BAB 10

581 53 22
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"TAP! Tap! Tap!" Bunyi papan kekunci ditekan beberapa kali. Beberapa saat bunyi itu berulang sampai kalau didengar kembali, pasti boleh dibuat lagu.

   Aliya berhenti menaip. Sebaliknya dia menekan sesuatu di dalam skrin menggunakan tetikus. Keluar satu garis dan pemberitahuan mengatakan proses Overide sedang dimuat naik.

   "Wah!" Aliya menarik nafas lega. Akhirnya! Sudah siap segala tugasannya. Dia memegang perutnya lalu bersorak riang. "Ali, kita dah berjaya!"

   Aliya tersenyum sebelum memandang kembali skrin komputer riba. Baru empat belas peratus. Lambat lagi. Jangan sampai sembilan puluh sembilan peratus kemudian kosong balik sudahlah. Menangis di penjuru dinding nanti.

   Teringat fasal Ali, cip yang diberikan Ali tidak semena-mena terngiang di mindanya. Aliya mencari di bawah kertas-kertas yang bersepah. Kepalanya yang dialas tudung digaru. "Aduh, mana pula cip itu?"

   Kebetulan Aliya tersiku plastik kecil berisi cip itu. Cip itu terjatuh ke bawah dan menghasilkan bunyi kecil yang menarik perhatian Aliya.

   Cip itu mesti marah dan merajuk. Dia duduk dekat sebelah siku Aliya pun, Aliya tidak nampak.

  "Oh, terjatuh rupanya." Aliya terpaksa turun dari kerus dan duduk untuk mengambilnya. Yalah, dia sedang mengandung, bukan? Penyek Ali nanti.

   Aliya membuka plastik kecil itu. Dia menyeluk jarinya untuk mengambil cip tersebut. "Hrm... peliknya. Tak pernah aku tengok cip besar macam ini."

   Kenapa Aliya pelik? Yalah, cip itu sebesar kuku dia kot! Selalunya cip-cip ini biasanya kecil sahaja. Sedang Aliya menilik cip itu, dia mendapati ada satu garis lubang di sisi cip itu.

   "Lubang apa ini?" Aliya bertanya kepada diri sendiri. Tanpa sedar, dia telah menekan dengan kuat pada permukaan cip itu sehingga keluar sesuatu dari lubang itu.

   "Lah... pendrive rupanya," tutur Aliya, sendirian. Tetapi bijak juga dirinya. Gunakan pemacu pen yang kelihatan seperti cip.

   "Sekejap..." Aliya seperti perasan sesuatu. "Kalau ini pendrive. Mesti ada sesuatu dalam ini."

   Sementara projek Overide sedang dimuat naik dalam data IRIS, baik dia periksa apa terkandung dalam pemacu pen ini. Aliya mencapai tabletnya yang terletak bersebelahan komputer.

   Tabletnya dihidupkan. Selesai memasukkan kata laluan, Aliya membuka aplikasi fail. Pemacu pen itu dicucuk pada lubang sisi tablet tersebut.

   Muncul satu garisan muat naik di skrin tablet milik Aliya. Selang beberapa saat, satu video telah dimainkan.

   "Eh... alamak. Dah mula." Aliya di dalam video itu bersuara panik. Latar belakang bilik Aliya sama macam biliknya dahulu. "Hai, Aliya dari masa lalu. Saya, awak dari masa depan."

   "Kalau awak dah tengok video ini, saya dapat agak yang awak dah siapkan projek Overide, bukan?" Aliya menduga dirinya sendiri sambil tersenyum nakal. "Hehehe, padahal saya ialah awak. Mestilah saya tahu."

   Aliya di dalam video itu mula menerangkan. "Macam awak tahu, Overide digunakan untuk membantu pengguna IRIS menjadi lebih super ejen. Tetapi, Overide hanya boleh mengawal satu mesin pada satu masa. Nanti awak buat eksperimen nanti, awak tahulah."

   Aliya mendekati kamera. "Tapi saya bagi amaran, jangan pernah sesekali berlawan... kalau tidak, kita sama-sama akan kehilangan Ali."

   Aliya meneguk air liur mendengar pesanan dari masa hadapannya. Perutnya diusap lembut. Mama akan lindungi, Ali.

AliYa (EA) Where stories live. Discover now