Prologue

757 42 8
                                    

Tahun berganti tahun, kehidupan Eira dan para sahabatnya tetap sahaja seperti biasa. Tidak ada yang berubah. Belajar, aktiviti kokurikulum, dan juga skuad sentiasa memenuhi masa Eira dan para sahabatnya. Hubungan skuadnya bersama skuad yang lain juga baik-baik sahaja. Namun, kehidupan Eira tidaklah segembira dahulu. Semenjak Harraz dan Haikal selesai dengan SPM mereka, Harraz lebih fokus dengan kerja sepenuh masanya. Selama tiga bulan kekasihnya itu menyibukkan diri, bahkan setelah keluarnya keputusan SPM pun dirinya tetap sibuk. Awalnya, Eira ingin meraikan kemenangan kekasihnya itu kerana memperoleh 8A+ dan 1A dalam SPMnya, manakala Haikal mendapat 9A dalam SPM. Namun, kekasihnya itu sama sekali tidak mahu menyambutnya, bahkan meneruskan pekerjaannya.

Bukan itu sahaja yang membuatkan Eira merasa terpinggir. Kekasihnya juga mengambil STPM hingga membuatkan jejaka itu menjadi sangat sibuk berbanding biasanya walaupun dia tahu bahawa Harraz sama sekali tidak meninggalkan agamanya. Haikal juga mengikuti jejak Harraz untuk ke Tingkatan 6 dan mereka berdua sama-sama memperoleh CGPA 4.0 STPM sepanjang semester 1 dan 2. Hanya keputusan akhir sahaja yang belum keluar. Eira sungguh berfikir bahawa ia dapat meluangkan masa dengan Harraz apabila jejaka itu selesai STPM! Namun, sangkaannya meleset apabila sepanjang menunggu keputusan keluar, Harraz bekerja bagaikan orang gila dari hari ke hari.

Eira terkadang hanya mendapat sebuah pesanan berupa teks ucapan selamat pagi, selamat malam, atau dirinya sudah makan ataupun belum. Ini membuatkan Eira menjadi buntu sekaligus runsing dengan kerenah Harraz. Dia teringin menjadi seperti Kemy yang sentiasa diusik oleh Haikal. Haikal masih lagi mampu meluangkan masa dengan Kemy walau tidak dinafikan bahawa sahabatnya itu berasa sangat rimas dengan kehadiran Haikal. Mana taknya sahabatnya tak rimas dengan Haikal apabila bertemu sahaja mereka pasti akan bertengkar.

"Haaahhh~~" Keluh Eira.

"Kenapa Eira?" Tanya Fatin yang sedang membuat koko panas bersama Rafia.

"Err.. takde apa-apa!" Gumam Eira.

"Ni mesti sebab Harrazkan!" Teka Fiqah.

"Taklah! Mana ada!" Nafi Eira dalam keadaan bersungut.

"Hahahahaha.. nampak sangatlah Eira kalau sebab kau jadi macam ni adalah sebabkan Senior Harraz!" Tawa Kemy.

"Mana adalah! Aku tengah berdebar untuk tunggu keputusan SPM ni, haa! Lagi beberapa hari je yang tinggal!" Bohong Eira.

"Eleh! Tak payahlah kau nak menipu Eira~ Kami tahu kau macam ni sebab Senior Harraz tak pedulikan kau kan! Sabar jelah Eira! Mungkin dia ada sebab kenapa dia buat macam tu!" Pujuk Fatin.

"Tapi.. sejak dia habis SPM sampailah sekarang.. dia asyik tak pedulikan aku!" Gumam Eira.

"Sabarlah! Aku yakin kalau apa yang dia lakukan tu semua untuk kau!" Ujar Fiqah.

"Serahkan semuanya pada Allah! Insha Allah, jodoh kau dengan Senior Harraz tak akan ke mana punya!" Sampuk Kemy.

"Hmmm.. baik!" Sahut Eira.

"Nah, minum koko panas ni! Lupakan je masalah kau dulu! Better kau santai sikit! Tak lama lagi keputusan SPM akan keluar! So, kita kena prepare!" Ucap Fatin.

"Huh! Aku tak kisah! Asalkan dapat masuk ke STPM.. aku tak kisah benda lain!" Ujar Eira.

"Hahahahaha.. okaylah kau menang! Kami pun akan ikut masuk ke sana! Senang! Boleh lompat masuk degree terus macam Senior Harraz dan Senior Haikal!" Tawa Rafia.

Eira hanya senyap sambil menikmati koko panas yang telah disediakan oleh Fatin dan Rafia itu sambil menikmati langit biru di halaman rumah sahabatnya Fatin itu. Sungguh halaman rumah yang indah dengan kehadiran tanaman-tanaman segar yang ada di sekitar serta air pancuran kecil di tepi halamannya. Sangat menyenangkan dapat bersantai seperti ini walau tidak dinafikan bahawa fikirannya masih lagi menuju ke arah Harraz. Eira amat merindukan sosok jejaka yang menjadi cinta hatinya itu. 

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now