Chapter 21

111 16 0
                                    

Setelah perbincangan yang ia lakukan bersama Syahiril, Eira mengarahkan sang jejaka untuk kembali ke tugasnya semula. Gadis itu masih kekal berada di tempat ia berdiri tanpa berniat untuk bergerak ke mana-mana. Perkataan Syahiril terngiang-ngiang di benak pemikirannya. Pondok Mak Kintan! Siapa sahaja yang tidak mengetahui asal muasal pondok tersebut! Kisahnya sudah mendiami pemikiran penduduk Empat Sekampung dari generasi-generasi. Sedangkan dirinya dan Rafia juga mengetahui kisah dari pondok tersebut. Hal itulah membuat ia semakin ragu sama ada ingin memutuskan untuk membiarkan Emir bersembunyi di sana ataupun tidak.

"........."

"Oii, Eira!" Tegur Rafia yang muncul di sana bersama sahabatnya yang lain, iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah seluruh ahli asal Skuad Penyiasat Paranormal.

"Ouh, korang! Buat apa dekat sini?" Tanya Eira serta merta apabila melihat para sahabatnya berada di sana.

"Kami cari kaulah! Kata Syahiril kalau kau kemungkinan masih berada dekat padang ni!" Jawab Fatin dengan santai.

"Well~ apa yang kau buat dekat sini, Eira? Bukan perbincangan kau dengan Syahiril dah lama habis ke?" Tanya Fiqah.

"......."

"Apa jer yang kau bualkan dengan Syahiril sampai perlu buat korang berbincang hanya berdua?" Tanya Rafia dengan tatapan menyelidik.

"Hai~ cemburu ke~~~" Usik Kemy dengan kerlingan mata dan senyuman yang nakal.

"Aku? Aku cemburu? Hoh! Memang taklah! Lagipun, Eira ni dah ada Senior Harraz kesayangan dia! So, manalah dia akan pandangan lelaki lain!" Ujar Rafia dengan nada tidak percaya apabila mendengar kata-kata Kemy.

"Entah kau ni! Paling tidak.. kau yang mudah cemburu kalau Senior Haikal dekat dengan perempuan lain!" Sindir Eira.

"Hoooooooooo~~~ aku lebih rela dia pergi dengan perempuan lain dari cari aku! Rimas tahu tak!" Ucap Kemy dengan bangga.

"Kau jangan! Nanti betul-betul dia cari perempuan lain.. kau sendiri yang akan patah hati karang!" Pesan Fatin yang memberi amaran terhadap kata-kata sahabatnya yang satu itu.

"Betul tu, Kemy! Jangan mudah sahaja mengatakan sesuatu yang bukan kehendak hati kita! Nanti Allah makbulkan kata-kata tu.. baru menyesal dikemudian hari! Ingat! Setiap kata-kata kita ibarat sebuah doa tahu dekat Allah!" Pesan Eira.

"Haaahh~ baik, baik! Aku tak akan buat lagi!" Keluh Kemy yang langsung murung apabila diberi ceramah oleh para sahabatnya.

"Okay, back to the main topic! Apa jer yang kau bincangkan dengan Syahiril sampai buat kau tak tentu arah dekat sini?" Tanya Rafia kembali menghadap Eira.

"Well~ aku just nak tanya dia kalau ada tak tempat mana-mana dalam kampung ni yang boleh dijadikan tempat persembunyian untuk Emir!" Jawab Eira tanpa berputar-belit.

"Hah? Buat apa lagi kau cari tempat untuk Emir! Bukan Afwan dan Suhairi dah kata kalau mereka ada tempat khas ke untuk Emir?" Tanya Fatin dengan wajah yang bingung.

"Ada tu memang ada! Tapi...." Ujar Eira dengan ragu.

"Tapi apa?" Tanya Fiqah dengan wajah tertanya-tanya.

"Umm.. tempat rahsia yang dorang kata selamat tu.. adalah kandang kambing milik keluarga Afwan!" Jujur Eira dengan kekok.

"..........."

Loading...

1 saat..

2 saat..

3 saat...

4 sa-..

"APAAAAAA!!!!!" Tempik mereka semua dengan serta merta sebaik sahaja berjaya memproses apa yang disampaikan oleh ketua mereka itu.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now