Chapter 8

195 23 0
                                    

Azan Maghrib mula berkumandang, memecahkan suasana sunyi di seluruh pelosok perkampungan. Kelihatan Eira dan yang lain disertai Tok Ketua dan Nek Mah sedang berjalan menuju ke arah masjid. Setelah apa yang berlaku pada siang hari di rumah Tok Ketua, mereka semua berbincang sehingga tidak sedar bahawa matahari mula terbenam. Maka, mereka bercadang untuk pergi ke masjid beramai-ramai untuk solat berjemaah. Sepanjang perjalanan itu juga mereka masih memikirkan hal yang sama. Hinggalah tiba di masjid, mereka menyapa beberapa jemaah yang hadir untuk solat di sana. Iqamat dilaungkan, solat bermula. Mendengar sedikit tazkirah sementara menunggu Isyak, Eira mendengar dengan teliti setiap bait kata yang disampaikan oleh imam masjid tersebut. 

Sesudah Isyak~

"Assalammualaikum, Nak Syahiril!" Sapa Tok Imam kepada Syahiril yang sedang melipat kembali kerusi yang ia gunakan untuk solat tadi.

"Waalaikumsalam imam!" Sahut Syahiril yang lalu mencium tangan sang imam masjid.

"Maaflah kalau imam menganggu! Sebenarnya, dari tadi.. imam perhatikan Syahiril! Nak tegur Syahiril tadi pun.. solat dah bermula! So, baru sekarang ada peluang untuk imam bertanya! Seingat imam, Subuh tadi.. kamu baik-baik sahaja! Tapi sekarang ni.. kamu sudah berbalut sana sini! Apa yang terjadi Nak Syahiril?" Tanya Tok Imam dengan wajah risau.

"Ahh~ maaflah kalau saya buat imam risau! Saya kemalangan masa nak kembali dari sekolah tadi! Itu yang saya langsung dikejarkan ke hospital berdekatan!" Jawab Syahiril dengan nada serba salah kerana membuat ima masjid itu merisaukan dirinya.

"Ya, Allah! Macam mana kamu boleh kemalangan, Syahiril? Ke.. ada kena mengena dengan masalah yang melanda sekolah tu?" Teka Tok Imam.

"Boleh dikatakan macam tu juga, imam!" Sampuk Tok Ketua yang muncul bersama yang lain.

"Assalammualaikum, imam!" Sapa Eira dan Rafia dengan sopan.

"Waalaikumsalam! Subhanallah~ lama tak berjumpa dengan Eira dan Rafia! Akhirnya, bersua juga kita, ya!" Sahut Tok Imam dengan nada senang.

"Hehehe.. ya, imam! Kami pun lama dah tak jumpa imam! Masa kecik-kecik dulu selalu datang masjid untuk kacau imam!" Kekeh Rafia.

"Hahahaha.. imam pun rindu dengan masa-masa tu! Kamu berdua nakal sangat!" Tawa Tok Imam.

"Barang yang lama.. jangan dikenang lagi, imam! Malu ni..." Cicit Eira dengan wajah memerah.

"Kamu sejak dah menjadi isteri orang ni.. dah tahu erti malu, ya! Untunglah, imam jumpa suami kamu dulu! Kalau tidak.. sampai ke sudah tak tahu kalau kamu dah berkahwin!" Sindir Tok Imam.

"Alaa.. imam! Janganlah merajuk! Eira pun masa tu mendadak buat majlis!" Pujuk Eira dengan gelisah.

"Hahahaha.. Nak Harraz! Kamu faham-faham sahajalah kenapa imam bersikap macam tu! Eira dan Rafia ni memang anak emas kampung! Mereka sangat disayang oleh penduduk di sini! Nak lagi dengan imam masjid ni! Kira mereka berdua dah macam cucu kandung bagi imam masjid ni!" Ujar Tok Ketua sambil menepuk bahu Harraz.

"Takpe tok! Saya faham! Dari awal kami datang ke kampung.. ada sahaja yang menegur Eira dan Rafia! Semuanya, rindu akan mereka berdua! Kira keputusan untuk kembali ke sini adalah yang terbaik untuk semua!" Ucap Harraz sambil tersenyum.

"Hmm.. tapi imam masih tak tahu akan ciri-ciri suami yang kamu kahwini ni, Eira! Kalau Nak Syahiril.. imam memang dah tahu! Satu hari nanti.. imam kena test suami kamu dulu untuk lihat sama ada layak ke tidak dia menjaga kamu!" Gumam Tok Imam sambil melihat Harraz dari atas ke bawah.

"Insyaallah! Senior 100 peratus layak untuk Eira!" Ucap Rafia.

"Itu kamu! Tapi bukan imam!" Balas Tok Imam.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now