Chapter 16

106 18 0
                                    

Tiba waktu malam, kelihatannya para penduduk kampung telah berkumpul di sebuah dewan yang terletak di tengah-tengah kampung. Dewan yang dinamakan sebagai Dewan Empat Sekampung merupakan dewan yang dibina untuk melakukan perbincangan penting berkaitan dengan kampung. Dewan besar ini terletak di tengah-tengah yang menghubungkan empat buah kampung yang ada. Oleh kerana itulah dewan ini dinamakan sebagai Dewan Empat Sekampung. Dan pada saat ini, dewan besar ini telah dibanjiri oleh penduduk-penduduk dari empat kampung, termasuk jugalah ketua kampung yang terlibat. Eira dan rakan-rakannya sedang melakukan persediaan bagi mensyuarat tersebut.

Sepuluh minit kemudian~

"Tes, tes!" Ucap Haikal yang memeriksa mikrofon bagi pihak Kemy yang sedang menguruskan masalah teknikal.

"Dah okay dah ni!" Ujar Syahiril yang memberi isyarat bahawa tidak ada sebarang masalah terhadap peralatan teknikal yang sedia ada.

"Baiklah!" Sahut Haikal yang langsung memberikan mikrofon tersebut kepada Tok Ketua.

"Assalammualaikum para penduduk empat sekampung yang hadir pada malam ini, termasuk jawatankuasa besar empat sekampung kita ni!" Ucap Tok Ketua kepada seluruh penduduk yang hadir pada malam itu.

"Waalaikumsalam!" Sahut para penduduk.

"Terima kasih kerana sanggup menghadiri mesyuarat tergempar kita pada malam ini! Walaupun makluman yang diberikan adalah secara mendadak, ditambah pula dengan situasi kita pada saat ini.. tentu sahaja membuat para penduduk semua gelisah! Tetapi, saya selaku ketua kampung kepada salah sebuah kampung ingin membentangkan perkara penting dalam mesyuarat kita pada malam ini! Tujuan mengapa mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberi berita gembira kepada semua penduduk kampung bahawa kita berjaya menerima sebuah bantuan yang mampu mengatasi masalah besar yang melanda kampung kita ini!" Jelas Tok Ketua dengan semangat, dan langsung membuat para penduduk menjadi gembira.

"Apa betul kita akan menerima bantuan Awal?" Tanya Ketua Kampung dari Kampung Selasih.

"Benar, Sya'ari! Kita telah menerima penyelamat yang akan menyelamatkan kampung kita dari bencana yang sedang kita alami saat ini! Dan penyelamat kita tidak lain dan tidak bukan adalah pewaris dari Suhaira sendiri!" Jawab Tok Ketua dengan nada senang.

"Pewaris Suhaira?"

"Suhaira ada pewaris?"

"Bila masa Suhaira lantik pewaris??"

Kedengaran dari suara-suara bisikan dari para penduduk kampung yang mempersoalkan kata-kata dari Ketua Kampung Kasturi tersebut. Namun, yang berbisikan hanyalah penduduk kampung dari tiga buah kampung lain sahaja. Hanya penduduk kampung dari Kampung Kasturi sahaja yang tersenyum lega apabila mendengar fakta bahawa pewaris kepada lagenda mereka, iaitu Perantara Suhairalah yang akan menyelamatkan kampung mereka ini. Penduduk Kampung Kasturi sangat mengenal Eira dengan jelas, maka tentu sahaja mereka mengetahui siapa pewaris yang disebutkan oleh ketua kampung mereka itu. Namun, penduduk kampung dari tiga buah kampung lain tidak mengetahui fakta tersebut, ditambah Eira bukanlah penduduk tetap Kampung Kasturi.

"Suhaira ada pewaris, Awal?" Tegur Ketua Kampung dari Kampung Dahlia ditengah-tengah keriuhan yang dibuat oleh para penduduk kampung di sekitar mereka.

"Betul tu! Setahu akulah, Awal! Anak arwah tidak memiliki keistimewaan seperti Suhaira sendiri! Jadi mana datangnya pewaris yang disebut-sebutkan itu?" Sampuk Ketua Kampung Cempaka yang menambahkan lagi keriuhan dari penduduk kampung yang telah mengetahui fakta tersebut.

"Ouh! Memandangkan tiga buah kampung yang lain jarang mendengar nama pewaris kepada Suhaira, tentu sahaja mengundang rasa kebingungan di antara semua! Tetapi bagi kami.. Kampung Kasturi sudah lama mengetahui akan fakta pewaris Suhaira!" Ujar Tok Ketua.

Hantu Bilik Guru Disiplin 2Where stories live. Discover now