𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 11

19K 1.8K 260
                                    


TOK MA memandang tajam Zin sedari tadi sehingga lelaki itu mulai berasa tidak selesa dengan pandangan Tok Ma itu. Anak mata Tok Ma mula beralih ke arah cucunya yang duduk bersebelahan dengan Zin.

Wajah Zin dan Muhammad dipandang bersilih ganti.

"K... Kenapa dengan Tok Ma kau ni, Aboy?Dia asyik pandang kita aje dari tadi..." kata Zin dari celah giginya yang hanya mampu didengari oleh Muhammad sahaja.Sengaja perkataan 'Aboy' tu ditekankan.

Senyuman paksa diukirkan."Mungkin Tok Ma tengah membandingkan ketampanan kita? Iyalah... Aku memang dah kacak dari lahir lagi.Kau sudah semestinya kalah dengan ketampanan aku." Muhammad menjawab bersahaja kemudian, dia mengaduh kesakitan tatkala Zin menyiku kuat bicepsnya.

"Kenapa la aku ada kawan yang perasan tahap dewa macam ni..." gerutunya perlahan. Tidak dapat dia akui yang Muhammad seorang manusia yang perasan kacak tahap dewa.

Tok Ma melilitkan tangannya di dada. Sesi bertentang mata masih diteruskan. Wajah kedua-dua jejaka tampan itu dipandang penuh curiga.

"Zin... Kau dah kahwin belum?" tanya Tok Ma, keningnya dijongket ke atas.Serius.

"B... Belum, Tok Ma. Jodoh saya masih tengah menyorok. Dia suka main hide and seek gitu, Tok Ma. Mungkin jodoh saya bukan di dunia kut." Zin sekadar bergurau.Dia tersengih persis kerang busuk.

Raut wajah Tok Ma sedikit tidak berpuas hati mendengar jawapan Zin.Wajahnya masih lagi dingin.

"Aboy... Kau gay lagi ke?"

Muhammad dan Zin masing-masing terbatuk-batuk,riak wajah seperti beruk tertelan biji durian.

Ya Allah, Tok Ma... Soalan apakah ini!

"T... tok... Ma. Apa yang Tok Ma tanya tadi? Saya... Saya... Saya tak salah dengar kan?" Zin bertanya sekali lagi sekadar meminta kepastian.

"Aboy... Kau gay lagi ke?" Ulang Tok Ma seraya itu pecah ledakan ketawa dari Zin dan Muhammad memecahkan keheningan suasana di teratak milik Tok Ma.

Tawa mereka masih lagi bergabung. Siap bertepuk tampar kerana soalan Tok Ma itu tak mampu diproses dek akal.

"Aboy... Kau gay lagi ke?" usik Zin menggunakan nada suara seperti Tok Ma. Dia menjelir lidah kepada Muhammad yang turut terhibur tu.

"Aku buat lawak ke?" Tok Ma bertanya kepada diri sendiri dengan wajah polosnya itu.

"Zin... Kau gay lagi ke?" Kali ini soalan yang sama namun diajukan kepada orang lain membuatkan bebola mata Zin terbuntang besar.

Aduh, Tok Ma ni!

"Aboy... Tok Ma kau pernah bercita-cita nak jadi pelawak antarabangsa ke dulu?" seloroh Zin.

"Eh, tak lawak ke?"

"Tak Zin... Lawak kau terlalu hambar," ujar Muhammad penuh sayu. Bahu kanan Zin ditepuk perlahan.

Nice try, Zin!

"Sudah! Dengar apa yang Tok Ma nak cakap ni..."

"Cakap la, Tok Ma." Serentak dua jejaka tampan itu menyahut.

