𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 53

26.8K 1.5K 548
                                    

AKU berjalan perlahan masuk ke dalam perkarangan rumah banglo tiga tingkat milik Adam sebaik sahaja melangkah keluar dari perut kereta teksi yang dinaiki aku tadi. Aku sebenarnya secara sembunyi keluar dari rumah ibu hanya disebabkan aku ingin pulang ke rumah aku dan Adam.

Muhammad menghalang keras perbuatan aku, begitu juga dengan ibu. Tetapi, aku tidak peduli. Aku masih dengan keputusanku. Hati aku kuat mengatakan suami dan anak aku berada di sini.

Gelap.

Rumah banglo ini langsung tidak disimbahi dengan cahaya lampu. Hanya kepekatan malam sahaja. Sungguh, bulu roma aku meriding di saat ini. Angin sejuk pada malam ini membuatkan aku menggeletar kesejukan.

Kepala aku mendongak ke atas. Ada cahaya. Cahaya lampu yang muncul dari arah bilik tidur aku dan Adam. Tanpa membuang masa lagi, aku mempercepatkan lagi langkah aku. Pintu utama menjadi tujuan terlebih dahulu.

"Abang!" tempikku kuat. Gembira bukan kepalang apabila telahan aku tepat sekali. Kini, wajah Adam betul-betul memenuhi kornea mata aku. "Hawa dah agak abang ada dekat sini..."

Setapak aku melangkah. Ingin mendekatinya. Aku mahu memeluknya erat.

"Jangan mendekat." Suara garau itu menghalang. Keras.

"Hawa rindu abang... Hawa nak peluk abang," beritahuku seperti anak kecil. Ulas bibirku menarik senyuman lebar selepas sudah sekian lama aku berduka. Adam yang telah mengembalikan senyuman di wajah aku.

"Aku cakap jangan datang dekat."

Mata aku terkedip-kedip perlahan. Aku terbungkam dengan kata-katanya. 'Aku?'

Aku membuka langkah lagi tanpa mempedulikan amaran dia.

"Setapak lagi kau melangkah... Kau takkan dapat jumpa aku lagi, Hawa Arlani. Sampai bila-bila."

"A... Abang." Nafasku mulai sesak. Kenapa Adam berubah sampai tahap begini? Di manakah kelembutannya di dalam bicara?

Aku mahu melihat wajahnya yang di sebalik kesamaran cahaya lampu itu. Aku rindu mahu menatap wajah tampan itu. Wajah yang menjadi igauan aku selama ini.

"Aku lepaskan kau, Hawa Arlani."

Senyuman aku mati dengan sendiri.

"A...apa Abang cakap ni?" bisikku keras seiring dengan langkahku yang menghala ke arah Adam.

Aku tidak hiraukan renungan tajamnya. Aku ingin peluk dia. Merasakan kehangatan tubuh badan dia apabila tubuh kami bersatu. Nyaman.

"Jangan datang ke arah abang, sayang..." Suara Adam bertukar lirih tidak setegang tadi. Bahasa yang digunakan pun sudah berubah seperti sedia kala."Abang tak nak Hawa tengok keadaan abang sekarang..."

"Dengar sini, Hawa...Abang sayangkan Hawa. Cintakan Hawa. Hanya Hawa seorang sahaja wanita yang abang cintai. Abang tak pernah berhenti mencintai seorang Hawa Arlani. Dia la bidadari abang. Dia la umi kepada anak-anak kita. Terima kasih untuk segalanya sayang..."

"Hawa dah banyak tempuh pelbagai ujian. Hawa diuji dengan kehilangan Riyadh dan Jelita. Terima kasih kerana sudi melahirkan zuriat untuk abang."

Dada aku sempit mendengar butir bicaranya. Ya Allah... Air mata mulai bergelinangan di tubir mata.

"Hawa ingat apa yang abang pernah kata sebelum ini dekat Hawa?"

Aku menggeleng kepala.

"Setiap yang hidup pasti akan mati. Begitu juga dengan abang, sayang... Bila dah sampai waktunya kita kena pergi. Dunia ini hanya la sementara. Hawa teruskan mengejar cinta Allah."

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now