𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 35

15.2K 1.5K 578
                                    

MELANGKAH turun ke anak tangga, Hawa mengerutkan dahi. Senyap sunyi saja rumah ni. Kebiasaannya suasana rumah ini akan gamat dengan celoteh mulut Luna dan Ian bergabung. Ke mana pula dua orang budak kecik itu pergi?

Apabila telinganya menangkap bunyi televisyen, langkah diatur laju ke ruang rehat khas untuk mereka sekeluarga meluangkan masa bersama. Terletak berhampiran dengan kolam. Hanya beberapa meter sahaja.

Ulas bibirnya menarik senyuman nipis apabila melihat suaminya elok saja tidur di atas sofa. Dibiarkan televisyen bersiaran tanpa siapa yang menontonnya.

Habis tu... Siapa yang tengok TV ni?

Hawa menggeleng kepalanya perlahan seraya mendekati sekujur tubuh suaminya.

"Abang..." panggil Hawa perlahan-lahan tetapi tiada reaksi daripada Adam.

Duduk dilabuhkan di sofa yang sama, berhampiran hujung kaki suaminya. Kali ini Hawa bertindak menepuk perlahan kaki suaminya.

"Abang..." panggil Hawa lagi.

Ulas bibir Hawa menarik senyuman lagi apabila dilihat kelopak mata Adam bergerak-gerak. Perlahan kelopak mata itu dibuka. Tetapi apabila memandang wajahnya, kelopak mata itu dipejam kembali. Masih sempat lagi Adam sungging senyuman nipis.

"Abang... Mana pergi budak-budak tu? Sunyi sepi aje rumah ni. Luna dan Ian mana?" tanya Hawa pula. Bukannya dia sengaja mahu menggangu lena tidur suaminya saat ini. Tetapi, tidur apa tengahari macam ni?

Tiada pula reaksi daripada Adam.

"Abang... Hawa tengah tanya abang ni. Abang tak nak pula bercakap dengan Hawa."

Untuk kesekian kalinya Adam membuka kelopak matanya. Kemudian, dia mengalihkan lengannya ke sisi. Perlahan, dia menepuk lengan sendiri,mengisyaratkan agar isterinya melabuhkan kepala di situ.

"Meh... Baring kat sini sekejap."

"Haih, abang ni." Hawa mencebik. Sedikit geram kerana soalannya masih belum terjawab.

"Okaylah...Muhammad bawa Ian dan Luna pergi keluar. Dia orang tengah berseronok luangkan masa dengan Muhammad. Mak Nah dan Pak Ahmad pula keluar dating bersama... Jadi, kita dua aje la dekat rumah ni. Boleh la kita berbulan madu bersama tanpa gangguan budak kecik bernama Ian itu. Tak penat ke asyik dengar dia minta adik dekat kita... Sejak pagi tadi lagi... Dia ulang benda yang sama. Umi dan babah bila boleh buat adik untuk Ian..."

Senyuman Hawa terus mati. Dia bungkam sejenak.

Muhammad? Sebaris nama itu yang lebih menarik perhatian Hawa di saat ini.Dia pula yang jadi musykil bagaimana Muhammad boleh bawa Ian dan Luna keluar jalan-jalan. Bermakna Muhammad ada datang ke rumah ini tadi bagi mengambil Ian dan Luna. Macam mana la dia tak boleh sedar kehadiran Muhammad.

"Bagi mengelakkan Ian berulang kali cakap benda yang sama pasal adik baru dia... Marilah kita buat adik baru untuk Ian!" ujar Adam penuh keriangan tanpa menyedari riak wajah Hawa yang sudah berubah tatkala nama Muhammad memasuki topik perbualannya di awal tadi.

"K... Kenapa Hawa tak tahu pun yang Muhammad datang sini tadi?"

"Muhammad datang singgah sekejap aje tadi... Selepas dia ambil budak-budak tu, terus dia pergi. Mungkin masa tu Hawa ada dekat dapur kut. Gembira sungguh Ian dan Luna dapat keluar bersama."

"Kenapa abang tak beritahu dekat Hawa lebih awal?" Aju Hawa lagi. Sedikit tidak berpuas hati.

"Kan abang dah beritahu tadi," jawab Adam mudah. "Dah tak payah tanya apa-apa lagi. Meh baring kat sebelah abang ni. Teman abang tidur sekejap lagi."

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now