𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 29

17K 1.6K 492
                                    


CELIK aje kedua-dua belah mata, syiling putih memenuhi kornea mata. Kenal pasti dulu dekat mana. Mana tahu dah sampai ke alam bunian. Eh?

Kemudian, menguap kecil. Pastikan gaya macho itu still maintain. Lek dulu gais... Ian baru bangun tidur ni. Nanti baru la kita talk eh.

Tahi mata pun masih melekat dekat mata. Kalau awek-awek cun tengok keadaan Ian sekarang mesti dah lari. Tapi, umi cakap Ian memang dah comel semulajadi... Untuk apa lagi Ian khuatirkan? Ian petik aje jari ni beratur awek-awek cun nak keluar dating dengan Ian.

Sebut aje nama Tuan Ian Al - Fattah... Siapa aje tak kenal.

Pandang kiri dan kanan, kosong. Mana umi dan babah ni? Takkan awal-awal pagi dah keluar dating dan tinggalkan Ian sorang-sorang dekat rumah ni? Ini tidak adil! Selalu sangat Ian diketepikan sejak kebelakangan ini!

Sepasang kaki pendek itu mencecah lantai dan mulalah terkedek-kedek berjalan keluar dari bilik memandangkan pintu bilik sedikit terbuka. Misi utama Ian di awal pagi inilah... Mencari keberadaan umi dan babah.

Baru sahaja beberapa tapak melangkah, Ian merasakan dirinya berada di awangan. Eh? Ian ingatkan bidadari kayangan mana tadi. Rupanya Nek Nah. Eeeee.

"Nenek...Eeee..."

"Dah bangun pun tuan putera kita ni.Air liur basi pun masih melekat dekat pipi tu... Meh sini nenek tolong kesat." Mak Nah tolong mengelap air liur basi yang melekat di pipi Ian.Dia menuruni anak tangga satu-persatu sambil mendukung tubuh gempal Ian.

Mujurlah Mak Nah ternampak sebatang tubuh Ian yang baru keluar dari bilik tidur dan sempat mencapai sebelum anak kecil itu berjalan ke arah tangga.Takut terjatuh,nanti cedera pula.

Mata biru Ian meliar melihat sekeliling. Masih dalam pencarian babah dan umi. Takkan la umi dan babah sanggup tinggalkan Ian? Rasa kecewa hati ini. Sanggup umi dan babah lupakan Ian yang comel ni.

"Ian... Cari umi dan babah eh?" Bagaikan tahu isi hati anak kecil itu, Mak Nah meneka.

Ian menoleh apabila terdengar nama umi dan babah. Dia memandang Mak Nah lama dengan renungan mata yang mampu mencairkan siapa yang melihatnya.

"Pandai Ian ni kan... Sebelum tu, Ian kena mandi dulu barulah wangi. Nanti baru kita sarapan."

Ian mengangguk kepala. Faham.

"Nenek..." celah satu suara dari arah dapur. Suara seorang budak perempuan.

Serentak mata Ian dan Mak Nah terarah dekat budak perempuan yang baru keluar dari dapur sambil makan aiskrim. Comot. Usia budak perempuan yang bernama Luna itu di dalam lingkungan 5 tahun.

Ian mengerut keningnya. Ada awek cantik la kat sini. Maknanya Ian takkan single la lepas ni.Termakbul juga doa Ian selama ini. Dah penat Ian tengok kemesraan umi dan babah selama ini. Langsung tak reti nak jaga hati orang single seperti Ian ni!

Luna mendekati Mak Nah dan ditarik hujung baju neneknya. Didongak kepala memandang neneknya sekilas sebelum mata terhenti pada seraut wajah yang bertukar masam di dalam dakapan neneknya. Siapa pula budak kecik yang ada lesung batu dekat pipi ni?

"Iya, Luna.Makan elok-elok ais krim tu.Kan tadi... Nenek dah pesan. Tengok la, baju Luna tu dah kotor. Nanti kena tukar pula," nasihat Mak Nah kepada satu-satu cucunya, Luna atau nama penuhnya Arluna Insyirah.

