𝓟𝓻𝓸𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮

87.4K 3.7K 697
                                    

KE hulur ke hilir dia membawa langkah ke serata ruang tamu itu. Tak senang duduk dibuatnya selagi pemanggil di hujung talian itu tidak menjawab panggilan. Sesekali terbit dengusan kasar dari hujung bibir.

Rafidah bercekak pinggang, di genggaman tangan kanannya erat dengan sebuah telefon bimbit.Lama berkeadaan begitu, dia menghenyak kasar punggung di atas sofa buatan Itali itu. Mata dilirikkan ke arah sebuah jam yang tergantung di dinding. Jarum jam sudah pun masuk ke angka 12. Namun, kelibat si suami masih belum kelihatan. Makin meradang hatinya.

Bukannya dia tak perasan akan perubahan mendadak suaminya,Farid. Sejak kebelakangan ini, seringkali Farid bekerja di luar daerah dan jarang sekali untuk mereka bersua muka. Banyak betul kerja suaminya... Kesibukan kerja mengalahkan perdana menteri sehinggakan sanggup mengabaikan keluarga sendiri.

Sudah beberapa kali, Farid memungkiri janji dengan anak perempuannya, Puteri yang baru berusia tiga tahun itu. Katanya mahu membawa mereka sekeluarga ke Hong Kong seperti yang dijanjikan.Last minute Farid terpaksa tangguhkan dahulu. Kecewa la anak kecil itu, beria-ia persiapan dibuatnya.

Rafidah turut melahirkan rasa kecewa namun, dia mendiamkan diri sahaja. Mungkin kerja suaminya lebih penting dari segalanya termasuk keluarga juga. Dia jugalah yang terpaksa memujuk Puteri meskipun anak perempuannya tidak memberontak atau menunjuk perasaan,lebih kepada memendam.

Dia tahu jauh di sudut hati Puteri yang anaknya kecewa dengan sikap ayahnya yang selalu memungkiri janji.Namun begitu, Rafidah masih sepenuhnya mempercayai suaminya. Semua syak wasangka buruk yang bersarang di otaknya akan ditepis.Sehinggalah...

"Betul Fida... I nampak dengan mata I sendiri yang Farid dia keluar dengan perempuan lain... Kemudian,dia dukung baby yang lebih kurang... Usia beberapa bulan," beritahu Viviana beria-ia sebaik sahaja Rafidah duduk di hadapannya di salah sebuah restoran mewah.

Rafidah yang masih termengah-mengah, baru sahaja nak bertenang terus dipanaskan hati dengan berita daripada Viviana. Bukan dia tak tahu.Bagaimana becoknya mulut Viviana ini.

Rafidah mencebik.

Mustahil.

Mustahil untuk Rafidah mempercayai sewenang-wenangnya dakwaan Viviana tanpa bukti yang sahih.

"Haiyyaa you ni. I tak tipu meh." Viviana memperketatkan lagi dakwaannya bila melihat mimik wajah Rafidah itu.

"Mana bukti?" Rafidah bertanya senada. Jus oren yang baru dihantar oleh waiter ke mejanya, dicicip perlahan untuk menghilangkan haus. Matanya mulai melingas melihat sekeliling restoran bertaraf tinggi itu yang keadaan sedikit lengang dengan pelanggan. Dia bergegas datang ke sini atas ajakan Viviana yang mengatakan ada hal mustahak yang perlu dikongsi. Setelah siap sahaja saki-baki kerja di butik pakaian terus dia menuju ke destinasi yang dikongsikan oleh Viviana.

Mendengarkan bukti yang dipinta oleh Rafidah, terus beberapa keping gambar dilemparkan sedikit kasar oleh Viviana di atas meja makan yang hanya ada gelas minuman kerana mereka masih belum memesan apa-apa makanan.

"I rasa... Bukti-bukti itu sudah memadai untuk mengatakan suami you... Berlaku curang di belakang you, Rafidah," ujar Viviana penuh sinis.

Rafidah bungkam sejenak sebelum beberapa keping gambar itu diamati lama. Tindakan refleks, kedua-dua tangan dia yang memegang gambar-gambar tersebut mulai terketar maha hebat. Satu kejutan.Itu sudah cukup untuk mengsahihkan dakwaan Viviana terhadap suaminya yang berlaku curang di belakangnya.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now