Chapter 14

181 24 11
                                    

Setelah masa berlalu dengan pantas, akhirnya makanan tengahari telah terhidang dengan cantik di atas lantai ruang tamu rumah ketua kampung. Kelihatan mereka semua sedang duduk mengelilingi masakan Nek Mah dan bersiap untuk menjamahnya. Sebaik sahaja lafaz bismillah dan doa makan dibacakan, mereka semua mula menjamah masakan Nek Mah dengan penuh nikmat dan kesyukuran kerana diberikan rezeki di tengahari itu untuk mereka makan. Jika tiada rezeki yang diberikan oleh Allah, maka tentu sahaja tengahari itu mustahil untuk mereka menjamah sebutir nasi yang dihidangkan. Itulah mengapa mereka merasa bersyukur kerana masih diberikan rezeki yang melimpah dari Allah.

"Ah, by the way! Senior Harraz orang Negeri Sembilankan?" Tanya Rafia yang membuka percakapan di tengah ia menjamah makanan miliknya.

"Hmm.. ya! Cuma senior campuran Minang dan Selangor! Ibu dari Negeri Sembilan, dan Ayah dari Selangor. Awalnya, senior menetap di Negeri Sembilan. Tapi, bila mereka meninggal di saat usia senior lima tahun, senior akhirnya menetap di Selangor bersama datuk belah ayah! Itu sahaja keluarga senior satu-satunya yang tinggal!" Jawab Harraz.

"Patutlah dialek senior tak macam orang negeri!" Ucap Rafia sambil mengangguk tanda faham.

"Tapi selera abang more kepada sana!" Sampuk Eira.

"Haha.. ya betul tu! Abang lebih suka masakan Minang dari masakan Melayu, terutama kalau masakan tu pedas! Lagi abang suka!" Ujar Harraz sambil tertawa kecil.

"Hmm.. memang sehati sejiwa betullah pasangan Eira dan Harraz ni! Eira ni pun suka sangat makan pedas! Hah, moleklah tu kamu berdua!" Ujar Nek Mah.

"Ya, banyak sangat sedondonnya tu!" Sokong Tok Ketua.

"Tapi.. kenapa kau tanya Rafia?" Tanya Eira.

"Ouh, takde! Masa kami petik sayur tadi.. tiba-tiba terbangkit pula isu pasal Senior Harraz! Sebab tu tanya tu!" Jelas Rafia dengan santai.

"Yeke!" Sahut Eira sambil mengangguk faham.

Rafia hanya meneruskan acara makannya tanpa berkata apa-apa lagi. Namun, matanya masih lurus ke arah Fiqah yang sedang menikmati masakan Nek Mah dengan girangnya. Kelihatannya gadis yang merupakan sahabatnya itu sangat suka dengan sayur segar yang baru sahaja dipetik oleh mereka tadi, bahkan sangat enak dijadikan sebagai ulam-ulaman. Setelahnya, pandangannya beralih kepada Nek Mah yang sedang menuangkan air ke dalam gelas sang suami di saat suaminya itu sedang berbual tentang isu kampung bersama tiga jejaka muda yang ada bersama dengan mereka. 

"Ouh, jadi kampung ni dulu sangat aktiflah ya!" Ujar Haikal yang membalas kata-kata ketua kampung.

"Tentu sahaja! Boleh dikatakan hampir tiap bulan kita akan adakan aktiviti yang boleh mengukuhkan hubungan sesama masyarakat di kampung ni! Tujuannya adalah merapatkan ukhuwah kita sebagai umat Islam!" Jawab Syahiril dengan bangga.

"Ya! Tapi tulah! Sejak apa yang berlaku sekarang ni.. banyak masalah yang berlaku! Hubungan antara orang kampung pun dah mula merenggang! Haahh~" Desah Tok Ketua dengan nada sedih.

"Tok dan orang kampung kena bawa banyak bersabar! Lagipun, ini semua ujian Allah! Insyaallah berkat kesabaran dari tok dan orang kampung semua.. Allah pasti akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih besar lagi!" Ujar Harraz.

"Insyaallah! Terima kasih Nak Harraz! Tok senang sangat bila Allah beri peluang kepada tok untuk bertemu dengan anak-anak muda seperti kamu semua!" Ucap Tok Ketua dengan senang hati.

"Hmm.. bercakap tentang kes tahfiz ni.. insyaallah kita akan dapat jawapan dari Ustaz Qairul malam ni juga! Tadi semasa uruskan urusan di sekolah, Ustaz Qairul bergegas untuk bertemu dengan Tuan Suhaiman bersama Abang Hadwan!" Sampuk Syahiril.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now