Chapter 22

229 20 10
                                    

"Sungguh sebuah kisah tragedi yang menyedihkan! Sekarang baru aku tahu beban yang kau pikul sebagai perantara, Eira!" Ucap Fatin yang mula membuka suara.

"Tapi.. berdasarkan cerita kau tadi.. keturunan kau perlu menetap di kampung ni untuk membendung sebarang perkara macam ni dari berlaku sekali lagi! Perantara dari keluarga kau bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan kampung ni! So.. kau pun akan menetap di kampung ni ke?" Tanya Kemy dengan gaya berfikir.

"Taklah! Aku tak akan menetap di kampung ni!" Jawab Eira sambil tersenyum kecil.

"Eh? Bukan kau cakap kalau pewaris keturunan perantara kena berada di kampung ni ke? So, kau tak akan lakukan tugas kau ke?" Tanya Rafia dengan sangat terkejut.

"Hmm? Aku belum cerita secara detail eh, salah silah keturunan aku?" Tanya Eira kembali.

"Salah silah keturunan?" Ucap Fiqah dengan wajah yang keliru.

"Bukan kau takde ibu atau bapa saudara ke, Eira?" Tanya Kemy dengan tatapan menyelidik,

"Hmm.. nampaknya aku tak cerita secara terperinci, ya! Memang aku takde ibu atau bapa saudara! Tapi aku ada nenek saudara! Nek Su, iaitu adik kepada Tok Wan aku! Itu kalau disebelah ibu aku! Tapi kalau sebelah ayah aku.. aku dah takde sesiapa! Memandangkan ayah anak yatim piatu semenjak ia lahir, maka ayah aku hanya sebatang kara!" Jawab Eira.

"So, apa kena-mengena dengan Nek Su kau tu?" Tanya Fiqah yang terus ke perbincangan asal mereka.

"Baiklah akan aku jelaskan! Nek Su adalah adik kepada Tok Wan yang secara automatisnya adalah nenek aku yang kedua! Dalam salah silah generasi Tok Wan dan Nek Su, Tok Wanlah yang dipilih untuk mewarisi posisi sebagai seorang perantara di kampung ni! Nek Su pula ditakdirkan untuk tidak mewarisi hal tersebut!" Jelas Eira dengan santai.

"Kenapa aku tak pernah jumpa Nek Su tu? Bukan keturunan kau memang asal sini ke?" Tanya Rafia.

"Well~ Nek Su mula berhijrah ke Johor Bahru setelah berkahwin dengan suami dia, iaitu Tok Su aku! Jadi, Nek Su dah meninggalkan kampung ni semenjak umur dia 25 tahun lagi! Lagipun, Tok Wan pun dah berkahwin juga saat tu dengan Atok aku! Masing-masing hanya bertemu apabila ada hari perayaan dan sebagainya! Keluarga Nek Su semuanya di Johor Bahru, begitu juga dengan saudara aku yang lain!" Jawab Eira.

"Macam tu!" Sahut Rafia yang akhirnya faham akan hal tersebut.

"Kau ada saudara?" Tegur Kemy.

"Tentu sahaja aku ada saudara! Cuma aku jarang bertemu mereka! Maklumlaa, aku jarang ke Johor Bahru! Selalu kalau raya.. aku akan datang jumpa Tok Wan dari Nek Su!" Jujur Eira dengan senyuman kekok.

"So, saudara kau.." Ujar Kemy yang seolah-olah ingin meneka sesuatu.

"Ya! Seperti yang kau duga, salah satu adik saudara aku adalah perantara seperti aku! Awalnya, keluarga kami dikecohkan dengan perkara ini sebabnya setiap generasi hanya akan melahirkan satu sahaja perantara yang akan mewarisi posisi perantara keluarga! Tapi di generasi aku, terlahirnya dua orang perantara! Aku tak tahu apa perancangan Tuhan terhadap perkara ini! Tapi, sedikit sebanyak aku mula sedar akan satu perkara kenapa lahirnya dua perantara dalam keluarga kami!" Jawab Eira.

"Maksud kau?" Tanya Fiqah yang mencelah.

"Well~ macam yang korang semua tahu.. aku sama sekali tak kuat untuk menjadi perantara! Semasa kecil lagi tubuh aku lemah dan mental aku tak kuat nak hadap benda-benda ni semua! Sekarang juga aku masih macam tu! Aku kuat pun sebab ada korang semua di sisi aku yang Allah hadiahkan spesial untuk aku! Tapi, adik sepupu aku lain! Dialah pewaris sebenar untuk keluarga ni! Dia sama seperti Tok Wan! Mampu bertindak sendiri, dan sentiasa kuat menghadapi perkara ini! Dari awal dia mengetahui bahawa dia adalah perantara, adik aku tu langsung menerimanya dengan hati yang terbuka! Dia bersungguh-sungguh ingin melatih ilmu sebagai seorang perantara!" Jelas Eira.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now