Chapter 12

230 27 4
                                    

"Macam tulah kejadiannya!" Ucap Rafia yang baru sahaja menyelesaikan ceritanya.

Mereka semua yang mendengar kisah tersebut hanya menampilkan berbagai-bagai reaksi. Ada yang terkejut, ada yang ternganga tidak percaya, dan ada juga yang menghela nafas lelah. Suasana menjadi hening seketika kerana semua orang terpaku akan kisah yang baru sahaja mereka dengar. Dari awal mereka tiba di rumah Tok Ketua hinggalah Rafia selesai bercerita, mereka semua hanya tertumpu kepada Rafia, kecuali Haikal yang kini masih terbaring sambil dijaga oleh Kemy. Air yang dihidang oleh Nek Mah sama sekali tidak terjamah kerana begitu fokusnya mereka mendengar cerita daripada Rafia.

"Bila kejadian ni berlaku?" Tanya Fiqah.

"Beberapa bulan sebelum kepergian tok wan!" Jawab Eira dengan wajah sedih.

"Hmm.. tak disangka kalau Eira akan mengalami kejadian yang macam tu! Mesti susahkan bila orang yang kita anggap sebagai abang ternyata menyukai kita dalam diam!" Gumam Fatin.

"Sebab tulah aku come up dengan topik senior masa tu! Aku takut Eira stress! Maklumlah, Eira tak boleh hadap stress.. nanti dia sakit!" Ujar Rafia yang akhirnya menjamah air kopi yang tidak tersentuh di hadapannya.

"Tapi tak sangka! Kebohongan yang kau buat akhirnya menjadi kenyataan!" Fikir Kemy yang melirik ke arah Harraz dan Eira.

"Aku sendiri pun tak sangka kalau kebohongan tu akan menjadi kenyataan! Awalnya, aku hanya jadikan itu sebagai alasan supaya Abang Hadwan tidak terlalu memaksa Eira, sekaligus mengalihkan perhatian orang dewasa! Eh, tak disangka kebohongan menjadi kenyataan!" Ucap Rafia.

"Itulah yang dinamakan sebagai takdir yang sudah ditentukan oleh Allah!" Sampuk Haikal sambil tersenyum nakal.

Perhatian semua orang langsung beralih kepada Haikal yang terbaring di sisi kanan tempat mereka berkumpul. Memang setelah pulang tadi, Haikal terbaring sahaja di atas tilam yang dibentangkan oleh Tok Ketua untuknya. Kelihatannya jejaka itu langsung diserang demam tinggi setelah kembali dari sekolah tahfiz, bahkan tuala basah yang disediakan Nek Mah juga terletak di atas dahinya. Namun, Haikal masih menyempatkan diri untuk mendengar cerita yang disampaikan oleh Rafia, bahkan sempat juga mengusik Harraz dan Eira.

"Heish~ pantang ada peluang sikit.. pasti nak mengusik orang!" Geram Kemy.

"Haha! Ini Haikallaa~ Of course tak boleh duduk diam even tubuh ni sakit!" Ucap Haikal dengan bangga.

"Hmm.. Harraz tak nafikan benda tu sebagai kekuasaan Allah! Tapi.. kalau macam tulah ceritanya.. So, tok wan kira dah kenallah dengan abang sebelum kepergiannya, ya?" Fikir Harraz.

"Bukan kenal sahaja! Tapi kami para orang tua tahu kalau Rafia hanya berbohong masa tu!" Celah Tok Ketua yang baru kembali dari luar.

"Ehhhhh!!! Tok tahu kalau Rafia bohong masa tu!!!" Tempik Rafia dengan wajah terkejut.

"Kalau tok tahu.. dan Nek Mah tahu.. So, tok wan?" Ucap Eira yang turut terkejut.

"Tentu sahaja Suhaira tahu kalau kamu berdua hanya mencari alasan masa tu! Dia orang pertama yang sedar kalau kamu berbohong, Rafia!" Jelas Nek Mah.

"Huh? Tapi macam mana?" Tanya Rafia.

"Sudah berapa lama Suhaira kenal dengan kamu, Rafia! Tentu sahaja dia sangat faham perangai kamu yang sudah dianggap sebagai cucu kandungnya sendiri!" Jelas Tok Ketua.

"Itu namanya orang tua lebih banyak makan garam dari orang muda!" Usik Kemy.

Hal itu langsung membuat mereka semua tertawa apabila mendengar usikan Kemy. Rafia pula hanya tersenyum-senyum malu apabila mengetahui bahawa kebohongan yang ia cipta sebelum ini ternyata sudah lama disedari oleh para orang tua ketika itu. Niatnya yang awal hanya ingin mengalihkan perhatian orang terhadap kisah rekaannya, malah berubah kepada sia-sia. Untung sahaja ketika itu, para orang tua mahu berpura-pura untuk melayani kebohongannya. Jika tidak, dari saat itu juga ia sudah tidak mahu bagaimana untuk menguruskan masalah yang ia lakukan. Eira yang melihat itu hanya tersenyum. Namun, sekilas ia mengingati apa yang telah berlaku saat itu. Ia bersyukur kerana Rafia membantunya, jika tidak.. tentu sahaja ia sukar untuk menatap wajah abang angkatnya itu. 

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now