Chapter 10

205 25 2
                                    

Splash!

Bunyi air yang menerpa ke wajah jejaka yang dikenali sebagai Haikal. Jejaka tampan yang pernah menjadi idola ramai ini sekarang sedang berada di dalam tandas pelajar lelaki yang ada di bangunan yang sama dengan bilik mesyuarat. Kelihatannya ia membasuh wajahnya dengan kasar disertai dengan nafas yang berat. Haikal melihat wajahnya di pantulan cermin, dan melihat bahawa wajahnya sangat pucat disertai lingkaran gelap di bawah matanya.

"Hah, hah, hah, hah! K-kenapa? Kenapa aku jadi macam ni? Tubuh aku menggigil.. dan kepala aku berat sangat! Aku demam ke?" Gumam Haikal kepada dirinya sendiri.

"Haikal~"

"S-siapa tu?" Tanya Haikal yang langsung menoleh ke belakang untuk melihat orang yang memanggilnya.

"......."

"Grrr.. jangan main-main dengan akulah! Keluar kau sekarang! Benda ni sama sekali tak lawaklah, bro!" Bentak Haikal dengan sangat geram.

"Haikal! Haikal~" Seru suara itu kembali.

"Gahhhhh!!!! Berhenti! Berhenti! Jangan panggil aku!" Teriak Haikal yang ketakutan.

"Danny Haikal~ ke marilah~ Aku perlukan kau~" Panggil suara tersebut.

"Pergi! Aku tak perlukan kau! J-jangan ganggu aku!" Bentak Haikal yang ketakutan kerana suara tersebut terus memanggil dirinya.

Namun, tidak ada seseorang pun di dalam tandas pelajar tersebut. Hanya ada dirinya seorang di sana. Akan tetapi, suara itu tetap tidak berhenti, malah ia menjadi semakin kuat memanggil Haikal. Angin kencang bertiupan di sekitarnya sehingga membuat Haikal menggigil ketakutan. Suara tawa yang keras menemani bersama angin kencang sehingga menyakitkan telinga sang jejaka. Haikal berteriak ketakutan sambil menutup kedua belah telinganya. Kakinya sudah tidak kuat dibawa berdiri. Akhirnya, ia jatuh terduduk di atas lantai yang keras. Merasa sangat takut, Haikal merangkak ke arah celah di balik singki dan bersembunyi di sana. Namun, suara tersebut sama sekali tidak berhenti. Air mata hampir jatuh, Haikal berdoa kepada Tuhan agar seseorang datang menyelamatkannya.

Tap!

"Abang? Abang ni kenapa?" Tegur seseorang.

Sebaik sahaja orang itu muncul, suara tersebut langsung berhenti. Haikal bernafas berat dengan tubuh yang dibasahi peluh. Ia masih menggigil ketakutan, bahkan tidak sanggup untuk membuka mata. Namun, ia cuba memberanikan diri untuk membuka matanya. Sepasang kaki berkasut hitam berseluar putih berdiri tepat di hadapannya. Haikal mendongak dan mendapati seorang remaja lelaki yang mengenakan baju melayu putih sekolah serta bersampin biru berdiri di hadapannya. Wajahnya yang tampan sedang melihat ke arahnya menggunakan mata berwarna hitam sepekat malam senada dengan rambut pendek milik sang remaja.

"Abang okay?" Tegur sang remaja dengan suara lembut terselit nada risau.

"Hah! Hah! O-okay!" Sahut Haikal dengan nafas tidak teratur ibarat ia baru sahaja berlari maraton.

"Abang nampak tak okay! Apa kata saya bawa abang ke bilik rawatan?" Cadang sang remaja.

"It's okay! Abang baik-baik sahaja!" Tolak Haikal yang cuba untuk tersenyum walaupun tubuhnya sudah tidak bermaya untuk dibawa bergerak.

"Tapi.. abang nampak tak okay!" Ujarnya dengan nada risau.

"Kalau macam tu.. boleh hantarkan abang ke bilik mesyuarat? Kawan-kawan abang ada dekat sana! Lagipun, abang tak bermaya nak bangun sekarang ni!" Pinta Haikal dengan lembut.

"Baiklah! Mari saya bantu!" Sahut sang remaja sambil menghulurkan tangannya yang dibalut kulit putih pucat.

Dengan sisa tenaga yang tinggal, Haikal cuba menggerakkan tangannya untuk menyambut huluran tangan milik sang remaja. Remaja yang sedikit lebih rendah, bahkan bertubuh kurus itu berusaha untuk memapah Haikal dengan tenaga kecilnya itu. Sementara Haikal hanya memerhatikan wajah sang remaja dengan teliti. Entah mengapa wajahnya terlihat sedikit iras dengan dirinya. Jika orang-orang melihat mereka berdua, kemungkinan orang-orang akan salah faham bahawa mereka adalah adik beradik kandung. Namun, kini Haikal lebih risau jika ia menyusahkan sang remaja. Maklumlah, tubuh sang remaja terlihat sangat kurus, bahkan ia juga lebih kecil dari dirinya yang lebih besar.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now