Chapter 9

184 23 0
                                    

Gerbang utama Sekolah Tahfiz Setinggi Ilmu, kelihatan dua buah kereta milik tok ketua berhenti dihadapan pagar utama. Menunggu kedatangan pengawal keselamatan untuk membenarkan mereka memasuki kawasan sekolah. Tidak jauh dari pagar, seorang pengawal yang mengenakan seragam khas pengawalnya, sedang berlari dari pondok keselamatan untuk membuka pagar. Pengawal yang terlihat muda sekitar umur 20-an itu langsung mendekati kereta berwarna putih yang dipandu oleh ketua kampung. Tangan kekar dibaluti kulit putih pucat penuh urat itu mengetuk cermin tingkap di sisi tempat duduk Syahiril. Syahiril segera menurunkan tingkapnya, dan segera menyapa sang pengawal yang sangat ia kenal.

"Assalammualaikum, Abang Hadwan!" Sapa Syahiril.

"Waalaikumsalam, Syahiril!" Jawab sang pegawal dengan suaranya yang berat sambil menatap orang di dalam kereta dengan matanya yang berwarna hitam sepekat malam tersebut.

"Hari ni.. Syahiril ada bawa tok ketua dengan kawan-kawan Syahiril! Mereka datang nak bincang tentang masalah yang melanda sekolah ni!" Jelas Syahiril.

"Mereka ada buat temujanji ke?" Tanya sang pengawal sambil menggaru kepala yang ditutupi rambut hitam pendek miliknya yang terasa gatal.

"Nak Hadwan! Kami belum buat apa-apa janji! Saya baru nak jumpa Ustaz Qairul ni!" Sampuk Tok Ketua.

"Ah, tok pun ada! Umm.. boleh tok nak masuk! Tapi.. saya kena maklumkan dululah pada pentadbiran! Ini bukan keputusan saya jer!" Ujar Hadwan dengan raut wajah serius.

Klik!

"Abang Hadwan!" Sapa Eira yang keluar daripada kereta.

"Eh? Eira? Bila kamu balik?" Ucap Hadwan dengan nada sedikit terkejut.

"Alhamdulillah kemarin, Eira sampai! Bila dengar masalah yang dah terjadi dekat kampung ni.. Eira langsung ke sini!" Jawab Eira sambil tersenyum.

"Macam tu.." Gumam Hadwan sambil mengangguk tanda faham.

"Abang Hadwan! Benarkanlah kami masuk! Kalau susah sangat.. abang boleh iringi kami terus ke pejabat! So, takde masalahkan!" Cadang Eira.

"Hmm.. baiklah! Kamu semua masuk.. dan letak kereta dekat bahagian sana tu! Then abang hantarlah ke pejabat!" Sahut Hadwan yang setuju akan cadangan Eira.

"Terima kasih, abang!" Ucap Eira.

Hadwan hanya mengangguk, dan segera membuka pagar. Eira tersenyum lalu kembali masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, dua buah kereta langsung memasuki kawasan sekolah. Meletakkan kereta di tempat yang disuruh oleh Hadwan, mereka semua keluar daripada kereta. Eira dan yang lain melihat kawasan sekolah tahfiz yang sangat luas dan cantik tersebut. Kedengaran seisi pembelajaran juga sudah bermula kerana masing-masing sedang mendengar pembelajaran dari dalam kelas. Harraz meneliti setiap pelosok sekolah dengan serius. Haikal yang baru keluar dari kereta entah mengapa mendapat firasat buruk sebaik sahaja ia menjejakkan kaki ke atas tanah. Firasatnya mengatakan bahawa ada sesuatu yang memperhatikan dirinya. 

"Siapa? Siapa yang perhatikan aku?" Batin Haikal yang ketakutan.

"Haikal? Haikal!" Seru Harraz apabila melihat sahabatnya itu terpaku di tempatnya dengan raut wajah ketakutan.

"........"

"Hey, Haikal!" Panggil Harraz yang kini dengan suara keras.

"Ahh? A-ada apa?" Tanya Haikal yang langsung tersedar dari lamunannya.

"Kau okay?" Tanya Harraz.

"A-aku.. aku okay!" Bohong Haikal.

"........"

"Ouh, itu dia Abang Hadwan!" Ucap Syahiril yang langsung mengganggu fokus Harraz dan Haikal sebaik sahaja Syahiril melihat Hadwan menghampiri mereka.

"Mari kita pergi!" Ucap Hadwan sebaik sahaja ia tiba di hadapan mereka semua.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Onde histórias criam vida. Descubra agora