Chapter 2

263 29 2
                                    

"Semua orang dah sampai ke?" Tanya Eira.

"Sudah~" Sahut mereka semua.

Eira hanya tersenyum apabila melihat semuanya sudah berkumpul di rumahnya. Hari itu mereka akan bertolak ke kampung halaman Eira. Maka, pagi-pagi lagi mereka semua sudah sibuk berkumpul di rumah Eira. Haikal dan Harraz terlihat sibuk memasukkan bagasi ke dalam van sambil dibantu oleh para gadis. Sesekali Haikal mengusik Kemy sehingga membuatkan gadis itu naik angin dan akhirnya berlakulah acara adu mulut antara mereka. Rafia, dan Fatin cuba meleraikan mereka. Manakala Fiqah hanya mengeluh apabila melihat situasi tersebut kerana sudah biasa. Namun, walaupun sudah dihalang oleh Fatin dan Rafia, tetap sahaja dua orang itu tidak berhenti. Eira yang melihatnya hanya tertawa kecil apabila melihat suasana yang meriah itu. Pagi-pagi lagi sudah bertengkar. Sememangnya, pasangannya yang sangat unik.

"Seronok sayang, ya!" Ucap Harraz sambil melingkarkan kedua belah tangannya ke pinggang sang isteri.

"Bukan apa! Mereka tu tak berubah langsung! Dari dulu sampailah sekarang! Sikitpun tak akur! Haish~ agak-agaknya bilalah Kemy akan membuka hati dia sepenuhnya untuk senior ya~" Ujar Eira.

"Akan tiba waktunya sayang~ Itu semua perancangan Allah! Biarkanlah mereka! Jika perasaan itu timbul.. maka hanya menunggu masa sahaja!" Ungkap Harraz sambil mengusap kepala sang isteri.

"Baiklah suamiku!" Sahut Eira dengan senyumannya yang manis.

"OKAY SEMUA!! DAH BOLEH MASUK VAN!" Sorak Haikal.

"Aku nak duduk belakang sekaliiiii~~" Teriak Fiqah yang langsung berlari masuk ke dalam van.

"AKU PUNNN!!!" Sampuk Kemy yang terburu-buru mengambil tempat di belakang sekali.

"Kerusi single tempat duduk belakang, aku punya!" Pintas Eira yang turut serta dalam keributan itu juga.

"Wehyyy~~~ mana aci! Aku nak duduk belakang jugaaaa~" Sungut Fatin.

"Hahahahaha.. kau duduk sebelah aku jelah Fatin~" Ucap Rafia lalu mengheret Fatin duduk di sebelahnya.

"Cih!" Decih Fatin yang tak puas hati.

"Lagipun.. dorang bukan duduk belakang sekalipun! Masih dalam kategori tengah sebab kerusi belakangkan dah dibuka untuk letak barang! Jadi tak payah nak bersungutlah sahabat~" Ujar Rafia dengan santai.

"Cih! Aku nak duduk dekat kerusi single macam tempat duduk Eira! Itu lebih bagus sebab takdelah yang akan bersandar dekat aku nanti! Tahu jelah~ antara korang semua.. akukan paling kecikkkk!!!" Sungut Fatin yang tak berkesudahan.

"Sorry Fatin! Itu juga alasan kenapa aku ambik tempat ni dulu!" Jelas Eira dengan santainya.

"Kenapa kau tak duduk dekat sebelah Senior Harraz?" Tanya Rafia.

"Yang bawa van siapa? Senior Haikalkan! Takkanlah salah sorang dari korang nak duduk sebelah senior! Tak elok! Tak baik!" Jawab Eira.

"Haha.. betul apa kata Eira tu! Haikal bawa van! Bila dia penat.. senior pula akan gantikan dia untuk bawa! Jadi senangkan kalau kami berdua di hadapan!" Jelas Harraz sambil memasang tali pinggang keselamatannya.

"Ikutkan hati.. nak je duduk sebelah Kemy! Tapi kami belum ada ikatan yang sah~ Harraz pun tak boleh bergaul duduk di belakang! Jadi, yang perempuan duduk sahajalah di belakang ye!" Sampuk Haikal yang sedang sibuk mengaktifkan telefonnya untuk navigasi penunjuk jalan.

"Sudahlah Fatin! Kau duduk dekat tepi tingkap ni! Kita pun dah nak bertolak dah ni!" Pujuk Rafia.

"Baik~" Sahut Fatin yang pasrah akan perkara tersebut.

"Okay semua! Mari mulakan perjalanan kita dengan sural al-Fatihah dan doa memulakan perjalanan! Dipersilakan Senior Harraz memimpin bacaannya~" Pelawa Fiqah.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now