𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 02

34.6K 2.7K 699
                                    


"INI uncle perkenalkan kepada Hawa.Kawan uncle nama dia..." Belum sempat Zin mahu menghabiskan ayatnya, lelaki sebayanya itu lebih cepat memintas.

"Aku... Muhammad." Muhammad merenung tajam setiap inci wajah Hawa yang menunduk itu.

"Eh eh eh kau ni. Tak menyempat betul. Kau jangan nak tackle Si Hawa ini sudah," ujar Zin berbaur sedikit amaran.

Hawa memanggung kepalanya. Menatap lama raut wajah figura bernama Muhammad itu. Erm... Not bad.Reaksi wajah yang dipamerkan hanya biasa- biasa sahaja.

"Sebenarnya apa yang berlaku, uncle?" Hawa terus menyoal. Sudah penat dia cuba mencari jawapan di sebalik kejadian yang berlaku di KLIA beberapa jam yang lalu. Memorinya mengenai kejadian itu kabur-kabur. Perkara terakhir yang dia ingat ialah dia berlari keriangan dan melompat ke arah figura tersebut untuk didakap, namun tanpa disangka wajahnya itu tersembam jatuh di atas lantai.

Malu tak habis tujuh keturunan ni!

Kini, mereka bertiga sedang berada di lobi sebuah hospital. Sejurus Hawa sedarkan diri dari pengsannya yang telah disalah tafsir oleh semua orang, walhal dia sengaja berpura-pura pengsan dan akhirnya... Dia terlena dalam kepura-puraan itu.

Zin dan Muhammad saling berbalas pandangan. Ternaik sedikit senyuman senget di hujung bibir Zin apabila teringat karenah Si Hawa. Lucu!

"Muka uncle dan kawan uncle ni serupa ke, Hawa?"

Hawa menjongket keningnya. Tidak mengerti. Soalan dia berbalas dengan soalan. Alang-alang Uncle Zin dia dah bertanya begitu mulalah Hawa mencari persamaan wajah di antara Zin dan Muhammad.

Hawa menggeleng. Menidakkan."Uncle Muhammad... Lagi kacak daripada uncle." Jawapan sejujurnya yang diberikan membuatkan Muhammad bangga sekejap dipuji sedemikian.

Zin mencebik. Eleh. Tindakan dia menyiku perut Muhammad menyebabkan lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Sakit gila..." rengus Muhammad tidak puas hati. Apa kes Si Zin ni? Takkan cemburu kut sebab Hawa kata aku lagi kacak daripada kau?

"Yang Hawa nak peluk masa dekat KLIA tu bukannya uncle. Tapi mamat sebelah ni..." Zin menjuihkan bibirnya ke tepi memaksudkan Muhammad lah pemuda yang malang bakal dinodai oleh pelukan Si Hawa semasa waktu kejadian itu berlaku.

Hawa terbungkam sejenak.

"Jangan salahkan aku sebab muka kau tu tercium lantai KLIA.Aku mengelak sebab aku masih suci. Aku nak jaga kesucian ini daripada dinodai kau untuk bakal isteri aku nanti. Kau pun satu hal, lain kali jangan salah orang. Tak ke haru kalau kau tiba-tiba terpeluk suami orang. Tak pasal-pasal ada drama bertarik rambut dekat KLIA." Panjang lebar Muhammad membebel.

Hawa tersengih. Malu dengan kecuaian diri sendiri.

"Uncle Muhammad..."

Muhammad terjeda. What the fish... 'Uncle Muhammad?' Did she called me 'uncle'? Like seriously... I'm still 30 series.

"Muhammad..."

"Uncle Muhammad."

"Not uncle... Just Muhammad."

"Uncle Muhammad." Hawa menekan satu-persatu nama Muhammad. Sengaja.

"What the shoes... I'm 37 . I'm not your uncle."

"Iya lah...Then I'll call you Muhammad ajelah ya?" Hawa mengaku kalah.

"Tapi, kau tetap salah. Kalau bukan sebab kau mesti aku tak masuk hospital," rungut Hawa tidak puas hati. Sakit juga kepalanya bila tercium lantai KLIA itu. Ada sedikit lebam di dahinya kesan berikutan kejadian yang berlaku itu.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now