Chapter 17

98 17 0
                                    

"Eira?" Tegur Harraz kepada sang isteri yang menatapnya semenjak dari awal.

Sepanjang ia berbual dengan Haikal akan sesuatu perkara penting, Harraz tidak dapat menafikan bahawa ia merasakan bahawa seseorang menatap dirinya dengan sangat lama. Apabila ia lihat, sumber tatapan tersebut berasal daripada isterinya sendiri. Ia tidak tahu mengapa sang isteri menatapnya begitu lama, namun apa yang ia sedar adalah perasaan gelisah dan resah dari balik mata Eira sangat jelas sepanjang ia menatap ke arah dirinya. Hal itu membuat Harraz tidak dapat mengendahkan perkara tersebut, dan terus menegur sang isteri dengan nada suara yang risau.

".........."

"Eira! Kamu okay? Kenapa pandang abang macam tu sekali?" Tanya Harraz dengan pertanyaan beruntun.

"Ouh, ummm.. takde apa-apa! Eira cuma teringatkan sesuatu!" Jawab Eira yang serta merta mengalihkan pandangannya.

"Macam ada yang tak kena.." Batin Harraz dengan resah.

Hendak ia bertanya lebih lanjut tentang hal tersebut. Namun, niatnya terhenti apabila mereka yang lain mula kecoh dengan penjelasan Syahiril tadi. Masing-masing mula menunjukkan perasaan tidak puas hati dan rasa tidak percaya akan apa yang mereka dengar, bahkan berdebat akan sikap Tuan Suhaiman yang dikatakan tidak masuk akal. Sungguh perkara yang disebut oleh Syahiril membuat mereka semua agak marah. Eira juga mula fokus pada isu tersebut atau lebih tepatnya ia berfokus pada sikap Fiqah yang pada saat ini sedang dilanda kemarahan yang besar.

"Wait! Alasan bodoh apa tu? Tak masuk akal langsung!" Tempik Fiqah yang agak marah apabila mendengar kenyataan tersebut.

"Ehem! Fiqah.. kata-kata tu please!" Tegur Fatin.

"Ughh~ sorry! Tapi aku memang tak puas hati dengan apa yang Tuan Suhaiman tu kata! Mana ada seorang ayah akan bersikap macam tu pada anaknya! Macam Amiril tak wujud sahaja di mata dia!" Geram Fiqah.

"Hmm.. memang tak dinafikan kalau ada sahaja orang macam Tuan Suhaiman pada masa sekarang! Kita pun berada di akhir zaman.. dan banyak benda macam ni boleh terjadi, Fiqah!" Ujar Rafia.

"Ughhh..." Erang Fiqah yang tidak puas dengan kata-kata Rafia.

"Okay, baik! Bawa bertenang dulu Fiqah! Jangan terlampau taksub dengan kemarahan tu! Syaitan sangat suka memancing kemarahan kita! So, jangan terlalu ikutkan apa yang disuruh oleh syaitan pada kita!" Pujuk Fatin.

"Bawa istigfar!" Tambah Hadwan.

"Astagfirullah al-azim! Huuuuu~" Ucap Fiqah sambil menghela nafas panjang.

"Sebenarnya.. apa yang buat Tuan Suhaiman bersikap macam tu?" Tanya Kemy yang langsung menarik perhatian semua orang.

"Umm.. entahlah! Tapi jika diikutkan.. Tuan Suhaiman sayang dengan Amirul dan Amiril melebihi isterinya sendiri! Masa Tuan Suhaiman kata kalau tak perlu lagi mencari Amiril.. buat kami agak terkejut masa tu!" Jawab Syahiril dengan ragu-ragu.

"Tapi ada desas-desus mengatakan bahawa Tuan Suhaiman lebih sayangkan Amirul berbanding Amiril! Walaupun tak nampak.. tetapi Tuan Suhaiman sangat bangga dengan pencapaian Amirul berbanding Amiril! Amiril sentiasa dibandingkan dengan Amirul!" Sampuk Hadwan.

"Huh? Dari mana abang tahu benda tu?" Tanya Eira dengan serta merta.

"Hasil dari pemantauan selama abang bekerja sebagai pengawal sekolah!" Jawab Hadwan sambil menyisip air buatan Nek Mah.

"Tuan Suhaiman sayangkan dua anaknya melebihi sang isteri! Dan di antara kedua anaknya, dia lebih banggakan anak pertama dari anak kedua!" Simpul Kemy.

"Maybe dia terlalu sedih akan kematian sang isteri dan Amirul sehingga merasakan bahawa Amiril juga sudah mati!" Fikir Fatin.

"Bersangka baiklah kepada seseorang! Itu lebih baik!" Ucap Eira yang menasihati sahabat-sahabatnya itu.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now