Chapter 15

107 19 2
                                    

Pada keesokan paginya, Eira dan yang lain sudah berkumpul di bilik mesyuarat sekolah tahfiz tersebut. Mereka kini sedang berhadapan dengan Ustaz Qairul dan seorang paruh baya yang dikenali sebagai pengasas utama sekolah tahfiz tersebut. Tuan Suhaiman! Sesuai dengan nama dan jawatannya sebagai pengasas sekolah, Eira dapat merasakan aura ketegasan dan penuh wibawa dari sosok lelaki dewasa tersebut. Hanya sahaja Tuan Suhaiman memancarkan aura kesedihan dan kelesuan. Wajahnya terlihat tegas, namun sangat pucat. Kantung matanya juga sangat gelap seolah-olah lelaki dewasa dihadapannya ini kurang tidur atau sering menangis. Dan jika dibanding dengan apa yang ia lihat melalui potret Tuan Suhaiman yang tergantung di dinding sebagai pengasas tahfiz, sangat jauh berbeza dengan apa yang ia lihat sekarang. 

Itu kerana di dalam potret, Tuan Suhaiman terlihat segak dengan penampilannya yang kemas, ditambah raut wajah yang tegas tanpa bermisai dan berjanggut. Warna rambutnya masih hitam bersinar, mata hitamnya menunjukkan kewibawaan yang tegas, dan tubuhnya juga sangat kuat kerana seringnya bersukan. Namun, apa yang ia lihat saat ini. Tuan Suhaiman lebih terlihat seperti pengemis tua? Tentu sahaja itu kerana penampilan Tuan Suhaiman yang tidak terurus, dan wajahnya dipenuhi misai dan janggut yang tidak dijaga. Rambutnya juga sudah memanjang tanpa dipotong, dan pucat serta hitamnya kantung matanya membuat Tuan Suhaiman terlihat sangat menakutkan, bahkan tubuhnya juga semakin kurus dari penampilan asli yang ada di dalam potret tersebut.

"Mungkin.. sebab tak sanggup menanggung sedih kerana kehilangan isteri dan dua anak tercinta.. Tuan Suhaiman jadi macam ni!" Batin Eira yang bersimpati akan nasib dari lelaki dewasa yang sedang ia hadapkan saat ini.

Bagi Eira, tentu sahaja ia faham apa itu maksud kehilangan! Dia sendiri sahaja sudah mengalaminya. Perasaan saat kehilangan tok wan tercinta cukup membuat hatinya sakit. Tetapi, apa yang boleh ia lakukan? Itu semua sudah lumrah kehidupan! Ditambah pula, dunia ini hanya tempat persinggahan sementara kerana pada akhirnya semua makhluk akan berhadapan dengan sang Pencipta jua. Jadi, kerana itulah Eira tidak bersedih terlalu lama dan menerima sahaja ujian yang telah diberikan dengan hati yang terbuka. Dan Eira berharap bahawa Tuan Suhaiman juga akan menerima apa yang telah berlaku dan memulakan hidup yang baru walaupun sukar.

"Baiklah! Seperti apa yang sudah dipersetujui dari lembaga pendidikan, Tuan Suhaiman, dan juga pihak sekolah serta wakil ibu bapa.. maka sekolah ini akan ditutup dalam dua hari lagi! Kamu semua boleh jalankan siasatan seperti mana yang telah dibentangkan melalui proposal ini! Dan pihak tahfiz berharap kalau kes ini dapat diselesaikan dalam waktu sebulan! Sebab pihak pendidikan hanya beri tempoh penutupan selama sebulan sahaja!" Ucap Ustaz Qairul.

"Takde masalah! Kami akan berusaha untuk selesaikan kes ni dalam masa yang diberi! Semoga atas keizinan dari Allah, semuanya berjalan dengan lancar!" Sahut Eira.

"Untuk urusan kawasan terlarang akan diserahkan kepada Hadwan! Pihak sekolah percaya akan Hadwan untuk hal ini! Manakala untuk data penting akan diserahkan kepada Syahiril kerana dia memiliki akses sebagai guru di sini!" Ujar Ustaz Qairul.

"Baiklah, ustaz! Serahkan sahaja kepada saya!" Sahut Syahiril.

"Hn!" Gumam Hadwan dengan wajah tanpa sebarang emosi.

"Kalau semuanya sudah selesai, kami akan memulakan kerja-kerja pemasangan peralatan yang dicipta oleh Kemy, disekitar sekolah tahfiz setelah proses penutupan sekolah dilakukan!" Ujar Rafia.

"Baiklah kalau macam tu!" Sahut Ustaz Qairul dan dibalas dengan anggukan kepala sahaja oleh Tuan Suhaiman.

"And bagi untuk tok ketua! Eira nak minta untuk tok adakan sebuah mesyuarat khas persatuan kampung! Ada yang perlu Eira sampaikan kepada semua! Kalau boleh, Eira nak ketua kampung bagi setiap kampung yang ada juga turut hadir dalam mesyuarat ini! Eira perlukan kerjasama semua penduduk dari keempat-empat buah kampung yang ada! Minta juga wakil pihak sekolah untuk turut hadir ke mesyuarat ini!" Ujar Eira sambil memperhatikan Rafia yang sedang fokus mencatat setiap perkara penting yang ia ucapkan.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now