BAB 2

830 79 66
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"MAK YAH macam mana dekat sini? Okay ke?" Ali bertanya kepada Mak Yah sambil dia mengutip beberapa gasing ganti di ke dalam begnya.

   Satu senyuman diukir Mak Yah. "Elok saja. Mak Yah nak berterima kasih kepada kamu dan ayah kamu. Kalau bukan sebab kamu, orang Pinggiran tidak susah macam dulu. Bekalan air pun sudah mencukupi."

   Zip begnya ditarik. Ali berpaling ke arah Mak Yah. "Tak ada apa - apalah, Mak Yah. Hehehe, memang tugas kami untuk tolong."

   Mak Yah tersenyum mendengar kata Ali. "Kalau Aliya masih hidup, pasti dia bangga dengan kamu."

   Ali tersentak. Perlahan - lahan dia mengangguk. Ali cepat - cepat menukar topik. "Mak Yah, ayah mana?"

   Mak Yah terdiam sejenak sebelum berkata. "Oh, tidak silap Mak Yah, ayah kamu tengah rehat dekat pangkin. Baru lepas bincang, penatlah tu."

   "Oh, terima kasih, Mak Yah." Ali yang baru berura - ura ingin berjumpa ayahnya terhenti apabila mendapat panggilan daripada M.A.T.A. "Eh, bukan tadi dah pergi misi ke?"

   "Kenapa tu?" Mak Yah menegur Ali yang tiba - tiba berdiri kaku.

   Ali tersengih. Kelam - kabut dia menyimpan telefonnya. "Tak adalah, Mak Yah. Saya..."

   "Kamu ada misi ke?" Soalan Mak Yah membuatkan riak muka Ali berubah terkejut amat. Eh, bagaimana Mak Yah tahu?

   Mak Yah tergelak kecil melihat air muka Ali. Macam tengok beruk menari nampak gayanya! "Mak Yah tahu kamu ejen. Daripada masa Niki kurung kamu bertiga (Bakar, Alicia), dari pakaian kamu masa tu, Mak Yah dah tahu kamu ejen."

   "Niki pun pernah cerita dekat Mak Yah, Aliya belot mereka dengan menjadi ejen Dato' Othman."

   "Oh." Ali mengiyakan. "Eh, tetapi saya nak pergi dekat ayah saya..."

  Mak Yah memintas. "Tak apa, nanti Mak Yah bagitahu ayah kamu, kamu ada hal lain."

   "Oh, terima kasih Mak Yah!" ucap Ali sebelum berlalu pergi meninggalkan Mak Yah. Dia mengangkat telefonnya sambil kakinya menaiki skuter menuju ke terowong longkang besar itu. Bukan panggilan M.A.T.A yang dia dapat tetapi panggilan daripada pak ciknya.

  "Ali? Ali pergi mana?"

   Ali mengeluh. "Kan saya kata, saya pergi dekat Pinggiran."

   "Oh, sorry, lupa. Maklumlah. Makan banyak tadi."

   Ali menayangkan wajah menyampahnya mendengar kata - kata pak ciknya. "Uncle, misi dekat mana?"

   "Dekat perlabuhan. Geng Komeng buat hal. Dia nak curi satu cip ini. Cepat sikit!"

   "Okay, unc..." Ali memandang skrinnya yang tiba tiba gelap. Amboi, laju benar Bakar menutup panggilan! Nampaknya misi ini benar - benar penting!

   "Baik aku guna IRIS. Lagi cepat sampai." Ali memegang atas telinganya. Eh, ke mana IRISnya pergi? Dia memberhentikan skuternya di luar terowong. Habislah, kalau hilang... habis semua ketua teras marah akannya!

   Sekejap.

   Oh, lupa... IRIS dia sudah kena rampas, bukan? Rasa mahu menyendu sebentar.

   Ali menggumam sendirian. "Ini salah kau juga, Ali. Haaaaa.... terpaksalah pergi sendiri. Nasib aku ingat jalan." Ali menggerakkan skuternya menuju ke atas. Hendak pakai IRIS, IRIS tiada. Huhuhu, rasa mahu lap air mata sebentar!

AliYa (EA) Where stories live. Discover now