"Kembali la ke jalan yang lurus. Jangan jadi bengkok. Kau orang tahu kan manusia yang bernafsu songsang ini adalah perbuatan yang paling dilaknat oleh Allah. Kau orang ni badan dah sado... Muka pun segak tapi sayangnya, kau orang bernafsu songsang. Sedih Tok Ma kerana golongan LGBT ni makin berleluasa sekarang... Dan kaum ini makin berani menonjolkan diri. Sebelum tidak terlambat ni... Kau orang kembali la ke pangkal jalan. Pintu taubat untuk orang macam kau orang ini sentiasa terbuka. Zin... Muhammad, Tok Ma harap sangat kau orang berubah," leter Tok Ma panjang lebar.

Muhammad dan Zin terkesima.

Terpinga-pinga.

Apakah?

Muhammad menyebak rambutnya ke belakang. Helaan nafas berat dihembuskan perlahan. "Tok Ma dah salah faham ni. Aboy dan Zin..."

Jarinya ditudingkan kepada diri sendiri dan Zin. "Kami berdua straight, Tok Ma."

Itulah kenyataan sebenar. Zin mengangguk, mengeyakan kata-kata Muhammad.

Tok Ma mengecilkan matanya. Was-was. "Sejak bila kau orang straight balik ni?"

Dan... Sekali lagi Muhammad dan Zin terkebil-kebil mendengar soalan KBAT Tok Ma.

"Tok Ma, kami dari daripada dulu straight." Zin menekan satu-persatu ayatnya agar Tok Ma mengerti.

"Hah?" Tok Ma tidak mengerti. Muka terusan blur.

"Aku rasa... Tok Ma ni nak masuk ke fasa nyanyuk," bisik Zin di cuping telinga Muhammad.

Muhammad berdehem seketika."Tok Ma... Aboy dan Zin ini masing-masing bernafsu kepada perempuan bukan kepada lelaki. Kami bukan gay. Faham, Tok Ma? Atau tak jelas lagi?"

"Kenapa kau orang tak cakap dekat aku awal-awal? Kau orang ni jahat betul mainkan perasaan orang tua macam aku!" marah Tok Ma secara tiba-tiba, apabila memahami keadaan sebenar. Wajah tegang semacam. Bibirnya dimuncungkan ke depan tanda protes.

"Hai la... Tok Ma ni tua-tua pun masih comel," puji Zin ikhlas dari hati. Terhibur dengan sikap nenek rakannya. Hanya mampu tertawa sahaja sekarang.

"Tok Ma ni kelakar la... Ada ke patut tuduh kita orang ni gay," celah Muhammad.

"Sebab aku selalu tengok kau orang asyik berkepit aje. Daripada kecil sehinggalah sekarang. Tambahan pula, kau orang masih tak kahwin walaupun dah lanjut usia. Itu sebab Tok Ma syak kau orang ni bengkok." Tok Ma menerangkan satu-persatu mengikut tafsiran yang dilakukan.

"Tok Ma... Saya tengok Aboy ni langsung tak bernafsu, rasa loya tekak ada la." Zin menokok tambah.

Muhammad mendekati Tok Ma dan kedua-dua bahu orang tua itu dirangkul erat dari tepi. Satu kucupan singgah di dahi Tok Ma. Penuh kasih sayang.

"Tok Ma ni tak baik tau berburuk sangka dengan cucu sendiri..."

"Kalau kau tak nak Tok Ma berburuk sangka... Kau kena la kahwin cepat-cepat bagi Tok Ma cicit," pintas Tok Ma laju.

"Insya-Allah... Tok Ma yang disayangi. Calon isteri tu dah ada... Tunggu kata putus dia aje."

"Siapa?" Serentak Zin dan Tok Ma menyoal lantang.

Wajah riak Muhammad direnung sedalam-dalamnya.

"Hawa Arlani." Kenyit mata.

"Bawa Tok Ma jumpa dia!" putus Tok Ma dengan nada yang tegas.

Zin terpempan. Anak buah aku tu...













.













.













.














Tok Ma yang cute dan gengster !


KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now