Luna dan Ian saling berpandangan.

Siapa budak comot ni? detik di hati Tuan Ian Al - Fattah.

Siapa budak ada lesung batu dekat pipi ni? detik di hati Arluna Insyirah.













.













.













.
















"NAMA saya Arluna Insyirah. Panggil Luna. Bukan colour luna tu." Luna membuka bicara sebagai salam perkenalan. Tangannya dihulur untuk berjabat tangan dengan Ian.

Ian yang duduk di atas lantai beralaskan permaidani dan dikelilingi lego-lego yang berteraburan itu, memandang Luna terkebil-kebil. Tak faham. Daripada tadi budak berambut keriting ni asyik mengekori Ian ke mana-mana sahaja.

Luna menarik tangan kecil Ian itu dan secara paksa mereka berjabat tangan. Tersungging senyuman puas. Dia macam hakak-hakak aje dengan Ian tu memandangkan jarak umur mereka berbeza sebanyak dua tahun.

"Nama awak siapa?" tanya Luna penuh ingin tahu.

"Kacak..." jawab Ian perlahan sambil menunduk kepala memandang permaidani.

"Hah?Saya tak dengar. Nama awak siapa? Lagipun saya dah kenalkan pun diri saya tadi. Boleh la kita jadi kawan..."

Luna mendekati Ian.

"Kacak." Sepatah dan cukup jelas di pendengaran Luna.

"Ouh, nama awak kacak."

"Nama awak pelik la. Saya tak pernah dengar pula nama orang kacak.Saya baru aje pindah sini dengan keluarga saya. Jadi saya tak ada kawan... Awak la kawan pertama saya dekat sini,kacak. Jadi, mulai sekarang kita kawan!"

Meleleh air liur Ian. Sesungguhnya dia tak faham sepenuhnya apa yang dikatakan oleh budak perempuan berambut keriting ini. Cakap laju macam bullet train. Satu habuk pun dia tak faham. Kesudahannya, Ian membawa dirinya ke dunianya sendiri. Tapi, Luna setia mengekori dirinya dan menceritakan mengenai dirinya. Bercakap seorang diri be like.

Umi dan babah pula sehingga kini tidak kelihatan. Ian nak merajuk!

"Eh... Awak ada lesung batu la kat pipi tu. Dua pula tu. Comelnya..." Luna melahirkan rasa kagumnya saat memerhati lama wajah comel Ian dari jarak yang dekat. Matanya bersinar terang, sedikit teruja melihat sepasang lesung pipit yang dalam di kedua-dua belah pipi Ian.

Luna mencucuk pipi gebu Ian. Lembutnya.

"Pipit." Ian tolong memperbetulkan kata-kata Luna tadi. Lesung batu tu benda lain. Ish Ish Ish...

"Hah?Awak cakap apa tadi?"

"Kesian.Pekak," tutur Ian penuh selamba.

Membulat besar biji mata Luna. Pekak? Pedasnya mulut lelaki yang bernama 'kacak' ni! Grrrr. Dia bukannya pekak, tapi kurang dengar. Ada juga yang nak kena sepak ni!

"Ian dan Luna buat apa ni?" Mak Nah menegur dua orang budak kecil yang sedang bermain di ruang tamu. Wajah Ian dan Luna dipandang bersilih ganti. Mak Nah baru sahaja selesai melakukan kerja di ruang belakang dan mahu memantau keadaan semasa anak-anak kecil ini yang sudah dianggap seperti cucu sendiri.

"Mana umi... Babah... Babah. Umi," rengek Ian manja, laju anak kecil itu meluru ke arah tubuh tua Mak Nah itu mahu didukung.

"Nanti umi dan babah balik la, Ian. Ian main dulu la dengan kakak Luna ni..."

"Tamau... Nak umi. Nak babah."

Luna mencebik. Manja!

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now