Chapter 6

197 23 0
                                    

Di kawasan tanah perkuburan Islam yang terletak di hujung keempat buah kampung, kelihatan Eira dan sahabatnya yang lain sudah tiba di sana. Tanah Perkuburan Islam yang ada di sini khas untuk semua penduduk yang ada di empat buah kampung tersebut. Sebuah kawasan khas untuk mereka semua disemadikan. Sangat luas kawasannya, dan tentu sahaja banyak kubur yang berada di sana. Memberi salam kepada ahli kubur, Eira dan yang lain melangkah dengan sopan di setiap kubur yang dilewati untuk menuju ke kubur tok wan yang ia cintai. Tiba di sebuah batu nisan yang tercatat nama 'Suhaira Binti Yuni', Eira langsung berhenti. Sayu matanya menatap ke arah kubur yang ditumbuhi lalang tersebut.

"Ini ke.. kuburnya?" Tanya Fatin yang melihat kubur tersebut.

"Um.. ya!" Sahut Eira yang menahan sebak.

Tidak menunggu lama, Eira langsung bergerak mencabut lalang, dan rumput yang tumbuh di kubur tok wan kesayangannya itu. Para gadis yang lain juga membantu Eira untuk membersihkan kubur tersebut. Haikal dan Harraz bersiap-siap untuk membaca doa kepada tok wan. Selesai membersihkan kawasan sekitar kubur, Rafia mengeluarkan tujuh naskah surah yasin lalu diedarkan kepada semua orang. Harraz memimpin bacaan yasin tersebut. Suara bacaan yasin dan surah al-Fatihah memecahkan keheningan tanah perkuburan tersebut. Eira yang melafaz surah yasin, sesekali melirik ke arah kubur tok wannya.

"Sadaqallahul-azim!" Lafaz mereka semua mengakhiri bacaan yasin tersebut, dan Harraz melafazkan doa akhir.

"......"

"Assalammualaikum, tok wan! Hari ni.. Eira datang jenguk tok wan bersama kawan-kawan dan juga.. cucu menantu tok wan!" Sapa Eira sambil mengusap batu nisan tok wannya dengan tatapan sayu.

"Assalammualaikum, tok wan! Akhirnya, bersemuka jua kita! Saya Harraz, suami kepada cucu tok wan! Walaupun pertemuan kita seperti ini.. tapi saya senang sebab dapat juga melihat tok wan yang paling Eira sayang!" Ucap Harraz yang berada di sebelah Eira.

"Tok wan jangan risau! Eira.. um.. hiks.. baik-baik sahaja sekarang! Ada ramai yang jaga Eira sekarang! Sebelum tu.. Eira minta maaf sebab dah lama tak.. hiks.. jenguk tok wan! Eira.. hiks.. cuma tak sanggup lihat tok wan! Maafkan Eira tok wan! Tapi.. Eira betul.. betul rindukan tok wan!" Ujar Eira yang akhirnya tidak mampu menahan tangisannya.

"Ya, tok wan! Kami di sini semuanya sahabat Eira! Alhamdulillah.. semuanya baik-baik sahaja!" Sampuk Fiqah.

"Tok wan.. Rafia datang jenguk tok wan! Maafkan Rafia.. hiks.. sebab tak dapat jenguk tok wan di akhir nafas tok wan! Rafia.. tak tahu kalau.. hiks.. tok wan akan pergi tinggalkan kami dengan sangat cepat! Tapi, tok wan jangan risau! Selagi Rafia masih hidup.. Rafia akan jaga Eira! Bukan Rafia sahaja.. kami semua ada untuk jaga Eira, terutama Senior Harraz! Tok wan tahu.. dia suami yang sangat baik untuk Eira! Rafia yakin kalau tok wan dah lihat semuanya! Dan Rafia juga yakin kalau tok wan senang dengan berita ni! Hiks.. kami semua rindukan tok wan!" Luah Rafia yang turut menangis.

"Shh.. tenang okay, Rafia!" Pujuk Fatin.

"Tok wan! Saya janji akan jaga cucu tok wan dengan baik! Hari ni saya datang ke sini.. bukan sahaja nak teman Eira! Tetapi saya ingin meminta restu dan doa dari tok wan untuk kebahagiaan kami! Terima kasih sebab mendidik Eira menjadi seorang gadis yang baik! Terima kasih kerana tok wan saya mampu bertemu dengan seorang gadis yang menjadi petunjuk untuk saya menerima diri saya! Saya juga seorang perantara.. tetapi dari awal saya menolak hakikat itu! Tetapi setelah bertemu dengan Eira, dan melihat bagaimana dia dengan senangnya menerima dirinya walaupun cabaran yang dihadapi sangat sukar.. membuka mata saya untuk menerima siapa diri saya! Atas tunjuk ajar tok wan kepada Eira.. membuat saya sedar! Terima kasih tok wan! Syukur Alhamdulillah juga saya ucapkan kepada Allah kerana mempertemukan kita semua!" Ucap Harraz.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now