Chapter 3

229 28 7
                                    

Setelah pengisian yang menyentuh perasaan tadi, mereka semua kembali ke keadaan asal. Terkadang mereka berbual tentang topik biasa. Terkadang para gadis meminta nasihat dari Harraz dengan Haikal tentang kehidupan di universiti. Terkadang mereka makan snek, atau bermain beberapa permainan untuk mengisi masa perjalanan mereka. Haikal, dan Harraz juga bergantian bertukar tempat sepanjang perjalanan mereka, juga mereka berhenti di kawasan R&R jika terlalu kelelahan. Kini, setelah beberapa jam perjalanan yang panjang, mereka sudah memasuki kawasan pedalaman.

"Hey, Harraz! Berapa lama lagi perjalanan kita ke sana?" Tanya Haikal.

"Hmm.. menurut map dah tak jauh! Mungkin kita akan sampai dalam satu jam lagi! Tapi jalan menuju terus ke rumah tok wan Eira.. maybe susah sikit nak cari! Sebab tak tertera dalam waze!" Jawab Harraz.

"Okay girls! Nanti kalau dah nak dekat sampai.. tolong beritahu panduan terus ke rumah tok wan, okay!" Pinta Haikal.

"No problem!" Sahut Rafia sambil menikmati sepotong roti coklat yang baru dibukanya.

"Ah, tapikan.. kita semua nak tinggal mana nanti?" Tanya Fatin.

"Maksud?" Tanya Kemy semula.

"Takkan kita semua tinggal dekat rumah tok wan, Eira! Tak moleklah! Patutnya, Senior Harraz dan Eira sahaja yang patut tinggal bersama kerana mereka sudah sah! Kalau semua tinggal satu rumah.. memang tak baiklah!" Jelas Fatin.

"Yelahkan.. takkan semua tinggal satu rumah! Tak manis dipandang orang, terutama Senior Haikal juga ada dengan kita!" Fikir Fiqah.

"Takkan takde homestay dekat sana?" Tanya Haikal.

"Takde!" Jawab Rafia.

"So? Apa yang patut kita buat? Aku tak terfikirkan masalah ni sebelum kita datang!" Tanya Kemy dengan panik.

"Saya dan Haikal boleh tidur diluar rumah! Kamu yang perempuan boleh tidur di dalam!" Cadang Harraz.

"Tapi.. tak baiklah kalau senior dan Eira tidur berasingan.." Gumam Fiqah yang serba salah.

"Takpe! Saya benarkan sebab kita pun datang beramai-ramai! Jadi, tak apa jika saya dan Eira tidur berasingan!" Ucap Harraz dengan lembut.

"Tapi.. untuk tidur di luar rumah.. lagi tak bagus..." Fikir Kemy.

"It's okay! Eira ada jalan penyelesaian untuk semua ni!" Sampuk Eira.

"Apa dia?" Tanya Kemy.

"Eira dah fikirkan masalah ni daripada awal sebelum kita datang ke sini! Dan Eira dah minta Rafia untuk telefon seseorang!" Jawab Eira yang tersenyum nakal apabila melihat wajah Rafia memerah.

"Siapa orang tu, Rafia?" Tanya Haikal.

"T-tunang aku!" Jawab Rafia dengan gugup.

"Yelah! Aku lupa kalau tunang Rafia ada dekat kampung Eira!" Ucap Kemy.

"Tapikan.. aku peliklah! Rafia hometown dia memang dekat KL! Tapi tunang dia dari kampung Eira! Kata keluarga Rafia dan sang tunang adalah sahabat dekat! So, macam mana boleh jadi macam tu?" Fikir Fatin.

"Ouh.. sebenarnya~ Syahiril Iman berasal dari kampung yang sama dengan aku! Tapi yang buat jadi menarik adalah, ayah dan ibu Syahiril Iman pernah belajar satu universiti dengan ayah dan ibu Rafia! Disebabkan keluarga Syahiril Iman terjun dalam bidang pertanian serta penternakan, maka mereka kembali ke kampung halaman ayah Syahiril! So, walaupun keluarga Rafia di bandar, dan keluarga Syahiril di kampung, mereka masih bertemu kerana keluarga Syahiril adalah pembekal bahan utama kepada syarikat makanan yang diusahakan oleh keluarga Rafia! Masa pertemuan mereka, tak sangka aku dan Syahiril berada di kampung yang sama! Jadi keluarga mereka mengungkap pertunangan mereka kerana Syahiril sangat suka dengan Rafia dan Rafia juga menyukai Syahiril!" Cerita Eira.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now