BAB 23

271 34 49
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

KHAI terlopong melihat SATRIA yang dipakai Ali. Ditunjukkan simbol 'terbaik' kepada Ali. "Fuuh, cun gila kau Ali!"

   Ali tersengih dan menggosok lehernya. Sempat lagi budak ini tersenyum macam orang gila. "Hehehe... yakah? Biasa-biasa je..."

   Iman perasan kelibat Reziana yang ingin menyerang Ali segera menjerit. "Ali! Belakang awak!"

   "Huh?" Ali mengelak ke tepi. SATRIAnya nampaknya memang hampir serupa dengan IRIS, atau merupakan projek IRIS yang sudah siap. Arahan yang diberikan juga sama dengan IRIS dahulu.

   "Huh, cepat perlawanan ini habis. Cepatlah Dato' Othman itu mampus." Reziana bertutur sinis memandang Ali yang beriak serius. Risau kadang-kadang. Mana tahu Ali rasa rendah diri sebab ketinggian Reziana itu.

   Reziana mengeluarkan pedangnya serentak dengan Ali yang melilit pantas gasingnya. Ali  menghentakkan gasingnya ke tanah. Kedua gasingnya melantun sesama sendiri, tidak terkena pada rakannya yang lain tetapi disasarkan kepada Reziana.

   Reziana memasang pelindung namun tidaklah seperti disangka. Sebiji gasing telah masuk ke dalam pelindung Reziana sebelum pelindung itu sempat tertutup sepenuhnya! Gasing itu melantun sehingga ke dada Reziana.

   "Uhuk! Uhuk!" Pelindung Reziana terbuka drastik. Reziana menggantikan pelindung itu dengan memicit lagi satu batu seremban menjadikannya sebilah pedang.

   Iman menyerang Reziana yang terduduk dengan hujung selendangnya. Nasib baik buat Reziana kerana dia sempat melompat dan mengelak darinya. Sudahlah jadi anak dara tua, tidak mungkin mahu bercalar muka pula.

   Si Bulat itu pula mengisi masa dengan bermain osom dengan Moon yang tengah pengsan. Macam mana? Dia kawal tangan Moonlah. Banyak kali dia menang bermain.

   Yalah, dia punya kiub bulat terpenting rosak. Kalau masuk berlawan buka silat nanti terpaksa buat majlis tahlil, buka yasin pula.

   Rudy mensasarkan kedua gelang pengawalnya ke arah tangan Reziana. Malangnya, Reziana laju mengelak daripada tangannya digari oleh Rudy. Meskipun begitu, 'kurma' (karma) itu sentiasa ada. Kakinya ditangkap dengan lilitan gasing Ali.

   Tindakannya untuk memotong tali Ali terhenti tatkala Ali terlebih dahulu menariknya ke belakang menggunakan tali gasingnya sehingga terhempas Reziana ke tanah. Kuatnya tali itu. Menyesal ejek dia pendek.

   Ejen Karya yang selama ini berada di atas kotak besi turun ke bawah untuk menidurkan Reziana menggunakan hinopsisnya kanta matanya. Kurang asam punya ejen Inviso.

   Mu ingat ini drama Hindustan ke hero muncul saat-saat akhir. Sudahlah tidak tolong. Uhuk!

   Reziana segera bangun namun ditahan dengan gelang yang dihantar oleh Rudy. Pergerakkan menjadi terhenti dan terbatas. Reziana mengetap gigi melihat ejen Karya menghampirinya.

   Ali menekan sisi SATRIA, memeriksa sesuatu. Paparan di permandangan matanya menunjukkan bahawa kemas kini Overide bersisa 80 peratus. "Ala... aku baru nak guna Overide ini."

   Tiba-tiba SATRIA menunjukkan simbol segi tiga berwarna merah, memberitahu ada serangan dari tepi. Ali secara drastik mengelak ke tepi apabila satu libasan hampir mengenai dadanya.

   Ali menoleh laju ke tepi. "Eh, Iman! Hati-hatilah sedikit." Kelihatan Iman menarik semula selendangnya setelah menyerang Ali. Yang membuatkan Ali hairan, tiada sebarang kata maaf meniti bibir Iman.

AliYa (EA) Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon