Chapter 13

140 23 0
                                    

Sementara itu, kelihatan Eira dan Harraz sedang berjalan berdua untuk menuju ke kedai yang terdekat. Eira melihat senarai bahan yang perlu dibeli manakala Harraz melihat sekeliling sambil memimpin tangan isterinya. Berjaga-jaga agar isterinya itu tidak tersadung mahupun terlanggar sesuatu. Itu semua dilakukannya kerana ia melihat Eira yang saking khusyuknya melihat senarai barang yang perlu dibeli oleh mereka. Namun, disaat yang sama, keintiman mereka dilihat beberapa pasang mata yang berada di sekeliling pasangan pengantin baru tersebut. 

Tap!

Seseorang mencegat pasangan Eira dan Harraz sehingga membuat mereka berhenti. Eira menatap dua orang pemuda yang mencegat mereka berdua di tengah jalan. Dua anak muda yang berada tidak jauh umurnya dari Harraz. Eira kenal dengan mereka berdua memandangkan ia sering pulang ke kampung setiap musim cuti sekolah. Mereka adalah anak orang kaya yang terkenal di kampung tersebut. Mereka terkenal dengan sifat samseng mereka, dan kerap kali mereka mengusik anak dara yang ada di kampung tersebut. Mereka bernama Afwan dan Suhairi. Afwan merupakan anak pemilik ladang getah, manakala Suhairi merupakan anak pemilik ladang ternakan yang terbesar di kampung.

"Hai, Eira!" Sapa Afwan dengan nada manis ke arah Eira.

Eira tidak menyahut sapaan sang pemuda yang memiliki rambut berwarna hitam dimana di atasnya memiliki warna merah yang diwarnakan dengan pewarna rambut tersebut. Mata hitam Afwan menatap Eira dengan senyuman menggoda sambil tangan kekar yang berurat itu membetulkan letak baju kemejanya yang mahal agar terlihat kemas. Eira hanya menatap sahaja jejaka berpenampilan mewah itu dengan tatapan tidak senang sambil ia perlahan-lahan beranjak ke belakang suaminya. Ia begitu kenal dengan Afwan yang memang menyukai dirinya daripada dulu, namun sama sekali tidak ia layan. 

"Hey, tak baik tahu kalau orang sapa tak dibalas!" Tegur Suhairi dengan senyuman mengusik.

Suhairi Hasrullah! Sahabat baik kepada Afwan Ariffin yang memiliki sifat sombong dan kuat mengusik anak dara kampung. Walaupun ia terkenal dengan mengusik anak dara yang ada di kampung, namun ia tidak pernah menyentuh mereka. Pada hakikatnya, Suhairi masih menghormati mereka walaupun perangainya sangat buruk. Suhairi pernah menggilai Rafia, namun disebabkan Syahiril dikenali sebagai anak harimau kampung, maka ia tidak berani menyentuh tunang kepada jejaka kedua terkuat kampung setelah Hadwan. Itu kerana Suhairi pernah dipukul hingga babak belur oleh Syahiril gara-gara tunangnya diusik oleh Suhairi.

Oleh kerana itu, Suhairi tidak lagi berani mengusik Rafia, bahkan ia juga sudah serik dipukul oleh Rafia yang dikenali sebagai harimau betina kampung. Molek sungguh pasangan ini yang dikenali sebagai pasangan harimau yang begitu hebat dengan ilmu silat mereka. Namun, Eira sama sekali tidak mampu menghadapi mereka berdua. Sering sahaja ia menjadi mangsa usikan, bahkan ia sentiasa perlu berwaspada dengan dua orang jejaka tersebut. Disebabkan itulah ia memilih untuk bersembunyi di belakang Harraz. Harraz yang melihat sang isteri yang bersembunyi di belakangnya sedar akan apa yang difikirkan oleh sang isteri. Ia melihat ke arah dua pemuda tersebut sambil tersenyum lalu menghulurkan tangan kanannya.

"Assalammualaikum!" Sapa Harraz dengan lembut.

"Waalaikumsalam!" Sahut kedua pemuda tersebut dengan tatapan menyelidik.

Mereka menatap Harraz dari atas ke bawah. Namun, tidak mereka sambut huluran tangan Harraz kerana jengkel akan kedekatan Eira dengan Harraz. Harraz yang tahu bahawa huluran tangannya tidak disambut hanya menarik kembali tangannya. Namun, ia tetap tersenyum dengan lembut sambil menatap kedua pemuda tersebut. Tenang! Itulah yang sering dilakukan oleh Harraz tanpa memancarkan aura yang mengancam ataupun ingin mencari gaduh dengan mereka berdua. Afwan dan Suhairi tetap menatap Eira yang bersembunyi di belakang Harraz, dan pada masa yang sama melihat Harraz dengan tatapan mengancam.

"Bro! Kau siapa? Berani betul kau berpimpin tangan dengan primadona kampung kami ni?" Tanya Afwan dengan nada sombong bercampur hinaan.

"Entah! Setahu kami.. Eira ni gadis baik-baik! Dia tak akan berpimpin tangan dengan akhwat lelaki yang bukan mahramnya dia!" Ucap Suhairi sambil mengusap rambut hitam kemerahan miliknya ke belakang.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now