Chapter 5

190 24 0
                                    

Azan subuh berkumandang, memecahkan keheningan pada subuh hari di kampung tersebut. Di rumah tok wan, kelihatan Eira merupakan orang pertama yang bangun pada subuh hari itu. Eira segera masuk ke bilik air untuk bersiap-siap mengambil wuduk. Setelahnya, ia mengejutkan rakannya yang lain untuk bangun, dan kemudian ia ke ruang tamu untuk membentangkan tikar sejadah untuk mereka sama-sama solat berjemaah sesama perempuan. Sementara para gadis bersiap untuk solat bersama-sama, kelihatan di rumah Syahiril pula, para jejaka bersiap untuk menuju ke arah masjid bagi menunaikan solat berjemaah di sana. Subuh hari yang sungguh sejuk menusuk ke tulang, mereka berjalan membelah kesunyian subuh yang masih gelap. 

"Hmm.. sunyi juga kawasan sini pada subuh macam ni, ya! Biasanya, kalau kawasan perkampungan.. selalunya kita akan bertembung dengan para jemaah lain yang akan menuju ke masjid!" Gumam Haikal seraya menguap melepaskan rasa kantuknya.

"Seperti yang saya katakan semalam! Semenjak kes yang menimpa sekolah tahfiz tu.. ramai yang tak berani keluar di hari yang gelap! Subuh, Maghrib, dan Isyak ramai yang memilih untuk solat berjemaah di rumah bersama keluarga. Hanya orang-orang tua atau orang bujang sahaja yang berjalan ke masjid! Itupun kalau mereka berani!" Jelas Syahiril.

"Kalau dulu?" Tanya Harraz.

"Dulu? Tentu sahaja ramai yang berjalan ke masjid! Bukan sahaja lelaki! Perempuan dan kanak-kanak pun ada untuk menunaikan solat di masjid kampung. Selalu kalau ada majlis.. kami sekampung akan melakukannya di masjid! Sebabnya.. kami nak menghidupkan suasana zaman Rasulullah dan para sahabat yang menjadikan masjid dan surau sebagai keutamaan dalam semua urusan! Kerana itulah kami membina masjid di kampung ni!" Jawab Syahiril.

"Menarik! Sudah sangat jarang masyarakat Islam kita berfikir sedemikian!" Ucap Haikal dengan nada kagum.

"Alhamdulillah! Allah itu tidak pernah membiarkan Islam itu mati! Pasti akan ada hamba yang akan dipilihnya untuk menghidupkan Islam! Walaupun, Islam mencapai titik lemah sekarang! Tetapi dengan adanya hamba-hamba yang Dia pilih untuk menghidupkan Islam.. percayalah Islam akan kembali ke zaman kejayaannya kembali!" Ujar Harraz.

"Hmm.. saya setuju! Di dalam al-Quran sudah disebutkan bahawa Islam adalah agama yang diakui oleh Allah! Hingga ke akhirnya pasti akan dilindungi oleh Allah! Lagipula, Allah sudah mengatakan bahawa agama Islam akan menang juga diakhirnya! Bila masanya itu, hanya Allah sahaja yang tahu!" Ucap Syahiril.

"Tetapi.. dengan situasi yang berlaku di kampung ini sekarang.. terasa agak sedih sedikit! Orang kampung ketakutan dengan isu paranormal yang berlaku di sini sehingga mengabaikan satu perkara penting! Sepatutnya, kita perlu takut hanya kepada Allah! Bukan pada makhluk selain daripada Allah!" Gumam Haikal.

"Ini.. sebuah ujian yang diturunkan oleh Allah untuk penduduk kampung! Ujian ni juga untuk menguji keimanan mereka! Inshaallah! Allah itu maha menyayangi! Dia tak akan menguji hamba-Nya diluar batasan hamba-Nya itu sendiri! Allah percaya kalau penduduk kampung di sini boleh menanggung ujian dari-Nya! So, itu bergantung kepada ketaqwaan dan keimanan mereka masing-masing! Insyaallah.. semuanya akan dipermudahkan!" Ujar Harraz.

"Saya setuju dengan kata-kata anak ini!" Sampuk seseorang dari belakang mereka bertiga.

Ketiga para jejaka itu langsung menoleh ke arah belakang. Didapati bahawa seorang pakcik tua berjubah putih serta berserban putih berdiri dibelakang mereka sambil tersenyum. Wajahnya yang keriput disertai rambut putih berubannya yang ditutupi serbannya terlihat bahawa ia sudah dimamah usia. Kulitnya coklat dibakar matahari dengan tubuh kurus, namun masih terlihat kuat berdiri sambil menatap ke arah mereka bertiga. Harraz dan Haikal berpandangan antara satu sama lain. Mereka agak terkejut kerana tiba-tiba sahaja lelaki tua itu muncul di belakang mereka.

"Tok ketua! Bila tok ada di belakang kami?" Sapa Syahiril sambil mencium tangan lelaki tua tersebut dengan ramah.

"Hahaha.. daripada tadi tok ada dibelakang kamu bertiga! Disebabkan kamu semua terlalu khusyuk berbual.. sampai tak sedar kalau kita bertembung di rumah tok tadi!" Jelas lelaki tua itu.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now