𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 25

18.1K 1.7K 641
                                    

"BABAH... Nanak babah. Eeee." Ian mencebikkan bibirnya. Kenapa babah tak nak ambil Ian ni? Eeee.

Tangisan seorang Tuan Ian Al - Fattah pecah dan riak wajah dari salah seorang lelaki yang berdiri kaku di hadapan Hawa bertukar cemas.

"Anak babah..."

"Babah... Eeeee."

"Mari sini anak babah."

Ian sudah terjerit keriangan sehingga mempamerkan barisan giginya yang cantik tersusun. Sepasang lesung pipit yang dalam itu terserlah. Ian sungguh gembira kerana dapat berjumpa babahnya setelah hampir separuh hari berpisah.

Hawa menelan air liurnya. Terasa kesat sekali ingin melepasi kerongkongnya. Perbualan anak beranak itu menjadi tumpuan. Bibir bawahnya yang terasa kering itu dibasahkan beberapa kali.

Hawa menapak beberapa langkah ke belakang.

"Just. Stay." Satu permintaan, berharapan wanita yang dicintai akan kekal berada di sisinya pada waktu genting seperti ini. Masih teringat lagi kata-kata terakhir dari Tok Ma kepadanya beberapa jam yang lalu.

"Mencintai seseorang tidak semestinya untuk dimiliki. Ah Meng tahu siapa yang cakap ini dekat Tok Ma?" Wajah Tok Ma tampak sungguh berseri-seri tidak seperti kebiasaan. Sungguh berbeza pada hari ini. Malah nampak sihat sedikit tenaga tuanya.

Adam memanggung kepalanya.Wajah Tok Ma dipandang lama. Sudah agak lama dia tidak datang melawat Tok Ma kerana kesibukan kerjanya yang tak berpenghujung.Namun, pada hari ini... Tergerak hati Adam untuk melihat keadaan Tok Ma. Tok Ma menyambut kedatangannya dengan senyuman yang lebar. Bahkan, Tok Ma beria-ia memasak semua makanan kegemaran Adam.

"Suatu ketika dahulu dia katakan pada Tok Ma yang mencintai seseorang tidak semestinya untuk dimiliki... Insan itu sanggup mengorbankan cinta dia semata-mata kakak kandungnya. Katanya lagi... Untuk apa dia mengejar cinta manusia sedangkan manusia itu sendiri milik Allah. Lebih baik dia mengejar cinta Allah dahulu.Takdir yang sudah tercipta itu sungguh indah, Ah Meng."

Tok Ma menarik nafas sedalam-dalamnya. Senyuman nipis diukir. Saat itu wajah manis seorang Hawa Arlani terlayar di ruang mata.

Tok Ma rindu Hawa. Sangat rindu.

"Hawa orangnya. Orang yang telah melepaskan seorang Tuan Muhammad untuk kakaknya.Dia rela kerana mahu melihat kegembiraan kakaknya. Tok Ma pernah tanya dekat dia kenapa Hawa sanggup lepaskan Muhammad? Kata dia... Dia tak mahu melihat ibunya terluka nanti. Sebab, kesedihan Puteri... Kesedihan ibunya juga. Hawa kata... Ibu dia lagi penting kerana telah bersusah payah membesarkan dirinya sehingga sekarang. Tanpa seorang ibu,dia takkan hidup sehingga kini."

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now