Chapter 25

120 8 3
                                    

Sebaik sahaja semua orang telah kembali, mereka semua berkumpul di kantin sekolah. Di sana menjadi tempat untuk mereka bermesyuarat. Namun, pada masa yang sama, Safiyyah menatap ke sekeliling dengan tatapan waspada. Manakala Eira kekal tenang walaupun dia tahu bahawa ada yang tidak kena pada sekitar mereka. Harraz juga bersikap tenang seperti sang isteri.

"Baiklah! Sebelum tu.. aku ucapkan selamat datang pada Emir, Afwan, Suhairi, dan juga Safiyyah! Bermula dari detik ini juga.. mereka berempat akan bersama dengan kita untuk settlekan masalah yang ada di sekolah ini!" Ujar Eira seperti biasa tanpa rasa resah mahupun gelisah.

"Actually.. kitorang agak terkejut bila Eira panggil kami untuk masuk bersama.. sedangkan perancangan kita semua adalah untuk melindungi kampung dan menguruskan connection luar!" Ujar Afwan.

"Walaupun Eira tetapkan connection luar.. namun ia tidak berjalan baik seperti apa yang dirancangkan!" Jawab Eira.

"Maksud?" Tanya Suhairi.

"Empat sekampung dan tahfiz.. terkait antara satu sama lain! Walaupun punca utama di sekolah ni.. tapi.. kampung juga terkait sama! Sebab tu makhluk ni mampu bergerak sesuka hati di luar tanpa segan silu dan takut akan apa-apa!" Ujar Eira dengan serius.

"Hmm... kalau macam tu.. even kita menjadi back up luar pun.. kemungkinan untuk meminta pertolongan juga adalah mustahil! Itu maksud kau?" Teka Emir.

"Betul! Tambahan pula, makhluk tu tahu bahawa Emir ada dengan kita!" Ujar Eira.

"Hah! Betul-betul parah!" Ucap Afwan dengan wajah tidak percaya.

"So? Apa perancangan korang kali ni? Memandangkan plan awal dah kucar-kacir!" Tanya Suhairi dengan tenang.

"Sebelum tu.. aku nak setiap ketua laporkan apa sahaja yang korang dapat sepanjang keluar daripada sekolah tadi!" Arah Eira.

"Benar seperti apa yang kau inginkan Eira! Kemungkinan kes kita kali ini melibatkan sejarah hitam 4 sekampung! Dan.. memang dah ada tanda di mana kesan-kesan berlakunya ajaran sesat sudah mula menyebar! Buat masa ini, ketua kampung dan 3 kampung yang lain akan cuba membanteras penduduk yang melakukan ajaran sesat secara diam diam!" Lapor Rafia.

Rafia mengingati perkara yang ia lakukan di kampung sepanjang ia bertemu dengan ketua kampung dan tok imam tadi bersama Fatin dan Syahiril. Sebaik sahaja tiba di rumah ketua kampung, mereka melakukan pertemuan antara 3 ketua kampung yang lain secara sembunyi seperti yang diarahkan oleh Eira di dalam sampul surat yang Eira beri kepada mereka. Selepas berkumpul secara rahsia, mereka sama-sama menyiasat setiap kampung dan mencari tanda-tanda ajaran sesat yang berlaku! Setelah mengetahui bahawa adanya tanda ajaran itu, mereka semua terkejut.

Ditambah dengan bantuan Suhairi dan Afwan yang memang sering meronda kampung, memperkuatkan lagi tentang fakta bahawa ada segelintir penduduk kampung telah jatuh kepada ajaran sesat tersebut. Ajaran yang pernah membawa kemusnahan kepada sebuah kampung di masa lalu. Sejarah hitam kampung Seroja yang menyembah syaitan! Itulah yang membuat Tok Ketua dan ketua kepada 3 kampung yang lain benar-benar sakit kepala, terkejut dan tertekan akan hal yang mengejutkan ini..

"Apa yang Tok Ketua katakan?" Tanya Harraz apabila mendengarkan laporan Rafia, Fatin dan Syahiril.

"Tok kata jangan risaukan mereka! Mereka akan tangkap penduduk yang terlibat dengan sebaik mungkin dan sesenyap mungkin agar ketua mereka tidak tahu akan hal tersebut So, urusan kampung ni.. serahkan sahaja pada mereka dan mohon pada kita semua untuk selesaikannya agar kampung ini tidak lagi hadap benda-benda berdosa seperti ini!" Jawab Syahiril.

".Bagaimana pula dengan Abang Hadwan, Emir dan Fiqah?" Tanya Eira.

"Seperti yang kau duga Eira! Kita punya pagar telah dibuka dan ada pagar yang hampir rosak! Seperti ada yang cuba musnahkan pagar setiap kampung! Buat masa ni.. Abang Hadwan dan uruskan! Cumanya, kita tak tahu kalau pagar tu akan dimusnahkan lagi atau tidak memandangkan hal ini juga sangat serius!" Jawab Fiqah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now