BAB 15

336 45 29
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"ERGH..." Kepala Bakar bergerak perlahan ke kanan dan ke kiri, memberi tanda dia akan sedar sekejap lagi. Bangun sahaja daripada 'tidur'nya, pipinya terasa lembap dengan air.

   "Meow..." Labu menjilat pipi Bakar, cuba membangunkan Bakar.

   Bakar membuka matanya. "Argh!" Dia berteriak dan terundur ke belakang. Bukan kerana Labu membasahkan pipinya tetapi disebabkan ada jasad robot tanpa kepala di sebelahnya.

   Jeritannya mengejutkan para ejen di dalam M.A.T.A. General Rama terlebih dahulu menjenguk ke luar dan ternampak Bakar. "Bakar? Macam mana kamu ada dekat sini?"

   Bakar menjelaskan dengan nada panik. "Eh, mana saya tahu. Saya bangun-bangun saja, ada badan penanggal dekat sebelah saya."

   Ganz keluar untuk melihat kekecohan yang terjadi. "Apa? Siapa menjerit macam perempuan tadi?"

   General Rama menuju ke semak. Bukan jasad robot sahaja. Malah, ada kepala robot sekali. "Aku sudah dapat agak. Betullah, ada penceroboh di sini!"

   "Pence... apa?" Bakar masih bingung dengan apa yang terjadi. Yalah, baru sahaja lepas pengsan. Kepala pun bengkak lagi.

   "Rasanya... baik kita bincang di dalam," cadang Karya yang berada di belakang Ganz. Entah bila masa munculnya.

   "O... okey." Walaupun masih samar dengan apa yang terjadi, Bakar mengikuti sama. Sempat diajak Labu untuk masuk ke dalam sekali.

   Memori Bakar sedikit pulih. Bakar memandang hairan ruang utama Akademi M.A.T.A yang dipenuhi ejen Ganz dan guru teras yang lain.

   "Kenapa semua berkumpul ni? Bukan ke saya patut pergi teman kakak jumpa Niki? Kejap, mana burger istimewa itu!" Bakar yang perasan ketiadaan burgernya mula berpusing sekeliling untuk mencari. Huhuhu, burger daging...

   Labu yang melihat Bakar cemas mencari hanya mampu menggeleng kepala. Kalau boleh bercakap, mesti Labu berkata 'meow meow meow'. Yalah, tidak mungkin cakap 'woof woof' pula.

   "Burger kamu tu jangan risau. Dah masuk dalam tong sampah pun." Ganz menjelaskan kekeliruan Bakar. "Lagipun, ada masalah lagi besar. Aliya diculik."

   Riak wajah Bakar bertukar gelisah. "Ha? Macam mana dia kena culik?"

   "Kami mengesyaki... ada penceroboh yang memasuki kawasan ini." Ejen Leon meleretkan fail hologram pada permukaan jam tangannya  ke atas. Terpapar video hologram CCTV memainkan kegiatan si penceroboh itu.

   Dalam video itu, pintu akademi terbuka saat ejen 'Geetha' dan Bakar masuk ke dalam akademi. Ejen Geetha dan Bakar terhenti di hadapan pintu, seperti berbual sebentar.

   Tidak lama kemudian, ejen Geetha seperti melakukan sesuatu di belakangnya.

   Mata Bakar membulat saat menonton video itu. "Eh, ejen Geetha buat apa itu?"

  "Itu bukan ejen Geetha." Tegang suara ejen Ganz memberitahu Bakar.

   Bakar sudah menggaru sisi kepalanya. Tidak mungkin hantu pula. "Eh, habis tu? Itu ejen Geetha kot!"

   "Itu penceroboh."

   "Ha?" Bakar menjadi semakin pening. Jadi, siapa yang berbual dengannya pagi tadi?

   "Tengok, dahulu. Baru nak bercakap." Ejen Leon menegur kelakuan Bakar yang terpinga-pinga. Ingat dia suka buat posisi tangan begini? Lenguh, wey!

AliYa (EA) Where stories live. Discover now