teleknisnya yang baru dan mencengkamnya di kaki Ali. Ali jatuh semula mencium lantai. Dia melangkah laju dan merampas intel di sisi Ali.

   "Latihan Tamat!" laung Ejen Leon. Serentak dengan itu, medan latihan yang berwarna biru bertukar menjadi asal sekelip mata.

   Setelah gelang teleknis Rudy terbuka, Ali perlahan - lahan bangun lantas mengusap pipinya. Aduh, ini kira kurma ke sebab baling dekat pipi Alicia tadi? Eh, silap. Karma! Celah mana kurma?

   "Wah! Naisu!" Khai bersorak dari atas. "Hebatlah, Ali!"

   Ali terasa malu - malu pula. Padahal bangga melampau di dalam hati. "Hehehe, mana ada..."

AliYa (EA) Where stories live. Discover now