Chapter 1

424 33 1
                                    

Setelah seminggu berlangsungnya pernikahan Eira dan Harraz, kehidupan mereka berdua sangatlah bahagia. Eira dan Harraz juga baru sahaja pulang daripada berbulan madu di Pulau Pangkor. Harraz sebenarnya ingin membawa Eira ke luar negara, namun Eira lebih memilih untuk berbulan madu di Pulau Pangkor sahaja. Ditambah mengelakkan pembaziran wang, mereka juga dapat menyumbang untuk ekonomi negara juga. Bukan itu sahaja, Eira juga lebih memilih untuk berbulan madu dalam Malaysia sahaja kerana makanan yang halal dan juga mereka lebih terpelihara agamanya berbanding negara luar. Mendengarkan hal itu membuatkan Harraz senang, namun ia juga berjanji jikalau pada suatu hari nanti ia akan membawa Eira untuk bersenang-senang apabila ia telah memiliki kehidupan yang stabil.

"Sayang!" Seru Harraz kepada Eira yang sedang memasak.

"Ya?" Sahut Eira.

"Bukan abang dah cakap ke kalau abang yang masak hari ni!" Ujar Harraz.

"Hehehehehe.. abangkan penat! So, sayang masaklah sarapan untuk abang!" Jelas Eira dengan nada kekok.

"Sepatutnya, sayang yang lebih penat dengan aktiviti semalam!" Bisik Harraz sambil memeluk sang isteri daripada belakang.

Blush~~

Wajah Eira langsung memerah seperti buah tomato. Walaupun telah seminggu mereka hidup sebagai suami dan isteri, Eira masih tidak biasa dengan suasana yang begini. Dia sedikit kekok untuk terbiasa dengan hal-hal tersebut, terutama ingin menggelar dirinya sebagai seorang isteri kepada Harraz. Ini semua ibarat sebuah mimpi baginya. Walau bagaimanapun, Eira masihlah gadis mentah yang baru berusia 18 tahun dan dia terpaksa berbaur akan hal-hal dewasa selepas berkahwin dengan suaminya yang baru berusia 20 tahun. 

"Hey, menungkan apa tu? Nanti nasi tu hangus!" Tegur Harraz.

"A-ah! Warrghhh.. dah hangus~ huhuhuhuhu!" Tempik Eira dengan sendu.

"Hahahahaha.. lain kali jangan berkhayal masa memasak!" Tawa Harraz.

"Hu-uh! Semuanya sebab abanglah ni! Suka usik sayang!" Sungut Eira.

"Usik yang mana? Aktiviti kita semalam ke?" Usik Harraz sambil tersenyum nakal.

"Waahhhhh!!! Perverttt!!!" Tempik Eira dengan wajah yang sangat merah.

"Hahahahahaha.. okay, okay! Maafkan abang, ya! Tapi, tak salahkan kalau seorang suami nak mengusik isterinya yang tercinta!" Ujar Harraz yang semakin mempereratkan pelukannya terhadap sang isteri.

"Boleh! Tapi.. kalau terus macam ni.. rasanya sayang kena operasi jantung! Kena tukar jantung besi ke, atau apa-apa supaya kuat dengar usikan abang yang sangat-sangat buat sayang hilang kawalan!" Sindir Eira.

"Hahahahahaha.. manisnya isteri Muhammad Harraz Hakimi ni! Haish.. makin sayang abang dengan isteriku yang manis ni~" Ucap Harraz dengan bahagia.

"Abang duduklah! Biar Eira buat nasi goreng yang baru!" Arah Eira dengan lembut. 

"Tak perlulah! Nasi tu hanya hangus bahagian bawah jer! Atas masih boleh dimakan! Lagipula, ia tak berapa hangus pun! Boleh tu abang makan! Meh, abang hidangkan! Sayang duduk jer!" Ujar Harraz lalu mengambil sudip kayu daripada tangan Eira dan membuka apron sang isteri.

"E-eh~ biarlah Eira yang buat! Eira yang hidang makanan, ya!" Pinta Eira.

"Tak perlu sayang! Sayang duduk sahaja dekat sana! Biar abang yang sambung!" Ujar Harraz  lalu menolak sang isteri ke meja makan dan mendudukkannya di sana.

Harraz langsung mengambil-alih tugas sang isteri dengan menghidang nasi goreng untuk mereka berdua makan. Eira hanya memandang sahaja suaminya dengan tatapan terpesona. Dia sungguh bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat prihatin kepadanya. Tambahan pula, ia sedar bahawa jika diperhatikan wajah sang suami dengan lama, Eira sedar bahawa suaminya itu sangat tampan. Selama ini, ia menjaga pandangannya terhadap para lelaki, termasuk Harraz. Maka setelah berkahwin, barulah Eira leluasa menatap wajah sang suami dengan tatapan terpesona.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now