BAB 24

291 33 48
                                    

AliYa
-----------------
"Satu Iris, Dua Pengguna"
.
.
.

"SHUUU..." Sebuah gelang melintas laju hampir mengenai tangan Ali. Ali segera melompat ke atas kotak besi lalu mata terarah ke satu sudut. Lah... si landak (Rudy) itu belum dikalahkan rupanya!

   "Ten! Ten! Ten!" SATRIA memberi amaran bahawa terdapat serangan daripada belakang.

   Reziana yang ingin membidas Ali dengan pedang tersentak apabila Ali mengelak daripada serangan itu. Ali mengeluarkan gasingnya dan melempar ke arah Reziana.

   "Ergh!" Dengan mudah, Reziana menepis dengan pedangnya. Namun, laju Ali membalas balik dengan mengeluarkan satu lagi gasing.

   Reziana mendarat dengan selamat dari kotak besi yang tinggi itu. Dia menstabilkan nafasnya. Rasalah juga penat sebab berlawan terlalu lama. Reziana pun manusia.

   "Hiyargh!" Suara Ali menarik perhatian Reziana. Sebuah gasing meluncur laju ke arahnya.

   Niki terundur beberapa langkah ke belakang ketika cuba mengelak dari dipakaikan gelang oleh Rudy. Kesian Rudy... sudahlah singlet. Eh maksud saya, 'single'. Tiada teman wanita untuk sarungkan gelang.

   Reziana mengesat darah yang mengalir keluar dari mulutnya. Dalam keadaan terdesak, Reziana memicit salah satu batu seremban yang mengeluarkan asap kepuk-kepuk berwarna kelabu kelam.

   "Eh, ini bukan asap tidur. Tetapi asap biasa." Ali menggumam sendirian. Kalau betullah ini asap tidur, sudah pasti dia sudah ambil bantal dan tertidur sudah.

   Ali berdecit semasa memeriksa baki mod overide. "Tinggal lagi tiga puluh peratus."

   Sebilah pedang dibaling menyebabkan beberapa helai rambut terpotong. Ali cepat-cepat mengimbas ke mana Reziana. Segi tiga berwarna merah berkelip-kelip pada paparan secara tiba-tiba.

   Reziana di belakang Ali menumbuk pipi Ali. Kesian Ali. Sudahlah sering ditumbuk Alicia, dengan Reziana pun kena tumbuk juga. Samalah nasib dengan pak cik saudara si Bakar itu.

   "Aduuuh... apalah nasib aku. Selalu kena tumbuk je." Ali mengeluh sendiri seraya tangannya. Namun sesi meratap itu tidak lama tatkala Reziana cuba menyepak kepalanya.

   "Kenapa Reziana langsung tak guna pedangnya?" Ali bertanya di sebalik kekabusan. Rasa pelik dengan setiap serangan Reziana. "Jangan-jangan..."

   "Ten! Ten! Ten!"

   Ali mengelak mengikut refleksi yang diberitahu SATRIA. Nasib tidak baik buat Ali kerana tangannya sudah 'digari' dengan gelang seseorang.

   Ali merengek kuat sambil dia diheret ke hadapan di atas daya gelang itu. . "Haaa... seriuslah!"

   Asap kian menghilang namun tidak pada senyuman Reziana. Mendengar keluhan Ali cukup membuat dia rasa kurang beban. Dia mula menyerang Niki yang masih ternganga di dalam asap.

   Niki membuka langkah bersiap-sedia. Mana pula si berdebah ini? Main sorok-sorok pula di dalam kebukan asap ini. Tanpa disangka, wajah Niki ditutup dengan tapak tangan seseorang. Dia terheret ke belakang seiring dengan daya tolakan yang dirasakan dari hadapan.

   Berasa bengang dirinya diperlakukan sebegitu, Niki terus menembak seseorang di hadapannya menggunakan tembakan dari sut robotnya. Reziana yang perasan cahaya dari dada Niki terus melompat melepasi Niki.

   Reziana memacakkan pedangnya di celah ruang besi sut robot Niki lalu menendang belakang Niki sekuat hati. Niki terjatuh ke hadapan dan beberapa langkah ke belakang tatkala tembakan dilepaskan.

AliYa (EA) Where stories live. Discover now