Chapter 23

100 9 1
                                    

"Abang!" Seru Eira apabila melihat suaminya hanya berdiam diri setelah ia melafazkan ayat-ayat tadi.

"Fa-lamma 'Alqaw Qala Muusa Ma Ji'tum Bihis-Sihr, 'Inna-LLaha Sa-Yubtiluh, 'In-Na-LLaha La Yus-Lihu 'Amalal-Mufsidiin. Wayu-Ḥiqqu-LLahul-Haqqa Bi-Kalima-Tihii Wa Law Karihal-Mujri-Muun... Sesungguhnya apa yang engkau tunjukkan itu adalah sihir! Sesungguhnya Allah akan membantu aku untuk mendedahkan kepalsuan sihir ini! Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan! Dan Allah juga akan sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintah-Nya! Maka, sesungguhnya Allahlah yang lebih kuat dan lebih mampu mematahkan sihir ini! Dengan sebuah seruan nama-Mu, Ya Allah~~ Patahkanlah belenggu sihir yang mengikati kami ini! ALLAHUAKBAR!!!!" Lafaz Harraz yang segera menghentam lantai simen di mana ia berada dengan seruan kalimat 'Allahuakbar' yang lantang.

Angin kencang muncul sepanjang proses pematahan sihir tersebut. Mereka yang lain tidak putus-putus membaca ayat kursi. Namun, sepanjang proses pematahan sihir tersebut, tubuh mereka semua terasa disayat-sayat oleh berbagai rasa sakit yang amat. Membuat mereka hampir berputus-asa, bahkan Eira sendiri juga dapat merasakan perasaan tersebut. Ia bahkan tidak berdaya buat masa ini, dan berharap bahawa suaminya segera mematahkan sihir yang ada. Hinggalah..

"Ugh.. cough!" Sembur Kemy yang langsung batuk darah.

"Kemy!!!" Tempik Rafia apabila melihat sahabatnya itu tumbang.

"Ugh.. cough! J-jangan.. pedulikan aku.." Ucap Kemy yang batuk darah tanpa henti.

"T-tapi.." Ujar Fatin dengan cemas sambil menopang tubuh sahabatnya itu.

"Ughh.. s-selamatkan.. Haikal! I-itu.. itu yang penting!" Ucap Kemy dengan darah yang mengalir melalui sudut bibirnya.

Eira yang melihat sahabatnya berkata begitu langsung merasa kesal dengan dirinya sendiri. Ia begitu lemah sehingga ia tidak mampu bergerak pada saat ini. Membuatkan ia merasa sebuah perasaan marah pada dirinya sendiri kerana begitu lemah sehingga tidak mampu melindungi rakan-rakannya sendiri, sedangkan ia adalah ketua kepada mereka semua. Hal itu juga membuat Eira bersedih, bahkan menganggap bahawa ia tidak layak menjadi ketua. Ia melihat bahawa suaminyalah yang layak memimpin kerana jelas Harraz lebih kuat darinya. Harraz yang mengetahui isi hati sang isteri langsung tersenyum dicelah-celah kegiatannya saat ini.

"Audzubillahi minas-syaitānir-rajim.. Bismillahirrahmanirrahim~ Wa la tahinu wa la tahzanu wa antumul a'launa in kuntum mu'minin... Ali-Imran ayat 139! Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman! Ingat sayang! Kekuatan yang sesungguhnya itu datang dari Allah! Seseorang itu mampu menjadi lebih kuat jika dia beriman dan bertawakal kepada Allah yang satu!" Lafaz Harraz yang ditujukan kepada isterinya yang tercinta.

Eira yang mendengar ayat yang dihafazkan oleh sang suami langsung tersedar dari pemikiran buruknya. Air mata mengalir melalui pelupuk matanya. Sedar bahawa apa yang ia fikirkan itu salah! Setiap kekuatan bukan hanya bergantung dari diri sendiri, melainkan kekuatan yang ia miliki itu datangnya daripada Allah. Eira sedar dan bersyukur kerana Allah menghadirkan seorang suami yang memahami dirinya baik luar mahupun dalam. Selama ini, yang melengkapkan dirinya, yang sentiasa berada di sisinya baik ia senang mahupun susah, Harraz sentiasa menyampaikan sesuatu yang mengubati hatinya.

Dari itu, langsung diseka air matanya dan gadis itu langsung mengucapkan kata-kata istigfar dan meminta pertolongan Allah seperti yang dikatakan oleh suaminya. Berkat kekuatan yang dimohon kepada sang Pencipta, Eira mampu bangkit sebaik sahaja ia melafazkan lafaz "Allahuakbar". Belenggu sihir yang mengikat kuat dirinya semenjak awal berjaya ia patahkan. 

"Subhanallah! Maha suci Engkau yang memberikan kekuatan kepada aku!" Ucap Eira dengan penuh rasa syukur.

"Ugh~~" Erang sahabat Eira yang lain.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now