𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 23

19K 1.7K 510
                                    

"DATIN..."

Panggilan itu mematikan lamunan Hawa. Wajah Mak Nah dipandang sekilas sebelum pandangannya dilabuhkan kepada anak kecil yang berada di dalam dakapannya.

Tuan Ian Al - Fattah.

Mak Nah tersenyum senang,berdiri tegak di belakang dua anak beranak itu yang duduk bersantai di gazebo halaman rumah.

Tercebik-cebik bibir Ian mendongak kepala memandang uminya. Air liur Ian meleleh sampai ke leher melihat keanggunan uminya.

Comel juga eh umi Ian ni. Comel macam Ian la... Eeeeee.

Hawa mengukir senyuman lebar.Rambut lebat anak lelakinya diusap perlahan dan dia mencium lama haruman rambut si anak. Air matanya gugur lagi. Rasa bahagia yang tidak terucap. Tak mampu diluahkan hanya mampu ditunjukkan melalui perbuatan sahaja.

Tiada apa lagi yang ingin disangkal lagi... Memang dia sudah bernikah dengan lelaki yang bernama Tuan Muhammad tiga tahun yang lalu dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. Tuan Ian Al - Fattah.

Wajah seorang Ian Al - Fattah saling tak tumpah seperti raut wajah Hawa Arlani.Sepasang lesung pipit yang sangat dalam itu diwarisi oleh Ian. Begitu juga, bibir dan hidung Ian. Kecuali, sepasang mata yang bersinar itu. Warna mata yang cukup mengkhayalkan sesiapa yang menatapnya.

"Alahai... Meleleh air liur anak umi ni."

"Mimi... Umiiii..."

Masa bagaikan berlalu begitu pantas. Siapa sangka Hawa sudah menjadi seorang ibu dan isteri. Ya Allah...Kembalikanlah ingatan aku.

"Datin disahkan mengandung selepas sebulan bernikah dengan Dato'. Dato' lah orang yang paling gembira sekali mendapat berita ini. Dia sangat gembira. Terlalu gembira. Mak Nah tak pernah lihat Dato' menangis saat mendapat berita kehamilan Datin. Mak Nah turut gembira. Hari demi hari... Cinta Dato' terhadap Datin tak pernah kurang malahan bertambah. Mak Nah boleh lihat dari sikap Dato' yang sangat menjaga Datin sehingga tak benarkan Datin lakukan apa-apa kerja berat."

"Alahan Datin juga sangat teruk sehingga dimasuk ke dalam hospital beberapa kali. Dato' sangat risau kerana badan Datin sangat lemah. Morning sickness Datin sangat teruk. Dato' sabar melayani Datin dan bila Datin mengidam benda-benda pelik Dato' sanggup cari asalkan Datin gembira. Pasti wanita lain akan mencemburui Datin kerana mempunyai suami yang cukup penyayang seperti Dato'."

Hawa setia mendengar cerita Mak Nah. Sekali sekala dia akan menepuk punggung anak lelakinya yang merengek manja itu. Hai la... Anak umi. Kenapa tembam sangat badan ni?Gigit baru tau!

"Semasa Datin mengandungkan Ian... Dato' sarankan Datin. Atau lebih tepatnya, Dato' paksa Datin untuk berenang untuk memudahkan bersalin nanti. Datin pula bertegas tak mahu kerana tak pandai berenang.Seperti biasa... Kalau dah sampai tahap ketegasan Dato' tu dah tak ada kompromi langsung.Masam aje muka Datin masa tu...Tapi sekejap aje Datin tarik muka dengan Dato' sebab... Dato' sendiri yang ajar Datin belajar cara berenang.Romantik sangat Dato' dan Datin masa tu."

Hawa menghalakan pandangannya ke arah sebuah kolam yang terletak jauh dari gazebo. Bagaikan ternampak bayangan kisah lampau di mana dia dan seorang lelaki belajar berenang bersama.Gelak tawa yang bergabung, rungutan tidak puas hati dan macam-macam bunyi menyapa gegendang telinga Hawa.

"Hawa belajar berenang ya?"

"Bukannya sakit pun bersalin. Alaaa... Rasa macam kena gigit semut aje.Kalau sakit sangat macam main enjit-enjit semut gitu..."

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now