Chapter 19

126 16 0
                                    

Persiapan demi persiapan dilakukan sebelum tiba hari mereka semua memulakan siasatan di sekolah tahfiz tersebut. Masing-masing sibuk melakukan tugas mereka dalam berkumpulan, bahkan Eira juga tidak kalah dalam menimbunkan dirinya sendiri dalam merancang strategi yang baik agar tidak membahayakan semua orang, terutama mereka yang terlibat dalam penyiasatan tersebut. Tugas-tugas awal tersebut dilakukan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Hinggalah tiba di malam sebelum hari siasatan mereka bermula, Eira dan yang lain berkumpul di  rumah Tok Wannya, dan sebuah mesyuarat rahsia sedang dilakukan.

Namun~

"Wehy, Eira!" Seru Rafia dengan nada menahan rasa geram.

"Hm? Ada apa?" Sahut Eira apabila melihat sahabatnya itu sedang menatap tajam ke arah dua orang jejaka yang sedang duduk dihujung ruang tamu dalam keadaan gelisah.

"Kenapa.. kenapa mereka berdua ada dalam mesyuarat rahsia kita pada malam ni, hah?" Tanya Rafia sambil menahan rasa jengkel dan geram di dalam dirinya apabila melihat dua orang jejaka tersebut.

Terlihat jelas di wajah Rafia bahawa ia tidak suka apabila melihat dua orang jejaka tersebut berada di dalam mesyuarat itu bersama mereka. Gadis itu seolah-olah menginginkan penjelasan dari mulut dari gadis yang akan memimpin mereka dalam misi tersebut. Eira hanya menatap ketidaksukaan Rafia terhadap dua jejaka yang ia jemput kembali. Ia juga boleh melihat bahawa rakannya yang lain merasa tidak senang akan kehadiran dua jejaka tersebut. Tentu sahaja puncanya adalah sikap dua jejaka yang dikenali sebagai samseng kampung membuatkan mereka semua merasa tidak senang. Siapa lagi jika bukan Afwan Ariffin dan Suhairi Hasrullah yang bersama mereka pada saat ini.

"Well~ mereka akan bekerjasama dengan kita bermula esok! So, aku harap korang semua boleh bergaul dengan baik!" Jawab Eira dengan tenang.

"Cih! Kenapa perlu dorang juga yang ikut dalam misi ni!" Geram Rafia yang tidak terima akan kenyataan yang keluar dari mulut sahabat sejak kecilnya itu.

"Jangan risau! Mereka tak akan buat apa-apa yang tak baik selain dari lakukan misi jer!" Ujar Kemy dengan santai.

"Huh? Kau macam tahu je kalau mereka berdua akan join kita ni, Kemy!" Tegur Fatin apabila melihat sahabatnya itu hanya bersikap santai dari awal.

"Ya! Aku tahu kalau mereka akan join kita! Nanti korang akan tahu sebab kenapa mereka kena join dengan kita!" Jujur Kemy sambil menjamah biskut coklat yang terhidang dihadapannya.

"Betul tu! Buat masa ni.. kita tunggu Syahiril dan Senior Haikal kembali dulu!" Sampuk Eira yang cuba menenangkan keadaan.

"Nih, makan! Jangan segan-segan!" Pelawa Harraz dengan senyuman lembut kepada dua jejaka yang masih berdiam diri daripada tadi.

Walaupun senyuman Harraz terlihat lembut, namun di mata Afwan dan Suhairi, senyuman sangat mengerikan. Seolah-olah Harraz adalah seorang iblis yang cuba melahap mereka sekiranya mereka berbuat sesuatu yang tidak baik di sana. Dari awal mereka diundang ke sana, Harrazlah yang mengurus dan menyambut mereka berdua. Disebabkan hal itulah mereka memilih untuk berdiam diri dan bersikap gelisah daripada awal. Eira yang melihat hal itu merasa bingung akan sikap tidak biasa dua orang jejaka yang dikenali sentiasa bersemangat tersebut, malah berubah menjadi pendiam. Kemy yang melihat kebingungan sang sahabat diam-diam tersenyum licik.

"Heh! Senior Harraz dari luaran memang sangat baik dan lembut! Tapi tak sangka kalau dalamannya kejam juga, ya!" Batin Kemy yang semakin senang apabila melihat drama suami isteri dihadapannya.

"Haaahh~ terserah kaulah! Kau yang ketua! So, aku hanya boleh percaya dengan apa yang kau rasa terbaik untuk dilakukan!" Keluh Rafia sambil menyeruput air kopi buatan Fatin sebentar tadi.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now