Chapter 4

216 29 3
                                    

Pada malam hari, kelihatan Eira dan yang lain, semuanya sudah berkumpul di pondok depan rumah dengan beberapa masakan kampung siap disaji di hadapan mereka. Tentu sahaja sebelum menikmati makan malam yang sudah terhidang, Harraz akan memimpin bacaan doa makan untuk mereka yang lain. Sambil mereka makan, sambil mereka berbual beberapa perkara tentang kampung pada Syahiril. Tidak lupa juga mereka saling memperkenalkan diri kerana saking sibuknya mereka petang tadi, mereka lupa untuk berkenalan antara satu sama lain. Banyak yang mereka bualkan, dan suasana malam yang sepi ditemani bunyi cengkerik pada malam hari terasa sungguh menenangkan dari kawasan bandar. Sungguh membuat mereka semua merasa tenang dan nyaman di sana.

"Ouh, ya! Syahiril.. kenapa kampung ni agak sunyi sekarang?" Tanya Eira.

"Hmm.. kau pun dah empat tahun tak kembali ke sini.. so sebab tu kau tak tahu, Eira! Orang kampung kita dah tak berani nak keluar malam! Nak lagi kanak-kanak dan remaja!" Jawab Syahiril.

"Kenapa boleh macam tu? Setahu aku... kampung ni sangat meriah pada waktu malam! Biasanya, ada ceramah agama, atau kanak-kanak berjalan ke surau untuk kelas mengaji al-Quran!" Tanya Rafia.

"Semenjak tok wan dah tiada! Kampung ni dan juga tiga kampung yang lain sudah tak berapa aman! Macam-macam kejadian yang berlaku!" Ujar Syahiril.

"Kejadian macam apa tu?" Tanya Harraz.

"Semua berpunca dari sekolah tahfiz yang ada di pintu masuk empat buah kampung ni!" Jawab Syahiril sedikit mengeluh.

"........"

"Awalnya kejadian tu sangat sedih sebab melibatkan ibu dan dua orang anak kembar yang mati terbunuh!" Ujar Syahiril.

"Terbunuh?" Ucap Fatin dengan wajah terkejut.

"Tiga tahun yang lalu.. dekat sekolah tahfiz berlaku pembunuhan yang mengerikan! Mangsa adalah guru disiplin sekolah yang merupakan sang ibu, dan dua orang kembar yang berumur 15 tahun! Mereka bertiga adalah isteri dan anak kepada pengasas sekolah tahfiz tu!" Cerita Syahiril.

"Macam mana mereka boleh terbunuh?" Tanya Haikal.

"Kisahnya tak berapa jelas! Tapi menurut pihak polis.. pakcik mereka yang bunuh kedua kembar bersama sang ibu! Katanya untuk merampas hak milik sekolah tahfiz dari tangan abangnya sendiri!" Jawab Syahiril.

"Hmm.. apa korbannya adalah Amirul Suhaiman dan Amiril Suhaiman?" Tanya Eira.

"Eh? Macam mana kau tahu?" Tanya Syahiril dengan wajah terkejut.

"........"

"Ada apa-apa yang tak kena ke, Eira?" Tegur Fiqah.

"Ouh! Takde pape! Aku cuma teka sahaja! Lagipun, siapa sahaja kembar yang sangat menonjol di kampung ni kalau bukan mereka.." Ucap Eira yang mengelak dari mengatakan hal yang sebenar.

"Benar juga kata kau! Amirul adalah seorang yang hebat dalam sukan, manakala Amiril pulak adalah seorang yang sangat genius! Mereka sangat menonjol dengan kemahiran masing-masing!" Ujar Syahiril.

"So? Apa kaitan kematian dengan keamanan kampung ni?" Tanya Rafia.

"Semenjak kematian mereka, banyak gangguan yang berlaku di sekolah tahfiz tersebut! Bukan tu sahaja! Sesiapa yang lalu disekitar sekolah itu akan diganggu, bahkan berakhir dengan histeria! Paling parah adalah.. kehilangan kanak-kanak secara misteri! Seolah-olah mereka disembunyikan disuatu tempat yang tak dapat ditemukan! Bilik guru disiplin pula menjadi kawasan terlarang untuk dimasuki! Sebabnya, setiap mereka yang masuk ke sana akan berakhir dengan sakit yang amat parah! Bukan itu sahaja! Sesiapa sahaja yang mengganti tugas guru disiplin akan berakhir dengan kematian yang mengerikan! Hingga kini.. takde sesiapa yang menjadi guru disiplin di sekolah tu!" Jelas Syahiril.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now